Aug 3, 2011

HUSAM MUSA BERUNDUR.. DIN PUDU ISYTIHAR SERTAI KRONI ANWAR!!





Sepertinya tugas bagi mengendalikan isu dan kes berkenaan status Kad Pengenalan dipertanggungjawabkan kepada seorang Pemimpin PAS yang terkenal dengan nama glamournya 1 ketika dahulu, YB. Din Pudu. Apa sebenarnya motif Din Pudu secara tiba2 tampil mengepalai apa yang disebut kononnya pendedahan berkenaan penyelewengan KDN ini? Jikalau benar Din Pudu benar2 ada bukti dan pasti penukaran IC Penduduk Tetap kepada Warganegara ini benar2 salah, kenapa tidak membuat laporan dan berjumpa pihak Jabatan Pendaftaran Negara secara terus? Awak Ahli Parlimen. Apa yang susah sangat nak arrange pertemuan ini? Mengapa perlu diadakan Sidang Media Berani Mati? Biasalah. Publisiti sangat penting dalam 'memasarkan' jenama Anwar. Betul atau tak itu belakang kira. Nasib baik ianya disambut JPN. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menjelaskan dakwaan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah tetapi didaftarkan sebagai pengundi baru, dan kemudiannya diberikan taraf kewarganegaraan dalam tempoh empat jam, sebenarnya tidak benar. Ketua Pengarahnya, Datin Jariah Mohd Said berkata rekod JPN menunjukkan dalam kes Mismah, individu itu sebenarnya telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982. "Beliau telah diluluskan taraf kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf penduduk tetap Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Beliau turut mendakwa sepanjang tempoh 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011, KDN telah menerima 72,334 permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia dan setakat ini meluluskan sebanyak 29,290 permohonan. Beliau juga menghuraikan pertimbangan permohonan taraf warganegara tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan berdasarkan perkara-perkara berikut - Perkara 15 : Isteri kepada Warganegara. Perkara 16 : Mereka yang lahir di Malaysia sebelum tarikh kemerdekaan (sebelum 31 Ogos 1957). Perkara 19 : Warga Asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun. Hmm.. Ala Datuk Jariah, ceritalah detail macam mana sekalipun, Pembangkang akan pusing juga. Ishh malu tu.. Buat Sidang Media.. Propaganda memang berani mati. Cakap lah macam mana sekalipun. Peguam2 Pakatan ni memang pandai pusing kiri, kanan, kiri balik. Bila sudah tersimpul, buat demonstrasi. Itu sahaja. Sebenarnya Pembangkang yang takut pada bayang2 sendiri. Takut tewas dalam Pilihanraya Umum akan datang. Sebab itu mereka kini sedang membina tembok kekuatan. Buatlah apa2 asalkan dapat tumbangkan Kerajaan. Bodohkan sahaja rakyat Malaysia.. Mainkan sentimen simpati, emosi dan kebencian. Confirm dorg dengar punya. Betul tak Din Pudu? Tak payahlah Din Pudu nak playsafe dalam hal ini. Dan janganlah kamu begitu mudah menawarkan diri menjadi suara bagi pihak Pemimpin Ulul Albab kamu, Anwar Ibrahim. Kelak kamu yang merana dek kerana penipuan Diktator PKR itu. YB., KAMU TAHU SIAPA ITU ANWAR IBRAHIM!!





2 comments:

Anonymous said...

secara psykologi, Bila tahu pasukan bola akan kalah, biasanya kita akan mainkan sentimen padang tak elok, pemain cedera, fizikal pemain laaa..bla..bla..bla.. Ini cara untuk mengelak malu dan takut moral penyokong jadi down

The Unspinners said...

Blog kami dikeluarkan dari bloglist kamu ke?

Powered by Blogger.