Maaf buat Mahasiswa di dalam gambar seperti di atas. Beliau yang merupakan salah seorang Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di sebuah IPTA. Gambar ini Melayu CinDia dari OTAI Blogger GAP. Mahasiswi in cuba memberi pandangan beliau mengenai isu penangkapan yang dibuat pihak JAIS terhadap 12 orang Melayu yang disyaki Murtad di sebuah Gereja.
Apa yang jelas dan pasti, Mahasiswa ini tidak bersetuju sama sekali 12 individu ini ditahan pada hari kejadian. Nampak Islam ini ganas. Memang betul. Kita tidak sewajarnya menunjukkan budaya yang menggambarkan imej Islam sebagai simbol keganasan. Kena toleransi. Tapi hendak bertanya dik, di Malaysia selama ini tidak mengamalkan toleransi kah? Klik pada Read More di bawah untuk sambung artikel ini.
Oklah adik ni dari Kumpulan Pro Mahasiswa. Jadi sokong Pembangkang lah. Pakatan itu bukan simbol toleransi kah? Kerajaan Negeri Selangor tidak amal toleransi kah? Apa makna toleransi di dalam Islam? Apa batasan toleransi yang sewajarnya diamalkan Islam? Jika benar toleransi itu membawa imej positif terhadap Islam :-
1)Kenapa timbul isu Larangan Kerajaan Negeri Penang pimpinan Lim Guan Eng menggunakan Pembesar Suara di Masjid2 Negeri untuk bacaan2 selain Azan semata2?......
2)Kenapa timbul soal keperluan tulisan Jawi di setiap Papan Tanda yang pernah disuarakan Teresa Kok?......
3)Kenapa timbul isu penghinaan Pembentukan Negara Islam oleh Karpal Singh?.....
4)Kenapa timbul larangan pihak DAP menguatkuasakan menghadkan pernjualan Arak di premis2 Perniagaan kawasan majoriti Islam?.....
5)Kenapa timbul isu bantahan DAP terhadap penutupan Pusat Hiburan sepanjang bulan Ramadhan di Negeri Kedah?.......
Apa lagi? Nak senarai banyak. Adik tahu atau buat2 tak tahu sebahagian isu2 seperti di atas?
Dan nak tanya sikit, kesemua isu di atas ini berjaya dilaksanakan tak? TIDAK. Semua dibatalkan akibat bantahan DAP. Adakah ini makna toleransi Islam yang diamalkan PAS? Satu persatu diuji dan disekat cubaan perlaksanaan Islam. Dan apabila dibantah, cepat2 tarik balik. Seolah2 ketakutan. Kenapa?
Isu Murtad ni dah makin teruk dik. Ianya dilakukan secara terang2an dan pihak JAIS akan bukti yang bakal dikemukakan. Masih perlukah kita bertoleransi dengan Kumpulan2 yang mengajak umat Islam membuang terus Islam di jiwa, Islam di lafaz dan Perkataan Islam itu sendiri. Ini semua bukan toleransi dik. Ini mainan politik kotor.
Lebih kotor daripada orang yang mencarut di khayalak ramai. Lebih teruk dari pasangan yang berdua2 an di tempat awam. Ini terus buang Islam dalam akad, jiwa dan akal umat Muhammad. Apa lagi yang hendak ditoleransikan? Ini sudah mempolitik dan menyalahgunakan toleransi yang diamalkan Islam.
Ingat dik. Malaysia ini ber'tuan'kan Agama Islam sebagai Agama paling tinggi darjatnya. Rasmi maknanya darjatnya lebih tinggi daripada Agama2 lain. Sekarang nak perjelas macam tu kat DAP. Mampos diugut keluar Pakatan. Kalau sekarang mereka boleh pertikai Ketuanan Melayu, selepas ini Agama Islam pun mereka boleh pertikai.
Tetapi cara mereka lebih psychology. Racun minda orang ramai, macam adik sekaranglah. Orang yang berpengaruh di Universiti. Kerana orang macam adik inilah yang akan membawa syiar minda songsang terhadap pelajar2 lain.
Lagi 1, Macam adik tulis di atas. "Pihak Gereja beri sumbangan pada orang Islam yang miskin." Memang benar. Malah Lim Guan Eng sendiri beri peruntukan penambahbaikan Masjid dan gaji serta elaun kepada Imam/Bilal yang jauh tinggi daripada jumlah sepatutnya. Terus dapat gelaran Umar Ibnu Abdul Aziz. Akan tetapi bila Lim Guan Eng mengarah agar melarang sama sekali penggunaan speaker untuk bacaan AYAT2 suci AL Qur'an, apa yang mereka nak jawab? Nak bantah dia tolong aku? Dia naikkan gaji aku? Dia tolong repair Masjid aku? Terima jelah. Lepas tu, naikkan gaji Imam lagi.
Ini bukan sumbangan dik. Ini sogokan menjatuhkan Islam. Tak mengapalah dik. Malas nak ulas panjang2. Adik fikirlah.