Aug 13, 2011

DEDAH @DUMC.. BUKTI SMS & BORANG KHAS MELAYU KRISTIAN DIBONGKAR!!





Gambar2 di atas merupakan antara bukti bahawa sememangnya wujudnya Exco Kerajaan Negeri Selangor dalam menyekat MPPJ menyita Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Seksyen 13, Petaling Jaya. Gereja ini dikenalpasti tidak mempunyai permit Rumah Ibadah malah pihak DUMC tidak pernah langsung membuat sebarang permohonan kepada Majlis Perbandaran tersebut sejak ditubuhkan. Gambar sms yang dipamerkan ini juga adalah bukti yang menunjukkan terdapat campurtangan yang sama berlaku seperti yang didakwa. Sebelum ini MB Selangor menafikan hal sedemikian berlaku. Exco yang tertera pada gambar kedua di atas mempamerkan nama Ronnie Liu dan Elizabeth Wong. Walhal Rumah Ibadah Gereja DUMC ini tidak mendapat kelulusan dari pihak MPPJ sama sekali dan jika mengikut undang2, ianya mesti disita kerana selalunya, Rumah Ibadah yang tidak membuat permohonan kebenaran akan menjalankan aktiviti2 yang memesongkan akidah seperti ajaran sesat dan penyebaran Agama2 selain Islam terhadap orang2 Melayu. Apa lagi helah Kerajaan Negeri Selangor selepas ini? PAS?? Di mana Pesuruhjaya PAS Selangor? Mengharapkan Khalid Samad yang tidak menggambarkan seorang Pemimpin Islam? Malu dan mengaibkan apabila beliau antara yang menghubungi pihak gereja meminta maaf atas keterlanjuran JAIS menangkap 12 orang Melayu tersebut. Adakah akal kamu dikurniakan Allah untuk mengaut kuasa sehingga sanggup menjatuhkan maruah Agama yang kamu tekad akan perjuangkan setelah menyertai PAS? Jangan hendak menyalahkan UMNO dalam isu ini kerana itu janji PAS kepada kesemua umat Islam di Malaysia sejak mula menubuhkan PAS iaitu mahu menegakkan Perundangan Islam sebagai Wadah Pemerintahan yang dikuasai parti ini. Dan tindakan berlandaskan Hukum Hudud bakal dilaksanakan bagi merealisasi setiap kes mahkamah termasuklah isu MURTAD. Mana dia janji kamu? Bukan sahaja tidak berjaya tidak dilaksanakan. Diherdik kumpulan dan individu yang merupakan Exco Selangor mewakili PAS yang cuba membawa perjuangan parti seperti yang diamanahkan. Malah boleh lagi mendesak agar 12 orang Melayu Kristian ini dibebaskan. BODOH ibnu BAHLUL. Ada lagi pendedahan selepas ini. Bukti yang mempamerkan wajah sebenar PARTI ISLAM SOSIALIS SEMALAYSIA... Oh YA.. Borang KHAS Melayu Kristian? Akan didedahkan dalam masa terdekat.




2 comments:

Papagege said...

Salam bro
1 berita yg cukup menggemparkan dan dapat lebih mengenali hamPAS
Tahniah

Anonymous said...

MENGAPA ADA MELAYU/ISLAM MALAYSIA "MENGEMIS" DI GEREJA?

Melayu Miskin?

apa DEB buat selama ni?
DEB gagal? ETP gagal? MAIS/Baitul mal gagal? puncanya? siapa menggagalkan?---- umno?!


Melayu Jahil?

apa Menteri Pelajaran & Menteri Hal Ehwal Agama buat selama ni?
Dasar Pelajaran Negara tak berkesan? KAFA gagal?
Jakim gagal?
Majlis Agama Islam Negeri lembab lagi gagal?
Jab. Agama Islam negeri gagal?
IKIM gagal?
Yadim gagal?
Perkim gagal?
MAIS/JAIS gagal?
Pentadbiran Masjid/Surau gagal?
RTM gagal?
puncanya? Siapa menggagalkan? ---umno!?

Melayu Merempat?

apa Menteri Kebajikan Masyarakat buat?
Jab. Kebajikan Masyarakat (JKM) gagal?
Jab. Kemajuan Masyarakat (KEMAS) gagal?
Baitul mal gagal?
puncanya? Siapa menggagalkan? ---umno!?

PRU13: kita wajib berubah, TOLAK Umno, UNDI PAS... MELAYU ISLAM SelamaaaaaaaaaaaaT.....

Powered by Blogger.