Aug 17, 2011

"BETUL.. KUMP. SEPAH DAH BERPECAH LAA.." - PEMINAT.





Bengkak asyik cerita tentang politik sahaja. Selepas bersahur sementara memikirkan untuk menyusun artikel sepanjang hari ini, tiba2 Melayu CinDia terbaca beberapa blog hiburan yang mendakwa Kumpulan Sepah yang lahir dari Raja Lawak berpecah dan tidak lagi sehaluan. Mereka yang juga mendapat tempat pertama bagi rancangan Maharaja Lawak dikatakan tidak sefahaman dan seringkali menghadiri program2 secara individu. Namun setelah diasak soalan pihak wartawan semasa Rakaman Program Melodi Raya (TV 3), salah seorang daripada anggota Kumpulan iaitu Shuib menafikan sekeras2 nya tentang perpecahan kumpulan tersebut. Namun tidak dinafikan, terdapat sedikit perselisihan faham yang tidak pun sehingga menyebabkan pergaduhan. Melayu CinDia amat meminati bakat yang lahir dari Program Raja Lawak. Namun, janganlah kecewakan peminat2 anda yang tidak putus2 mengundi anda ketika pertandingan Raja Lawak dan Maharaja Lawak. Mereka mengharapkan Sepah mampu bertahan dan terus mewarnai persada seni tanah air. Melayu CinDia kurang setuju jika salah seorang daripada Kumpulan Sepah menerima jemputan secara individu. Yelah memang benar rezeki masing2, akan tetapi ramai Kumpulan2 artis tidak kira Pelawak dan Penyanyi sebelum berpecah bergiat aktif secara individu. Lama kelamaan akan berpecah juga. Memang, kita merasakan kita lebih popular berbanding rakan2 dari kumpulan yang lain. Kita lihat contoh Saiful Apek. Beliau popular dan diminati sejak menyertai Kumpulan Senario. Sebelum mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan tersebut, beliau menerima jemputan dan kontrak lakonan secara individu. Akhirnya? Keluar juga. Memang nama beliau pernah melonjak. Menang anugerah tak payah disebutlah. Namun ke mana beliau hari ini? Tenggelam jua. Rezeki masing2. Oleh itu, janganlah terlalu mengejar populariti sehingga meninggalkan kawan2 yang turut sama berjuang dengan kita. Berjuanglah bersama di dalam industri seni ini di dalam Kumpulan. Semoga Kumpulan Sepah bertahan dan terus memberi yang terbaik buat peminat.





4 comments:

Anonymous said...

ku harap depa ni bakal jadi pengganti 'bujang lapok' di zaman p.ramlee dulu...rupa nya baru nak mula dah hancuss....nasib korang la...dlm satu kumpulan mesti ada tolak ansur,jgn pikir aku yg bagus dari kekawan lain..sebab ibarat anggota badan kita le,mana ada anggota lain lebih bagus dari anggota yg lain...semua sama mustahak..korang faham ker???

Anonymous said...

Hahaha...Hot hot chicken shit

gentingsena said...

lawak depa ok, tapi bila lawak nak bunuh diri aku benci. berpecah pun tak pa.....klu nak buat lawak pun janganlah nak bunuh diri, gimik lain banyak lagi.

Anonymous said...

Hebat , apa weblog itu! Situs web ini memberikan data yang berguna bagi kita , keep it up.

Powered by Blogger.