Jul 25, 2011

SALAM PENGANTIN BARU BUAT BLOGGER DARUL EHSAN TODAY!!





Melayu CinDia ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Pengantin BARU to My Big Brother, Darul Ehsan Today yang telahpun melangsungkan perkahwinan beliau baru2 ini. Setelah sekian lama menyendiri, secara mengejut Melayu CinDia dijemput untuk hadir ke Majlis Raja Sehari beliau. Melayu CinDia tumpang gembira dengan kebahagian yang bakal dikecapi beliau bersama isteri. Darul Ehsan Today sememangnya salah seorang blogger yang Melayu CinDia akui, amat konsisten dan komited dalam melaksanakan tugas dan agenda bersama menangkis parti lawan. Sepanjang mengenali anak jati Selangor ini, beliau menghadapi pelbagai tekanan,cubaan dan cabaran getir di dalam Dunia Blogger. Pada awalnya dilihat seperti berputus asa, namun tanggapan itu meleset sama sekali. Beliau antara OTAI blogger yang masih bertahan sehingga hari ini. Dan sudah pasti, ianya memberi peransang dan semangat kepada Melayu CinDia untuk terus kekal bersama, berjuang dalam membongkar agenda busuk dan kotor Parti Pembangkang. Semoga Blogger Darul Ehsan Today dan isteri kekal bahagia hingga akhir hayat.





0 comments:

Powered by Blogger.