Jul 2, 2011

PAS BANTU DAP.. MASJID PLATFORM P'TUMPAHAN DARAH SESAMA ISLAM!!





Masjid dilihat bukan sahaja tempat untuk umat Islam menjalankan aktiviti Agama semata2, akan tetapi Masjid juga merupakan tempat untuk menjalankan aktiviti2 duniawi yang boleh membawa kebaikan buat Umat Islam seperti aktiviti Pendidikan, Ekonomi, Program2 kemasyarakatan malahan perbincangan isu2 semasa termasuklah isu politik. Memang benar dan ini boleh dilaksanakan di Rumah Allah. Akan tetapi, Pembangkang telah memanipulasi isu 'Bincang' Politik di Masjid ini dengan mengapi2 kan semangat kebencian dan perpecahan Umat Islam yang membolehkan Pembangkang menguasai Kuasa Kepentingan Peribadi. Menjadi amalan di Malaysia pada masa kini, setelah selesainya Solat Jumaat, terdengarlah teriakan beberapa kerat Pemimpin PAS memulakan provokasi sempit dan diajaknya kesemua umat Islam untuk berkumpul dan menentang pemerintahan Kerajaan yang seolah2 dijajah oleh Zionis Israel. Dikutuk, diherdik, dicarut dengan kata2 kesat yang menyebabkan ada di kalangan yang mendengar termakan hasutan mula 'bangkit' menaikkan semangat kebencian bukan sahaja terhadap Kerajaan BN, malah turut menjadi mangsa penyokong2 UMNO di kawasan sekitar Masjid tersebut. Jika tidak dikawal, mereka ini akan bertindak di luar batasan. Maka berlakulah pergaduhan besar sesama Muslim. Inilah cara mereka. Apa akan jadi jika ianya dibiarkan berterusan pada masa akan datang? Fikir sendiri. Namun peliknya, ianya tidak berlaku di rumah2 Ibadah yang lain termasuklah Gereja. Kenapa Pemimpin2 DAP mahupun PKR yang beragama Kristian tidak mengamalkan budaya ini di dalam Gereja? Kerana mereka taat pada Agama mereka. Mereka tidak akan melakukan perkara2 bodoh sepertimana yang dilakukan oleh PAS. Akan tetapi, mereka tidak menghalang PAS melaksanakannya malah ada di kalangan Pemimpin DAP secara tiba2 muncul bersama dan turut serta berucap 'membantu' PAS memecahbelahkan Umat Islam. Akhinya? Umat Islam yang hancur. Diguna senjata Anwar melalui kata2 nya "Biar Kristian yang memerintah Negara daripada membiarkan Umat Islam di dalam UMNO yang korup menguasai Kerajaan." Begitu mudah menyalahkan kesemua Pemimpin UMNO itu korup hanya dek kerana Pemimpin2 mereka disiasat SPRM. Pernahkah PKR sendiri membenarkan SPRM atau mana2 Badan yang tidak berkepentingan menyiasat Pemimpin2 mereka melakukan korup. Zaid Ibrahim, Mustafa Kamil Ayub malah Che'gu Bard sendiri pernah mendakwa berlaku penyelewengan ketika Pemilihan Parti yang lalu. Adakah Anwar mengambilkira pendedahan mereka? Tidak. Diugut pula untuk mengambil tindakan tatatertib. Diberi pelbagai tekanan yang menyebabkan mereka terpaksa diam membisu. Jika keluar parti, dikata pula UMNO yang beli. Perluaskanlah akal dan minda kita wahai umat2 Melayu. Jangan hanya kerana menang bersorak, akan tetapi satu kampung tergadai. Masjid tidak mengira fahaman politik. Masjid bukan tempat medan peperangan sesama Muslim. Masjid merupakan simbol kekuatan Umat Islam. Masjid merupakan simbol Perpaduan Umat Islam yang sujud menyembah Lillahi Taala. Fahami maksud 'Bincang' di Masjid. Bak kata Hadi Awang 1 ketika dahulu, Muzakarah atau Musyawarah.




3 comments:

Anonymous said...

Sudah sampai masanya kerajan kerahkan pasukan Gerak Gempur Masjid diseluruh negara Yang berfungsi Menjawab secara langsung segala fitnah dan tohmahan serta meminta bukti yang sahih dari penceramah ini.. Setiap kali mereka mengeluarkan fitnah, potong dan jawab dengan pantas.Penceramah Pembangkang ini sebenarnya tiada ape-ape kelbihan PUN kerana saya pernah berdebat dengan mereka, bila dikeluarkan bukti mereka cabut.. Bila minta bktikan fitnah mereka langsung terketar-ketar... sebiji macam ularmak terompah.

berasiam said...

Ini adalah aktiviti parti politik. Yang lebih wajar menanganinya ialah parti politik juga. Jika PAS yang berkelakuan sedemikian, UMNO lah yang lebih wajar melawannya. Janganlah semua nak dibebankan kepada kerajaan. Pemimpin UMNO peringkat bahagian pun menerima banyak kemudahan khususnya di negeri yang dikuasai pembangkang. Jika mereka tidak tahu atau tidak mahu berusaha menyaingi aktiviti parti PAS ini, lebih baik hentikan segala bantuan yang disalurkan melalui mereka. Lebih baik juga jika singkirkan mereka dari jawatan masing-masing. Inilah kelemahan UMNO yang nyata. Semuanya nak mengharap kepada kerajaan. Bila hilang kuasa pada PRU 2008, semua jadi cacamarba. Duit ambik, kerja tak reti buat. Macam mana nak ambil semula negeri yang kalah.

Anonymous said...

Dalam keadaan sekarang menyokong, membantu dan menyertai PAS hukumnya berdosa.

Powered by Blogger.