Aug 6, 2011

DEDAH.. GAMBAR P'TEMUAN SULIT ANWAR B'SAMA NAJIB, ROSMAH & RAHIM THAMBY CHIK!!





MASUK Penjara atau DAPAT jawatan PM. Itu sahaja pilihan yang Anwar ada. Bukan ada sesiapa yang membuat ugutan, ini percaturan Anwar sendiri. Wan Azizah sendiri akui, Anwar takkan bersara daripada Politik selagi tak dapat pegang jawatan No. 1 Kerajaan Malaysia itu. Letihkan dengan orang yang terlalu bercita2 tinggi. Ilmu yang dipelajari sanggup disongsang dan diputarbelit sehingga terkeliru masyarakat demi memastikan beliau dapat merampas jawatan tersebut. Tambahan pula orang yang kini memegang jawatan PM merupakan orang kanan beliau sendiri. Sepatutnya Anwar yang pegang jawatan PM terlebih dahulu. Najib merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia semasa beliau memegang jawatan KP pada tahun 1980an. Ini telah menyebabkan dendam Anwar semakin membara kerana penangan fitnah mengaitkan Najib dengan Pembunuhan Altantuya tidak mampu menumbangkan Kerajaan BN pada PRU 12. Strategi Anwar kini adalah meracun minda atau Mindset. Setiap pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau dianggap angkara Najib dan isteri, Rosmah Mansor. Semua. Daripada pertuduhan liwat, Video Seks, Agen US, apa lagi. Semualah. Tidak perlukan bukti. Hanya menggunakan daya tarikan yang memukau sahaja bagi mengiyakan kenyataan beliau itu. Di samping dengan peranan isteri Anwar meraih simpati dan membawa beberapa anaknya tampil membantu ibu mereka. Kes Liwat Anwar sudah menjadi bukti di mana Anwar telah menamakan Najib dan Isteri sebagai antara saksi kes tersebut. Tidak perlu mempamerkan bukti releven atau tidak memanggil mereka. ANWAR hanya perlu membuat kenyataan, lalu terus penyokong2 beliau akan sebarkan Najib pengecut kerana tidak berana berhadapan dengan kebenaran yang sebenarnya palsu. Manusia semakin cerdik. Cerdik memanipulasi isu. Cerdik memperdagangkan maruah Agama. Semuanya demi Kuasa Politik. Peningkan? Tapi inilah hakikat perkembangan politik alaf baru. Yang baik dilihat jahat dan yang jahat dianggap insan soleh dan pemimpin Ummah. Apa kesudahan kesemua mainan politik Anwar. Allah sahaja mampu memberikan jawapan yang paling tepat. Dan Anwar, beringatlah. Kamu menganjurkan Solat HAJAT, kamu mengajak kesemua rakyat Malaysia berdoa kepadamu. Jika keputusan mendapati kamu bersalah dan ke penjara, kamu tahu doa tersebut telah memakan diri kamu sendiri. Marilah BERTAUBAT Anwar. Oh ya.. Gambar di atas ditangkap dalam sebuah Majlis ketika Anwar memegang jawatan Menteri Pendidikan di Melaka. Wan Azizah juga hadir pada Majlis tersebut akan tetapi terpaksa merasmikan 1 program NGO di Ayer Keroh. Anwar pada ketika itu memuji kepimpinan Najib yang dianggap beliau mampu memimpin Negara 1 hari kelak. (tapi yang penting aku pegang PM dulu.)





3 comments:

kluangman said...

...dan pada masa itu rosmah masih cun

Anonymous said...

Gambo tahun brape ni? semuanye comei2 blake! Ohhhh 1994! 4 pemain2 utame ni mesti tahu rahsia masing2 kan? Hmmmm....

misnona said...

kalau anwar naik, orang yang paling takut adalah pak jib dan mak ros, kes dia kita orang nak ungkit balik, buka file, semak penghakiman dulu, begitu juga kes dr.m dulu, banyak kes yang digelapkan oleh pihak UBN. ketakutan puak2 ini kepada anwar hanya kerana kes itu. kalau boleh biar anwar masuk dalam. tetapi kes tipu.semua orang dah tahu. itu tanda pemimpin satu malaysia pengecut, bunuh orang dengan sandiwara kes, semua jabatan utama dia pegang untuk main peranan. nak temberang pada orang kampung dah tak laku, jadi UBN kena main macam-macam strategi.kalau anwar lepas, mereka akan buat kes lain pula. dan rakyat harap benar kes pak jib di perqncis tu terdedah, macam kes bayar puluh juta untuk publisiti media antarabangsa, aduh malunya...ini bukan pemimpin satu malaysia namanya, ini pemimpin 10 malaysia.

Powered by Blogger.