Aug 3, 2011

GERAKAN SULIT.. CHE'GU BARD LANCAR 'CANTAS PEMIMPIN PKR RASUAH!!'





Tatkala PKR dok poyo menaikkan sentimen korupsi yang kononnya dibuat secara besar2 an semasa PRU13, tiba2 wujud pula Kumpulan di dalam PKR yang juga bakal menganjurkan BERSIH peringkat Parti bagi mengingatkan semula kepada PKR siasatan tergantung korupsi yang berlaku semasa Pemilihan PKR Pusat yang lalu. Mungkin ramai yang lupa antara Pemimpin yang tidak berpuas hati dengan perjalanan proses Pemilihan termasuklah Mustafa Kamil Ayub, Zaid Ibrahim dan Che'gu Bard. Bagaimanakah PKR mampu memastikan SPR akan lebih telus jika Pakatan berjaya menawan Malaysia jika Pemilihan di dalam Parti sendiri sehingga hari ini tiada sebarang keputusan dan tidak mengadili di peringkat Mahkamah? Adakah PKR sanggup mengenepikan anasir2 kotor semasa Pemilihan Parti yang lalu dan boleh berlagak poyo memperjuangkan Pertandingan yang lebih besar di peringkat Negara? Mungkin ramai yang lupa protes yang dilakukan ke atas Zaid Ibrahim sehinggakan memaksa beliau meninggalkan parti. Begitu juga dengan sahabar karib Anwar, Mustafa Kamil Ayub yang turut mengiyakan penjelasan Zaid Ibrahim akan tetapi akhirnya mendapat surat Amaran daripada Jawatankuasa Displin PKR. Che'gu sepertimana yang umum ketahui pernah mengadakan protes melilit kain hitam semasa Hari Pergulungan Persidangan PKR yang lalu. Kemudian, berlagak sundal pula mempersoalkan ketidaktelusan pihak SPR menjalankan aktiviti korupsi semasa PRU. Layakkah PKR memberi sebarang saranan, desakan waimah provokasi kononnya mereformasi sistem SPR? PUAN NURUL IZZAH, TOLONG JAWAB!!





0 comments:

Powered by Blogger.