Jul 28, 2011

UPDATE KENYATAAN KHALID GAGAP.. 'HASAN ALI HANYA PENCACAI SAYA!!?'







 Cerita Exco Kanan yang kini tak berapa kanan, Dato' Dr. Hasan Ali kembali menjadi perbualan hangat. Blog RBF telah mendedahkan 1 sikap tidak profesional Kerajaan Negeri melalui 1 Majlis yang jelas membuktikan mantan Pengerusi Pesuruhjaya PAS Selangor bakal dicantas terus daripada memegang sebarang portfolio Kerajaan Negeri tersebut.

Ia kemudiannya disusuli dengan ketidakpuasan hati beberapa pihak di dalam PAS Selangor yang mempersoalkan tindakan Hasan Ali yang tidak diundang duduk di pentas sebaris dengan Exco2 Kanan yang lain dan ditempatkan di bawah bersama orang ramai.

Namun sehingga hari ini pihak Kerajaan Negeri tidak langsung menjawab isu tersebut. Dan jawapan pegawai kanan MB Selangor mengenai hal tersebut setelah diasak beberapa wartawan amat mencurigakan. Beliau menjawab dengan nada lembut tapi agak berbisa. "Jawatan No. 1 PAS Selangor bukan lagi hak milik beliau. Oleh itu, jangan hendak bertindak berlebih2 an. Beliau patut bersyukur kerana masih kekal sebagai Exco." Wahhh.. Sungguh bongkak jawapan yang diberikan.

Mungkin jika Hasan Ali dengar, beliau sendiri akan bertindak agresif. Tapi tidak mungkin. Hasan Ali bukan lagi dilihat Perwira PAS Selangor pada ketika ini. Beliau hanya tunduk dengan pelbagai caci maki dan kritikan kosong yang menyebabkan kehilangan pengaruh di kalangan Pakatan Selangor.

Khalid Gagap yang pada mulanya memberi peluang pertama kepada bekas Pengacara Forum Perdana Ehwal Islam itu (Isu Arak dan Judi) dikatakan semakin jelak dan bengang dengan tindakan kedua beliau mencetuskan kontroversi menyokong perlantikan SUK Negeri, Datuk Khusrin. Maka, Khalid Gagap sudah pasti tidak akan memilih beliau mewakili Exco Negeri Selangor pada penggal akan datang.

Sehinggakan ada beberapa staf Pejabat Pentadbiran Negeri mengatakan Khalid Gagap menghentak meja ketika Mesyuarat Exco setelah melihat kedegilan Hasan Ali untuk bekerjasama membawa suara PKR dan DAP, sambil mengeluarkan kata2 yang kurang enak didengar. Ramai yang mengatakan era kegemilangan Hasan Ali telah berakhir. Mungkin di peringkat akar umbi PAS Negeri mampu bersabar apabila PAS tidak meneruskan kontrak

Hasan Ali menerajui PAS Selangor. Akan tetapi, jika beliau tidak dicalonkan sekali lagi sebagai ADUN Gombak Setia atau mana2 DUN yang lain, masa itu barulah Khalid Gagap akan sembah memohon ampun dan maaf kepada beliau.

Sudah lah tu Hasan Ali, lebih baik anda keluar sahaja daripada terus bersubahat dengan tindak tanduk jahat Pakatan. Anda boleh meneruskan aspirasi anda menyebar syiar Islam melalui Ceramah2 Motivasi seperti sebelum ini. Kerana Selangor bukan sahaja masih dilihat kurang Islamik, malah lebih bersikap terbuka.

Konsert MTV yang bakal diadakan di Shah Alam memperlihatkan 1 'pembaharuan' Kerajaan Negeri. Malah semasa BN memerintah sekalipun, tidak ada konsert diadakan di Bandar Shah Alam. Adakah itu yang dinamakan toleransi dan kerjasama efektif PAS terhadap DAP dan PKR.?  

ps : Syabas Blog RBF atas pembongkaran terbaru.


6 comments:

Anonymous said...

mana ka di mau nya lepaskan jawatan.
Mana lebih penting?
Jawatan kah atau Agama?
Jawapannya mudah je.
bagi puak2 Pas tentulah jawatan.
Agama hhanya wayang kulit je.
Tanpa gama ada juga Nik Najis sebagai penjamin ahli syurga.

Anonymous said...

Jawapan khalid bahawa Hassan Ali tidak dijemput untuk duduk dibarisan tetamu utama oleh kerana bukan beliau orang nombor 1 PAS diSelangor adalah jawapan yang tak konsisten kerana ronnie liu pun bukan orang nombor 1 DAP,tetapi kenapa dia diletakkan dibarisan tetamu utama.
Hakikatnya ialah itu adalah satu penghinaan kepada Hassan Ali yang merupakan exco selangor dan majlis itu adalah majlis anjuran kerajaan negeri. Hai tak sedar lagi ke, wahai Hassan Ali.

usin said...

bagusnya hasan ali letak je anjing duduk kt kerusi tu, dia balik umah tido. x rasa dimalukan ke yb? aduhhh!! ini bukan soal sabar, ini soal maruah sendiri & maruah agama Islam... sbb yb masih exco.

Anonymous said...

Inilah yang dimusykilkan dikalangan orang Melayu yang hanya mampu jadi "jaguh Kampong". Bila berdebat dengan bangsa sendiri, dia tunjuk "hebatnya" dia. Kemudian cepat cari pengaruh . Peliknya bila berdebat dengan bangsa lain, "patah" lidahnya, mati "semangatnya" dan terserlah "ketololannya" tidak mampu mematahkan hujah lawan dari kafir!

Mat Belalai Al Jubb said...

..Si bengap Hassan Ali contoh terbaik pemimpin PAS yg lebih pentingkan jawatan dari perjuangan Islam. Dia rela dihina oleh puak2 laknatullah PKR + DAP dari menjaga kepentingan Islam. Hai Hassan si bengap kalau lu pejuang Islam sebenar, lu letak saja jawatan Exco yg ada apa2 peranan yg boleh membantu Islam di Selangor. Tinggalkan saja PAS yg telah sesat dalam perjuangan asalnya.

Mat Belalai Al Jubb said...

Pembetulan : 'jawatan Exco yn tidak ada apa2...'

Powered by Blogger.