Aug 27, 2011

OVERACTING.. PELAN SULIT DALAM PKR TUMBANGKAN FUZIAH SALLEH!!?





Fuziah Salleh.. Antara Pemimpin PKR dan totok Anwar yang tersenarai dalam golongan kurang dikenali semasa awal kemunculannya. Misi beliau untuk mengangkat dirinya setanding dengan pencacai2 Anwar yang lain akhirnya berjaya. Isu Lynas sememangnya digunakan sepenuhnya bagi memastikan beliau tersenarai antara Pemimpin pelapis yang bakal dijulang di masa akan datang. Waimah isu yang ditonjolkan tidak sebesar mana, tidak rugi beliau turut serta menamatkan Kursus Psywar jenama Anwar sebagai konsep yang paling efektif dalam memanipulasi satu2 penipuan. Sehingga benak di mata fikiran dan minda masyarakat. Klimaks kemenangan beliau mencapai matlamat populariti adalah, penipun beliau kini dipaparkan di dalam Buletin Utama TV3 dengan laporan khas mengecam beliau. Latihan Praktikal Fuziah Salleh boleh dikira 80% lulus berbanding Din Pudu yang masih mentah dalam melaksanakan Psywar Jenama Anwar. Syabas Fuziah. Tapi ingat, penipuan anda kini sudah dibongkar. Peratusan itu akan menurun tidak lama lagi. Bersiap sedialah Fuziah. Tapi Melayu CinDia agak kesal kerana Fuziah antara pemimpin yang Melayu CinDia kagumi semasa bergiat aktif di dalam Jemaah Islah Malaysia (JIM) 1 ketika dahulu. Beliau seorang yang sangat sederhana dari kesemua sudut termasuklah panampilan. Bertudung labuh, lemah lembut dan bersifat keibuan. Namun, akibat terkena racun berbisa Anwar, Fuziah dilihat begitu memberontak dan lalai dalam mengejar kuasa politik. Fikir sejenak Aunty, di mana berakhirnya semua usaha Aunty di dalam PKR selama ini? It's politics Aunty, dont talk about your enemy in UMNO. Orang2 UMNO tak ambil tahu langsung insan bernama Fuziah Salleh. Tetapi, musuh dalam selimut iaitu beberapa pimpinan PKR sendiri kini semakin giat berusaha membunuh karier Aunty. So, jangan menyesal di kemudian hari. Kembalilah pada watak sebenar Fuziah Salleh. Kerana ini bukan lagi diri anda. Musuh anda di dalam parti semakin muak dengan pendekatan anda yang dilihat overacting dalam melaksanakan tugas anda di dalam parti.




0 comments:

Powered by Blogger.