Aug 21, 2011

CINCIN ROSMAH.. "ANWAR UGUT MAHU LIWAT SAYA!!" - WARTAWAN KOMPAS.





Hari ni Melayu CinDia taknak buat artikel. Sebab gembira membaca artikel sebuah Portal yang dilihat Pro Anwar membuat laporan yang berpihak kepada PM Najib Tun Razak. Terpaksalah. Sebab ini kebenarannya. Just READ. Anyway, Bravo for this report and article to Malaysian Insider. Akhbar Indonesia Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya atas satu laporan — berkaitan cincin berlian — yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah. Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah. Pertengahan bulan lalu Rosmah berkata laporan beberapa blog mengenai cincin itu satu fitnah. Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia. Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar tersebut dalam satu laporan bertajuk “PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia”, tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto. Harianto yang dihubungi Bernama pada Jumaat lalu berkata beliau sendiri telah menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Najib apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya, pada Khamis. Semasa pertemuan itu Najib telah menyatakan rasa terperanjat dengan laporan Kompas pada 4 Ogos itu. Pada pertemuan dengan Najib itu, Harianto turut mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.




7 comments:

modin said...

kalau artiel yang baik dari penulis yg bai dengan isi yang baik,"TAJUK" tidak perlu di putar belitkan.apa salahnya di letakkan sahaja"akhbar Kompas Memohon Maaf Terhadap PM Najib". harap dapat lah diubah perangai sebegini sebelum orang yang selama hari ini menyokong BN pun menjadi meluat.

Anonymous said...

agak mcm ni muka peliwat tersohor negara masa muda....kuikuikui

mnorkembalak said...

Salam sahabat saya bloger Gelombang Rakyat. Saya bersetuju dengan komen saudara 'modin' dan dengan ini bukanlah bermakna saya menghentam sahabat. Kebenaran komennya yang membena terpaksa kita terima walaupun hakikatnya kita tersinggung.

Semoga yang baik kita jadikan ikhtibar untuk memperbaiki diri kita, salam dan selamat menunaikan ibadah puasa yang hanya tingga 10 malam terakhir ini dan marilah kita beribadah bersungguh-sungguh semoga segala dosa lampau kita diampuni oleh Allah s.w.t amin ya rabbulalamin.

Anonymous said...

eloknya engko berdua pergi la komen dekat blog pr...baru betol nak membetolkan orang haha...

Anonymous said...

KOMPAS SURAT KHABAR HAMPAS TU BARUA ANWAR...MINTAK MAAF KEPALA BAPAK LU DONG !

Anonymous said...

Baca tajuk je pun nak Emo. Kenapa? ada ura-ura terasa hati ke kat dalam diri korang tu. Entah-entah korang ni memang penyokong Nuar. Orang yang xde kena-mengena x terasa apa-apa pun. Sekadar bacaan santai.

Anonymous said...

Pada pandangan saya surat khabar KOMPAS memang sengaja menyiarkan artikel tersebut dengan tujuan mengaibikan PM dan isterinya. Lepas tu buat2 mintak maaf. Padahal memang dia memang nak malukan PM dan isterinya. Kesian saya tgk PM dan isterinya. Kalau saya jadi PM saya suruh "on-air" satu malaysia dan indonesi suruh penulis blog yang memfitnah wife PM tu buat pengakuan yang benar. Bahawa semua itu fitnah. Di ofis saya ramai yang anti PM dan wife. Mati2 dia kata Datin Rosmah memang ada cincin tersebut.

Powered by Blogger.