Aug 9, 2011

UMPAMA SYAITAN UBAH DASAR AL QUR'AN.. PAS KANTOI BEB!!





Nak bercerita tentang hal PAS akhir zaman ni, memang sampai kiamat takkan selesai. Masing2 ego dan bebal. Tatkala menyedari akan tindakan mereka yang bakal dihukum Ilahi, sempat lagi menghina dan mencaci Pemimpin UMNO. Makin lama dicaci, makin sekular dilihat PAS pada masa kini. Kekangan Pakatan sememangnya mengubah PAS menjadi lebih moden dan 'sosial'. Hmm.. Cakap lah apa2 pun, totok2 mereka tetap tak percaya. Namun Melayu CinDia tidak menafikan, ramai di kalangan masyarakat Islam di Selangor khasnya meletakkan harapan yang tinggi kepada Exco Selangor kontroversi bernama Hasan Ali. Pengasas Motivasi di Negara kita ini sangat komited dalam melaksanakan dasar Islam yang menjadi salah satu aspirasi beliau menyertai PAS. Namun beliau nampaknya hanya dijadikan alat untuk mendapatkan pengaruh rakyat di Selangor. Hasan Ali sebenarnya merupakan salah seorang tokoh yang dipelawa menyertai PAS pada tahun 1998 yang secara kebetulan, merupakan era kebangkita Reformasin Anwar Al Juburi. Beliau yang petah berhujah dan bijak menggunakan syarahan sebagai daya penarik masyarakat dijadikan alat kuda tunggangan mendapat pengaruh di Selangor. Beliau bekerja keras dalam memastikan pengaruh PAS di Selangor bukan sahaja tidak pudar, malah kesungguhan beliau memenangi hati rakyat Selangor dilakukan diluar batasan kudratnya sendiri. Demi menjamin dan mengaplikasi perjuangan Al Qur'an dan Sunnah. Sememangnya Hasan Ali dijanjika puak2 PAS bahawa, Hudud akan terus dapat dilaksanakan jika PAS berjaya menawan Selangor malah di peringkat Persekutuan. Penggubalan pertama akan bermula melalui enakmen syariah berkenaan soal Arak, Judi dan Pusat Hiburan. Maka janji itulah yang menyebabkan Hasan Ali semakin agresif membantu PAS dengan mengeluarkan segala kemahiran motivasi yang diperolehi tanpa mengenakan sebarang bayaran demi Perjuangan yang dijanjikan puak PAS kepada beliau iaitu, Al Qur'an dan Sunnah. Kini di mana letaknya kedudukan Hasan Ali? Akhirnya beliau dilihat bersendirian dalam mempertahankan Al Qur'an dan Sunnah. Bermula dengan isu arak dan judi, kemudian disusuli pula dengan penyalahgunaan kuasa SELCAT, dan hasilnya beliau dikenakan tindakan displin dari pihak PAS. Hari ini, sekali lagi, di bulan Ramadhan, beliau tampil mempertahankan tindakan JAIS yang taklah perlu diperjelaskan lagi. Bukan sahaja terpaksa berjuang bersendirian, malah dicerca sebagai puak proksi UMNO. Adakah ini balasan terhadap Hasan Ali setelah membazirkan tenaga selama lebih dari 10 tahun untuk PAS, ini balasan kepadanya. Sedih tapi itu realiti buatmu Hasan Ali. Akan tetapi, salah seorang sahabat beliau tidak melupakan beliau. KLIK DISINI untuk melihat keluhan dan luahan beliau mengenai sahabat Hasan Ali.





3 comments:

webmarhaen said...

Hello tuan,Bolehkah anda bertukar-tukar link? saya telah dikaitkan web yang bagus anda, supaya anda boleh link blog saya?Saya berharap anda tidak keberatan ...
ini adalah blog saya http://webmarhaen.blogspot.com/

nasib baik

Hahn said...

Hanya bangsa Yahudi dan gulungan Kristian yang selalu ubah tiang gol dalam ugama.

Misal dalam Kristian boleh kawin sama jenis iaitu lesbian dan homoseksual padahal dulu tidak.

Dalam ugama Yahudi juga umpama yang di tulis dalam Quran. Mereka mungubah kitab mereka.

Apa yang PAS tunjuk ini adalah satu sikap Yahudi. Dalam Quran apa yang di ceritakan mengenai sikap Yahudi itu bukan suruh kita benci Yahudi cumanya tuhan nak tunjuk atau labelkan.

Siapa yang berperangai begini begini di kategori sebagai Yahudi. Begitu juga sesiapa yang set sikapnya begini begini adalah Nasrani.

Bukan orang Yahudi tu kita patut benci malah salah seorang isteri nabi pun Yahudi tetapi sikap yang di gariskan al-Quran itu.

Oleh itu menurut apa yang di gariskan Al-Quran PAS ini jelas Yahudi seperti mana yang tertulis.

Memang nyata pun. Tak da di antara mereka yang membawa kebaikan kepada rakyat Malaysia. Sekarang mereka dengan orang berdosa yang lain iaitu Anuwar dan Sabu dalam rangka menjahanamkan keamanan Malaysia. Jelas lagi, itukah yang di tuntut ugama? Kita mana satu yang mereka ikut?

Anonymous said...

Serbu Tempat Ibadat: Masjid/ gereja/ kuil/ dll...... mestilah hati2 supaya fitnah dihapuskan.... Niat yang baik tu perlu dilakukan secara yang baik, berhikmah dan sesuai dengan waqi' semasa ...... dahulukan tindakan shadul zaraei... prevention approach... ingatlah hasan... "kebodohan & kegopohan menghapus kebaikan & kebenaran" ...... langkah sumbang.. dek ego hebat @ syok sendiri... itu ...budaya politik umno.. cari glamour diri sendiri.. hehe...... puak2 macai secular umno dok nganga nak lahap isu engko tu.... kedangkalan politik “pemimpin2 Pas mentality ala Umno?”... mempamerkan “PAS gasar”... bukan mesra rakyat sebagaimana manhaj yang disunnahkan oleh Rasul SAW.

Powered by Blogger.