Jul 31, 2011

NEGERI KEBAJIKAN GILA BABI.. KHALID GAGAP ARAH ROBOH SEKOLAH ASRAMA!!





Keputusan Yayasan Selangor (YS) untuk merobohkan dua buah asrama pusatnya di Kampong Pandan dekat ibukota kerana mengalah dengan pembangunan persekitarannya terus mengundang rasa marah dan geram bekas-bekas pelajar yayasan itu. Selain daripada melepaskan perasaan melalui tulisan ke laman alumni YS, mereka juga menghubungi Agendadaily untuk menyatakan betapa hampa terhadap pentadbiran YS yang tidak melakukan sesuatu yang proaktif untuk mempertahankan kedua-dua asrama pusat tersebut, sebaliknya lebih menguar-uarkan keegoan untuk membina asrama di Batang Berjuntai, Kuala Selangor. Menurut mereka, cadangan pembinaan asrama tersebut di kawasan politik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, yang juga Pengerusi YS adalah tidak bernas kerana tidak ada sekolah terkemuka di daerah tersebut untuk menempatkan para pelajar YS. Dalam penjelasan 31 perenggan itu, YS memberi rasionalnya pembangunan sekitar asrama berkenaan bakal mengundang masalah seperti bising kerja-kerja pembinaan, keselamatan tidak terjamin kerana kehadiran pekerja kontrak dan penagih dadah serta pelbagai ancaman lain. Mereka turut kecil hati kerana anggap YS mencemuh PAYS yang disifatkan hanya memperjuangkan nostalgia dan merindukan sejarah yang boleh diabadikan melalui kenangan album. Para bekas pelajar berkenaan juga mendesak pihak alumni iaitu Persatuan Alumni Yayasan Selangor (PAYS) bertindak tegas termasuk memaklumkan kepada Baginda Sultan Selangor, berpiket dan membuat aduan kepada Aduan Rakyat TV3. Ahmad Firdaus dalam reaksinya bertanya kepada Presiden PAYS Aina Hanim, apa yang perlu dilakukan sekarang iaitu sama ada mengadu kepada Aduan Rakyat TV3, mengajak pihak media bagi menceritakan hal sebenar atau buat bantahan dan hantar memorandum kepada DYMM Sultan Selangor. Azhar Harun pula menarik perhatian PAYS : "Ayuh PAYS lakukan sesuatu demi kebajikan adik (anak) kita di AYSKL. Masa tidak menunggu kita. Kita harus bersatu agar suara kita didengar. Kita wajib bersama dalam satu suara...suara PAYS bukan suara politik." Papa Hensem pula memberikan pandangan agar bangunan yang dicadangkan di Bestari Jaya (Batang Berjuntai) dipindahkan ke tapak asal AYSKL di Kg. Pandan. "Kita tak boleh salahkan 100% pentadbiran sedia ada sebab mungkin ia mewarisi masalah-masalah lama, tetapi dengan memangsakan ATDI/ATPN menunjukkan kegagalan pentadbiran sedia ada dalam kemahiran menyelesaikan masalah. Kalau masih tidak diterima, mari kita buat demo bantahan dan penyerahan kepada DYMM Sultan Selangor,"" katanya memberi syor. Kata Ahmad Haji Ali. Laporan Agendadaily.





1 comments:

Anonymous said...

dapt projek baru barua-barua dap dan pkr...
inilah kronisme dap dan pkr

Powered by Blogger.