Jul 26, 2011

PKR KATA BAPAK SETAN.. WAHABI LAHIRKAN GOLONGAN MURTAD!!?





Isu WAHABI hangat diperkatakan setelah Laman Portal Malaysiakini melaporkan bahawa penglibatan mencurigakan golongan ini yang turut dikaitkan beberapa tokoh Agama yang menyertai UMNO. Turut tidak ketinggalan disebut bekas Mufti Perlis Dr. Asri. Malaysiakini dalam laporan berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) sendiri yang didakwa mengaitkan penglibatan mereka dalam aktiviti terorisme. Entahlah. Isu pegangan dan fahaman Wahabi ini bukan perkara baru di Malaysia sebenarnya. Jika ditanya Melayu CinDia, fahaman Wahabi pada ketika ini telah berjaya disebarkan di setiap kawasan dan tidak mustahil dikatakan, hampir semua IPTA telah menubuhan 'cawangan' mereka dan menyuntik minda beberapa golongan mahasiswa. Wahabi ini pada pandangan Melayu CinDia telah membawa pandangan dan perspektif Islam sebagai Agama yang sempit dan menyusahkan. Dari sudut pemakaian, cara hidup, sehinggakan tutur kata. Memang berbeza dengan apa yang diajar kepada kita dari peringkat Sekolah hinggalah ke peringkat IPT. Malah, Malah cara solat pun dipertikaikan golongan Wahabi ini. Seolah2 ajaran Islam di Malaysia ini sesat. Mereka cuba untuk mengubah ajaran Islam di Negara kita. Apabila ada desakan untuk mengharamkan Wahabi, pihak Kementerian Di Jabatan Menteri tidak beri kata putus. Maka dengan itu, 1 perbincangan yang lebih serius mesti diketengahkan. Jangan kelirukan ajaran Islam ini terhadap anak2 Muda yang telah dididik dengan cara yang betul mengenai Islam sejak dari zaman persekolahan. Jika benar ajaran yang dipegang di Negara kita ini salah, tolong rujuk pada pihak yang bertanggungjawab. Bukan dengan cara menyunting dan mengelirukan minda masyarakat. Melayu CinDia tidak terkejut, kekeliruan masyarakat kita apabila Wahabi muncul boleh menyebabkan berlakunya gejala Murtad di Negara ini.





1 comments:

Anonymous said...

Dr. Asri ni. sijil pun tipu ..
tengok sini..
http://al-hanief.blogspot.com/2011/07/kes-ustaz-zamihan-balas-saman-asri.html

Powered by Blogger.