Aug 11, 2011

DAP TAKKAN TERIMA PERJUANGAN ISLAM SAMPAI MATI.. FADZIL NOOR.





"DAP tidak berhak melarang perjuangan PAS untuk terus mengangkat dan memertabatkan Islam sebagai Dasar Perundangan. Apa yang mereka benci sangat dengan perundangan kita? Jikalau itu keputusan DAP, ianya tidak sama sekali mematahkan semangat Barisan Alternatif untuk terus bergerak ke depan." Itu komen bekas Presiden PAS, Arwah Fadzil Noor ketika menjawab wartawan selepas DAP mengambil keputusan untuk keluar dari gabungan Barisan Alternatif pada tahun 2001. Ini kerana DAP tidak berpuas hati dengan PAS yang disifatkan ekstrim Islam dalam melaksanakan perundangan Negara seperti menghadkan penjualan arak, menutup pusat2 perjudian dan mengurangkan pusat2 hiburan aka Kelab Malam. Dan yang lebih penting, melarang sama sekali sebarang jemputan orang Islam ke upacara2 Keagamaan selain dari Islam kerana mampu merosakkan pegangan akidah. Perkara2 ini yang dipersoalkan DAP yang terbaca beberapa dasar yang dibentangkan PAS di masa akan datang. Situasi pada ketika itu sama seperti hari namun, DAP selesa di dalam Pakatan Rakyat. Kenapa? PAS tunduk pada mereka. Malah siap dihantar rombongan memohon maaf dengan tindakan2 yang dilakukan seperti di atas. Begitu 'diplomasi' PAS hari ini. Akibatnya, tiada lagi perundangan Islam. Yang dilihat perundangan mereka semakin sekular dan lebih ke arah sosialis. Di Kedah sahaja walaupun PAS mentadbir Negeri ini akan tetapi tetap tunduk pada DAP yang menentang usaha Kerajaan Negeri menutup Pusat2 Hiburan pada bulan Ramadhan. Walhal PAS mengetuai Pentadbiran Kerajaan Negeri ini. Ia kemudiannya disusuli di Selangor. Hasan Ali sebenarnya antara pemimpin yang membawa aspirasi dan daya tarikan perjuangan Fadzil Noor. Namun ianya tidak boleh digunapakai dan mesti dibuang terus kerana perjuangan itu tidak releven bagi PAS untuk turut merasa kenikmatan kuasa ke arah menakluki Kerajaan Pusat. Jadi, apa bezanya PAS dan UMNO? Hendak menentang rasuah, bukan sahaja gagal, akan tetapi Agama dipijak dan diperkecil2 kan. Kenyataan ini merupakan luahan bekas Vateran PAS Kedah yang bersama2 Fadzil Noor memperjuangkan PAS Kedah sekitar akhir 1970an.




0 comments:

Powered by Blogger.