Jul 5, 2011

ZAHID HAMIDI SUNDAL ANWAR.. BONGKAR MISI KE ARAH DARURAT!!?





Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin dengan kemampuan polis melaksanakan undang-undang serta mengawal keselamatan negara dalam menangani perhimpunan haram yang dirancang 9 Julai ini. Beliau berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hanya akan mengambil alih tugas mengawal negara sekiranya mendapat perintah daripada Yang di-Pertuan Agong yang mengisytiharkan darurat. "Kami mempunyai kuasa yang terhad. Oleh kerana itu, kami hanya akan bertindak jika perintah daripada Yang di-Pertuan Agong yang isytiharkan darurat barulah kami mengambil alih tugas mengawal negara," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai persediaan pasukan itu dalam membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal perhimpunan haram yang dirancang diadakan pada 9 Julai ini. Ahmad Zahid bagaimanapun berharap tidak ada perintah darurat dikeluarkan, yang menyebabkan pasukan itu mengambil alih tugas mengawal negara. "ATM bersiap siaga. Bukan hanya sebelum dan selepas berlakunya perancangan untuk perhimpunan haram itu, tapi kita sudah siap siaga. Yang di-Pertuan Agong jelas secara rasmi meminta rakyat tidak terlibat dalam perhimpunan itu. Ia haruslah dipatuhi dan seperti yang kita tahu, Ordinan Darurat telahpun digunakan oleh PDRM terhadap individu tertentu," katanya. Sehubungan itu, beliau meminta pihak yang terlibat dalam perhimpunan haram itu, baik si baju kuning atau merah, supaya dan tidak melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang.




0 comments:

Powered by Blogger.