Aug 8, 2011

KES LIWAT.. ANWAR MAHU JUMPA NAJIB RAYU PELAN DAMAI!!?





Anwar Ibrahim hari ini mencapai 1 kejayaan di dalam Kes Liwat nya setelah pihak mahkamah membenarkan Anwar menemuramah 15 orang saksi yang dikemukakan termasuklah bekas rakan Naib Ketua Pemuda dan Naib Presiden UMNO beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak. Anwar dilihat akan mempergunakan segala ruang yang ada bagi mendesak Perdana Menteri untuk menerima pelawaan beliau sebagai salah seorang saksi Kes Liwatnya itu. Namun ramai yang tidak mengetahui rahsia di sebalik pertemuan tersebut di mana Anwar akan meminta serta merayu sekali lagi agar kes pertuduhan liwat beliau digugurkan dan beliau akan berjanji akan menutup terus fitnah beliau ke atas Presiden UMNO itu berkenaan Kes Altantuya yang disebarkannya sejak Perang Saraf PRU12. Kali terakhir Anwar memujuk Najib ketika mula2 dipilih sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen di mana kedua2 nya selepas perbincangan telah duduk bersama secara terbuka berborak sambil menikmati minum petang di Parlimen. Anwar pada ketika itu juga sempat berseloroh tidak menduga Najib merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO ketika beliau memegang jawatan No. 1 Pergerakan Sayap parti itu. Gurauan tersebut dilihat seakan2 memujuk secara sinis ke atas Najib agar membantu beliau menggunakan kuasa yang ada menggugurkan kes ini. Najib pernah membuat kenyataan tidak sama sekali akan masuk campur dalam bidang perundangan yang dianggap beliau 1 penyalahgunaan kuasa jawatan yang diamanahkan kepada beliau.





0 comments:

Powered by Blogger.