Aug 3, 2011

BRAVO 8TV... DR. DZUL PERTAHAN WANITA DAP B'PAKAIAN SEKSI!!





BUAT pertama kali Melayu CinDia tabik spring buat 8TV yang menghasilkan sebuah iklan yang benar2 memenuhi aspirasi rakyat Malaysia yang berunsurkan keharmonian dan sikap hormat menghormati di kalangan masyarakat. Iklan Sambutan Bulan Ramadhan yang disiarkan melalui 8TV ternyata mengagumkan Melayu CinDia dengan elemen2 bertemakan sikap tolak ansur di kalangan warga tanpa mengira bangsa di bulan Ramadhan. Iklan di 8TV itu membawa mesej agar warga bukan Islam berpakaian sopan, tidak makan dan minum secara terbuka di hadapan warga Muslim sepanjang bulan Ramadhan. Ini merupakan 1 budaya sihat yang telahpun dilaksanakan di kalangan masyarakat Malaysia 1 ketika dahulu. Namun kini, ianya tidak diaplikasi semula akibat daripada pengaruh global. Akan tetapi, Melayu CinDia agak kecewa ada di kalangan Pemimpin PAS yang menggunakan isu ini bagi meraih sokongan murahan dengan mendakwa Iklan tersebut sebagai rasis dan menghina Islam. 1 kenyataan yang bukan sahaja memalukan dari seorang Pemimpin beragama Islam, malah terserlah politik murahan yang diamalkan oleh pemimpin yang bernama Dr. Dzulkefly, seorang Pemimpin Sekular PAS berjawatan Ahli Parlimen Kuala Selangor. Apa sebenarnya motif beliau cuba meraih publisiti murahan sebegini? Adakah beliau cuba menunjukkan sikap keterbukaan PAS yang melampau sehinggakan menyokong mana2 warganegara Malaysia berpakaian seksi? Patutlah suka bergaul dengan Ahli2 Parlimen Wanita DAP di Parlimen. Semuanya berpakaian skirt di Parlimen. Melayu CinDia sebenarnya rasa tercabar dan berang dengan kenyataan terbuka beliau mendesak pihak Kerajaan dan yang bertanggungjawab mengambil tindakan tegas terhadap Iklan 8TV tersebut. Betapa cetek otak puak sekular PAS ini yang telah mengelirukan serta merosakkan minda masyarakat Malaysia. Sewajarnya Dr. Dzulkefly yang mesti disoalsiasat kerana cuba memporakperanda hubungan masyarakat majmuk di Malaysia. Melayu CinDia tidak terkejut jika DAP yang bertindak sedemikian. Tapi boleh pula disusuli dengan salah seorang Pemimpin PAS. Memang Dr. DZUL adalah puak sekular PAS perosak minda masyarakat Islam secara khasnya di Malaysia.





0 comments:

Powered by Blogger.