Aug 11, 2011

SKANDAL 'DALAM KAIN' SYARIKAT PENERBANGAN MAS AIRLINES!!





Bulan Ramadhan bulan mulia.. Masih ada pasang niat hendak tonton cerita2 panas. Panas tidak semestinya lucah. Melayu CinDia terbaca salah 1 artikel dari Malaysian Insider mengenai isu perjanjian kerjasama MOU antara syarikat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan Air Asia, yang telah dimeterai bersama sebuah Syarikat Bumiputra Khazanah Holdings. Artikel tersebut telah memberi fakta 'atas angin' mengenai penukaran CEO MAS yang bakal diberikan kepada Tony Fernandes. Ianya bukan sebuah artikel yang dipetik daripada kenyataan Tony ataupun pihak berkaitan akan tetapi 1 analisa. Jikalau benar ianya sekadar analisis sekalipun takkan sebuah portal yang dilihat profesional boleh mengeluarkan sebuah artikel yang tidak merujuk pada sumber yang sahih? Di mana kualiti sebuah portal yang berwawasan mencipta sebuah media maya informasi terulung di Malaysia? Melayu CinDia dan beberapa blogger ada menerima penjelasan daripada pihak yang berkenaan yang menjelaskan Tony Fernandes tidak akan sama sekali diberi jawatan CEO MAS. Syakirat MAS dan syarikat Air Asia hanya bertindak bekerjasama melalui Khazanah Holdings bagi memantapkan lagi prestasi syarikat Penerbangan Negara ke arah yang lebih berprestij. Ayat macam poyo bukan. Tapi ini realiti dan kenyataan sahih. Daripada hasil kerjasama ini, Air Asia hanya menerima 20% daripada keuntungan yang diperoleh. Dan yang lebih penting, Khazanah Holdings bakal menerima 49% daripada hasil keuntungan ini. MAS pula? 10%. Ini fakta yang jelas malah bekas Perdana Menteri Tun Mahathir sendiri bersetuju dengan kaedah yang dilihat lebih efektif. Lagi 1 perkara yang rakyat mesti ketahui. Objektif yang paling progresif hasil kerjasama ini adalah di mana, Kerajaan Malaysia tidak perlu mengeluarkan sebarang peruntukan bagi menampung dan membantu dana Syarikat Penerbangan MAS. Wang tersebut boleh dimanfaatkan untuk pembangunan2 lain dan memberi anjakan baru kepada rakyat Malaysia amnya. Maka jelas Malaysian Insider telah mengeluarkan 1 artikel yang bagi Melayu CinDia agak memalukan bagi sebuah Portal yang dilihat berada pada 1 tahap ke arah global. Tony Fernandes tidak sama sekali akan dipilih malah tidak dicalonkan pun sebagai CEO Penerbangan MAS. Dan spekulasi yang mengatakan Syarikat Penerbangan MAS yang menjadi mercu tanda Negara bakal hancur adalah 1 pandangan dan persepsi emosi tanpa sebagai rujukan serta kajian jangka panjang. Ingat. Kerjasama ini amat besar impaknya pada ekonomi Negara. Tatkala Ekonomi Global menghadapi kelembapan, idea sebegini dilihat lebih berdaya saing. Jelaskan kepada rakyat yang mahukan kebenaran. Jangan mudah terperdaya dengan dakyah2 Portal yang katanya Neutral, akan tetapi tetap mengambil resepi Anwar meracuni minda masyarakat dengan anasir2 dan fitnah2 kotor sebegini. Rakyat Malaysia sewajarnya diberikan informasi yang lebih tepat dan tidak bergelumang dengan perkara2 negatif tentang Kerajaan dan Syarikat Malaysia yang tidak diketahui fakta yang jelas. Provokasi sebegini sekadar jalan mudah meraih sokongan rakyat dengan penipuan yang menjatuh air muka dan maruah Negara. Anda boleh rujuk pada beberapa blog yang memainkan isu ini untuk melihat dengan lebih jelas.





6 comments:

Anonymous said...

concept ini sama seperti syarikat kereta renault dengan nissan , jadi pendapat saya malaysia airlines perlu pergi lebih jauh untuk tandingi singapore airlines

Anonymous said...

Sebagai org awam yg ikut arus politik dan bisnes kat m'sia, saya rase the recent smart partnertship antara mas dan airasia adelah tbaik. Sejak ditubuhkan kos operasi mas mmg tinggi (sampai pade tahap luxurious). tapi itu mase dulu dgn sbb x de carrier lain, bolehlah mas bbangge dgn returns sbb dia yg monopoli.

mase airasia start, airline business ni competitive sunggoh2. regionally and worldwide. Tapi TonyF berjaya melakukannye. sbb ape? sbb utamenya kos operasi dia yg lebih rendah (way2 lower) dari mas... He has achieved alot. Tabik kat dia.

Pade pendpt saye dah tibe masenya pengurusan mas di rombak sepenuhnye. sebagai shareholder TonyF will make sure that the business he co-owns will not lingkup, and mas is very fortunate to have acquired this man's brains and bisness acumen. thanks to the foundation yg Idris Jala laid out, saye rase this new alliance is going to work out well. yg penting, mas has to change its operatn and bisnes strategies. skrg ni hanye bottom line that counts.

nak ungkit sejarah kejap. mase Tajuddin Ramli dulu saye ade ckp yang the deal he made wld be the straw that breaks his camel's back and I was right. to save mas, dia sendiri yg lingkup. (saye harap pisang x bbuah 2 kali)

I wish both mas and airasia good luck and doa that this new partnership will bring prosperity to all.....

Anonymous said...

tapi aku tak percaya pada tony tu...tengok je kes F1..mula2 guna nama lotus..pas tu terus jadikan hak sendiri...skang ni MAS lak...makan sikit2 dulu...dah cukup masa nanti...dia genggam semuanya...kita tunggu dan lihat permainan mamat tu...

Anonymous said...

Anon no.3. mmglah kite x boleh pecaye kalianji ni bulat2. sbb tu dia dpt 20% aje. dalam hal ni, khazanah, EPF and cimb as its banker kene bijak monitor mas' share movement. ikutlah lim kuan yew. dia gunakan yahudi utk bangunkan spore n at the same time beri kekayaan pade rakyat2 bangse cine dia. u shld read buku 'Riding A Tiger'. secara ringkas LKY tunggang blakg rimau dan bjaye melahirkan naga. itulah yg saye maksudkan, gunekan resources yg ade utk kebaikan kite. tapi jangan leka atau take anything 4 granted.

Anonymous said...

On paper dan ayat yang digunakan memang nampak cantik dan bagus..tetapi nampak macam ada yang meragukan.

1) Kenapa Nilai pertukaran saham disandarkan berdasarkan nilai spekulasi bukan berdasarkan nilai aset dan hutang kedua-dua syarikat...cuba perhatikan pergerakan saham...semasa perbincangan sedang dijalankan saham Airasia meningkat naik dan dan saham Mas meningkat turun...ini bermakna bahawa ketika penentuan harga saham, saham airasia tinggi dan Mas rendah dan ini menjadi faktor utama kenapa Tune Air mendapat 20.5 peratus dalam MAS dan MAS cuma mendapat 10% dalam Airasia...dan selepas perjanjian itu saham Airasia turun (nilai pegangan khazanah turun tetapi saham MAS naik, nilai pegangan Tune Air Naik...Tony untung)
2) Air Asia X mengalami persoalan tentang ketentuan dalam operasi masa depan mereka dan menjadi halangan dalam usaha mereka untuk menyenaraikan Air Asia X dan bagi mendapat harga yang baik, Perjanjian ini telah membantu Air Asia X memecahkan kebuntuan ini dengan mencanagkan kepada pelabur luar bahawa mereka mempunyai masa depan yang cerah terutama berjaya mematikan persaingan dari MAS, serta harapan cerah untuk mendapat hak pendaratan.

3)Agak aneh apabila 2 pegawai Eksekutif Airasia , dilantik menduduki jawatankuasa Exco MAS. Adakah khazanah percaya dan yakin bahawa kedua-dua mereka akan membuat keputusan yang lebih menguntungkan MAS dari Airasia apabila perlu membuat sesuatu keputusan kritikal yang melibatkan kedua-dua pihak pernerbangan.Dimana dalam pihak perngurusan dan eksekutif tertinggi Airasia tiada ada seorang pun wakil MAS yang mempunyai kuasa untuk memastikan bahawa keputusan dalam Airasia tidak merugikan atau bersaing dengan MAS.

2) Dari segi apakah yang MAS dapat manafaat dari AIRASIA, secara umum hampir semua bidang kolibrasi dengan nyata MAS mempunyai kelebihan berbandingan dengan Airasia.

3)Adakah ini bermakna bahawa firefly tidak akan menjadi penerbangan komuniti tambang murah? Maka Airasia berjaya melenyapkan persaing mereka, dengan cara mengubah konsep syarikat penerbangan firefly dengan menggunakan cadangan datang dari khazanah atau Exco pengurusan MAS.

4)Apakah perjanjian ini betul betul memberi manafaat kepada MAS atau lebih kepada menjadi tunggangan Tune Air untuk mencapai impian besar mereka.

5)Sekiranya sekarang ini saya masih boleh berpeluang untuk terbang dengan menggunakan MAS pada harga yang lebih rendah dari Airasia dan mendapat layanan 5 bintang, adakah dengan perjanjian ini maka MAS hanya untuk mereka yang membayar harga premiuem sahaja? Adakah ini bermakna rakyat biasa sukar menaiki syarikat penerbangan negara melainkan membayar harga premium?
6)Adakah firefly masih dibenarkan menawarkan harga tiket rendah seperti sekarang yang nyata lebih baik dari AIRASIA dan masih memberi khidmat dan layanan yang lebih baik dari AIRASIA.(Snack,minuman,check-in barangan,ketepatan waktu)

7)Adakah perjanjian ini diadakan demi kebaikan MAS atau kerana kecekapan sesetengah pihak yang pandai melobi?

8)Adakah Wakil Airasia didalam pengurusan MAS boleh berlaku jujur dan ikhlas untuk menguntungkan MAS dengan mengorbankan keuntungan peribadi, Kerana wakil Airasia akan mendapat lebih untung jika keputusan yang dibuat memenangkan AIRASIA, apalah dengan pegangan 20.5% dalam MAS jika dibandingkan dengan pegangan meraka dalam airasia, Ini jelas conflict of interest.

Saya ucapkan selamat maju jaya kepada MAS, semoga MAS tidak diperkudakan oleh mana-mana pihak, dan keputusan ini dibuat setelah khazanah membuat penilaian sewajarnya dan bukan sekadar "budy-budy" arrangement.

Anonymous said...

Hah , demonstran Italia reli melawan Berlusconi

Powered by Blogger.