Aug 12, 2011

BUKTI!!.. SMS TERESA KOK HINA ISLAM!!?





Pemimpin2 Kerajaan Negeri Selangor nampaknya cuba memusing cerita di sebalik tabir dakwah Kristian yang sedang berlegar di Negeri tersebut. Mereka rata2 meminta pihak UMNO dan BN cermin diri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu Murtad. Mungkin pihak Blogger Pro Kerajaan tidak akan mengambil inisiatif menaikkan isu ini jika tindakan JAIS tidak dipertikaikan. Namun apa yang pasti, bukan masalah UMNO atau BN. Kenapa PAS tidak mengambil peluang untuk menggunakan kuasa yang ada melaksanakan apa yang disuarakan 1 ketika dahulu? Apabila kini telah menakluki Kerajaan Negeri, di mana dasar perlaksanaan yang dahulu dijanjikan sejak penubuhan Parti ini? Isu murtad tidak dinafikan merupakan isu yang sinonim dengan perjuangan PAS. Sehinggakan rela mati syahid mempertahankan dasar perundangan Islam bagi menangani gejala murtad dan unsur2 yang membawa ke arah itu. Apabila JAIS mengambil langkah yang diperakui, tidak pernah diperlakukan semasa pemerintahan BN di Selangor, kenapa ianya dianggap tindakan yang berunsur negatif? Melayu CinDia melihat tiada bezanya malah bertambah rendah mertabat Islam sejak Kerajaan Pakatan mengambilalih Negeri Selangor jika dibandingkan dengan pemerintahan BN. Jangan dikata hendak menambahbaikkan Perundangan Islam Negeri, yang sedia ada pun dipertikai. Ini jelas menunjukkan bahawa matlamat menghalang sebarang tindakan berdasarkan Enakmen Perundangan Islam sedang berlaku malahan akan dihapuskan serta merta. Ini kes Murtad. Hassan Ali cuba melaksanakan apa yang dijanjikan PAS, namun kini dihalang? Di mana Islamya PAS? Jika dibiarkan, maka Islam hanya menjadi mercu tanda melalui Masjid yang terbina di Shah Alam semata2. Jika dibiarkan, Islam hanya menjadi simbolik ke kerana Exco Agama dipegang oleh Pemimpin PAS. Jadi patung semata2. Untuk melakukan sebarang perlaksanaan, perlu merujuk pada DAP dan PKR terlebih dahulu. Begitu? Rendah sungguh maruah PAS di mata DAP. Sebab itulah diadakan demonstrasi yang bakal berlangsung hari ini selepas Solat Jumaat di Masjid Shah Alam. Puak2 sebegini mesti diberi amaran agar tidak sama sekali memperkotak katikkan maruah Agama Rasmi di Negara ini. Ayuh kita hadir memberi sokongan. Di samping itu, sebuah blog ada mendedahkan terdapat undur2 mencurigakan bahawa berlakunya provokasi terhadap kes ini yang melibatkan salah seorang Exco Kerajaan Negeri dari DAP. Sepotong ayat melalui sms yang memberi jawapan terdapat unsur2 menghancurkan Perundang Islam di Selangor. Beliaulah yang kini mengawal segala perlaksanaan dasar Perundangan Islam di Negeri Selangor. Siapa? KLIK DI SINI!!





2 comments:

Anonymous said...

SEKURANG KURANG NYA BOLEH CAKAP MELAYU DENGAN FASIH DAN ADA 3 ANAK KERJA DENGAN GOMEN..

APA CERITA PADA YANG DAH JADI WARGANEGARA, TAPI SATU PATAH BAHASA KEBANGSAAN PUN TAK BOLEH CAKAP DAN ADA PULA YANG JENIS BALIK KAMPUNG KAT LUAR NEGARA HAMPIR TIAP TAHUN BAWAK HASIL YANG DAPAT KAT MALAYSIA NI.. DAH TU TAK TAHU NAK BERJASA KAT NEGARA NI, SEMUA YANG GOMEN BUAT DITENTANG..

Anonymous said...

[url=http://www.canadagooseistockholm.com]canada goose jacka[/url]
Det är utan tvekan ingen vill lämna där du kan tjäna miljoner, eftersom denna typ av möjlighet knackar rätt nära egen inträde , och också, väntar din goda varmt mottagande som du tjänar den väg återvänder till större vinster.
,[url=http://www.canadagooseistockholm.com]canada goose jacka[/url]
 Bara helt enkelt förmån 1 stor sällskaplig test, varav kan säkert vara trycka begränsningar, som utgör en persons principer som en conitinues längs samt inrätta obestridligen den algoritmer på variabler oväntade igår.
http://www.canadagoosejackorbilligt.com
 närvarande auditiva dyslektiker kan höra bokstaven och ord rörig som, liksom, kan kanske vara inte med upprepa något som ofta dessa personer Du kan bara hörde stund sedan. De flesta Dam förknippar dyslexi tillsammans efter svårigheter.

Powered by Blogger.