Jul 10, 2011

NAJIB DEDAH SKANDAL ANWAR DAN MAT SABU!!





Ini baru dinamakan Perhimpunan. Bukan seperti Anwar dan kuncu2 nya yang menggunakan risiko setiap individu rakyat Malaysia untuk mengejar kuasa. Berderau 1 badan Najib menggunakan bisa yang sekian lama disimpan berucap dengan aura yang luar biasa. Dewan PWTC penuh dihadiri hampir kesemua NGO Melayu, terpukau mendengar ucapan beliau. Habis semua Najib balas. Satu Persatu. Paling tak tahan Mat Sabu turut dibongkar Najib. "Saya kata pada rakan-rakan dari zaman ayahanda saya (bekas PM Allahyarham Tun Abdul Razak) ..ramai mati kebuluran...demonstrasi di Kuala Lumpur...zaman Tun Hussein Onn pun buat juga...zaman Tun Dr Mahathir...buat juga...lepas tu baik sementara( masa dalam kerajaan)...negara aman berapa tahun...lepas tu buat demonstrasi zaman Pak Lah Bersih 1...sekarang zaman saya Bersih 2. Perangai hudoh ini tak berubah dari dulu sampai sekarang...dia lah dalang sebesar-besarnya. Ambiga...siapa Ambiga....kononnya hari ini badan menegakan demokrasi pilihanraya yang Bersih. Yang dok tuding jari kat kita ni bersih sangat ke orang tu...timbalan dia siapa..Mat Sabu sanggup duduk bawah Ambiga..Mat Sabu ni duduk bawah siapa pun tak apa...apa bilik no berapa (merujuk kepada tuduhan kes khalwat Mat Sabu di sebuah hotel di Kota Bharu dulu)." Haaaa.. Terkena bukan 1 peluru. Kalau terkena dekat badan hancur. Anwar? Huh. Bagi Najib Anwar ini bukan beliau kenali sehari 2. Inilah bekas bos beliau masa memegang portfolio Naib Ketua Pemuda dahulu. Inilah rakan seNaib Presiden 1 ketika dahulu. Jika hendak dibogelkan, Hospital Tanjung Rambutan Anwar akan dihantar kelak. Tapi Najib dikatakan ada membongkar kisah Seks Anwar. Off record katanya. Apa dia? Klik 'read more' seperti yang tertera di bawah artikel ini.






“Banyak tak terjawab lagi...jam Omega ( video seks) tak terjawab...nafi seribu kali nafi..pakar forensik terkemuka di dunia kata 99.99 persen...eh..dia kata bukan saya...kerana apa..kerana perut.

“Forensik ni dia bukan ukur perut aje ( katanya disambut gelak ketawa hadirin)...macam-macam...profesor di Amerika tak betul...dengan Saiful pun nafi...

“Saya pun ada pembantu-pembantu tapi kalau nak berunding dengan pembantu berundinglah di pejabat...mengapa nak berunding di sebuah kondominium...apa nama rundingan ini

“Saya bawa Saiful keluar negeri..sebab dia teaboy...orang lain tak boleh buat tea ke...apa keistimewaan tea yang Saiful buat...

“Macam-macam dulu ( masa dalam penjara) kata saya akan kena arsenic poisioning...tak cukup dengan racun arsenic...nak kena injection HIV...semuanya kita ni buruk...sedasyat-dasyat orang ni kerajaanlah...dari dulu sampai sekarang...semuanya buruik kita...dialah manusia sebaik-baiknya...anugerah Tuhan.

“ Inilah manusia yang sebabkan kita hadapi masalah semalam ( demo Bersih)..masalah orang yang hendak sangat menjadi Perdana Menteri...sanggupkan korbankan segala prinsip...ketepikan agama dan bangsa...asalkan akulah Perdana Menteri

“Dulu maki PAS bukan main..kata bodohnya PAS ...saya ingat lagi..PAS tak ada otak...ini dia pakai...tak boleh fikir PAS ni...Kit Siang dia bantai masa jadi Ketua Pemuda UMNO...sekarang ni oh my friend..semua orang dia peluk.

“Inilah angkara yang berlaku kerana nafsu nak jadi Perdana Menteri,”katanya.

Perdana Menteri menilai Anwar gabra bila melihat BN menang pilihanraya kecil demi pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk pilihanraya negeri Sarawak.

“Dia tengok..ini tak boleh jadi ni..kalau macam ni UMNO menang dengan pelan transformasi kita...rakyat dah terima dengan konsep 1Malaysia..dasar nak berlaku adil kepada semua kaum...agenda Melayu kita teruskan...dia tahu kalau tak berbuat sesuatu InsyAllah kita menang dalam PRU 13 nanti.

“Dia pun tahu inilah the last chance for him..bila orang tahu inilah peluang terakhir...dia akan buat segala-galanya...yang baik jadi tak baik...kerana apa...kerana matlamat menghalalkan cara...matlamat dia nak jadi Perdana Menteri menghalalkan cara,”katanya.

Dalam usaha menghadapi ancaman seumpama ini Najib meminta UMNO agar tidak sangsi kekuatan yang ada pada parti.

Beliau menegaskan UMNO sendiri ada ahli 3 juta yang bila-bila masa boleh saingi himpunan Bersih yang dihadiri oleh kira-kira 10,000 orang di Kuala Lumpur semalam.

Katanya tak payah 3 juta...satu juta cukup untuk ‘ tawan’ Kuala Lumpur.

Menurut beliau bukan sahaja UMNO..tetapi campur pelbagai pertubuhan yang sokong kerajaan seperti yang ramai hadir pada majlis itu.

Beliau memberi contoh persatuan seni silat gayong dan lincah.

“Pendekar-pendekar kita turun...tak masuk NGO-NGO lain lagi,”ujarnya.

Apapun kata Perdana Menteri UMNO tidak sekali-kali akan mulakan budaya demonstrasi jalanan.

“Jangan ..kita boleh lawan...semalam kita bagi wakil kita Ketua Pemuda saja turun...itu baru sikit saja kita turun angkatan kita...kalau kita nak buat porak peranda kita boleh..tapi kita yang berhimpun ni ...kita menjunjung prinsip undang-undang negara.

“Kita tak suka pada huru hara...kami suka pada keamanan..kami suka pada negara dimana rakyat hidup dalam harmoni...kita mahu masa depan kita lebih baik dari hari ini..ini sebab kita berhimpun hari ini...bukan kita nak tunjuk kekerasan pada mana-mana pihak..tapi kita nak tunjuk kekuatan kita...ada orang kata inilah silent majority...jadi jangan sesiapa nak timbulkan huru hara dalam negara.

“Nak kata demokrasi...UMNOlah pejuang demokrasi dari awal,”kata Perdana Menteri.


16 comments:

Anonymous said...

i and all my family members are among silent majority....buat apa nak bising2...kami taknak *menang sorak kampug tergadai...

Anonymous said...

i and all my family members are among silent majority....buat apa nak bising2...kami taknak *menang sorak kampug tergadai...

Dr Rita Coolidge said...

dulu masa zaman tun dolah bebal..lepas BERSIH 1 dia tak buat apa2...monyok semcam..
sekrang zaman najib..lepas BERSIH 2..najib balas kaw kaw punya..
BERSIH 2 telah backfire semua pemimpin pakatan rakyat...melihatkan kebodohan dan ketaksuban mereka utk berkuasa..

Anonymous said...

Anwar mempunyai tabiat Psycho Path iaitu pentingkan diri sendir. Tabiat begini sanggup membelakang keluarga nya sendiri asalkan cita-cita sampai. Anwar sanggup membiarkan keluarganya tanggung malu dengan perangai dan nafsu immoral semata ingin jadi PM. Siapa sanggup melihat PM seorang bangsa Melayu yang kaki bontot. Di mana nak letak muka kepada bangsa asing? Ekonomi Malaysia jatuh pun tak asalkan dia PM

Anonymous said...

yang menang jadi arang....yang kalah jadi abu......yang untung tokey cina yang jual arang.....bodoh....bodoh....bodoh.......bangang...bangang....bangang........kecik-kecik tak nak mampus dah besar menyusahkan orang....

Anonymous said...

Ucapan yang Paling BAIK dari DS Najib.

Betul DS, Lawan mereka habis2an..jangan kasi muka pada Anwar dan kuncu2nya..

We salute you!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Satu penipuan Anwar yang paling nyata.kes 16 september .tolong jawab penyokong pakatan.

Anonymous said...

Apa salahnya SPR penuhi tuntutan bersih..sekurang2 tak de modal lagi anwar nak berdemo.kalau macam ni sampai bilapun tak habis.

Anonymous said...

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

YB Raz said...

ds najib bila berucap boring sikit dengar..ayat slow slow..

anwar pulak walaupun dia banyak merapu tapi cara bercakap dia yang buat orang tertarik.

Cara Tun Mahathir berucap juga menarik dan tak bosan dengar.

maybe ds najib boleh ikut cara anwar atau Tun Mahathir berucap.

Anonymous said...

Tolong saya sebarkan fan page ini:
http://www.facebook.com/pages/200-000-People-Support-Najib-Tun-Razak/189111091144220

http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/ said...

"Anonymous says:
Monday, July 11, 2011

Apa salahnya SPR penuhi tuntutan bersih..sekurang2 tak de modal lagi anwar nak berdemo.kalau macam ni sampai bilapun tak habis."

Sebenarnya anda naif tentang tuntutan bersih itu dan apa yang telah dibuat oleh SPR untuk menangani pemilih-pemilih yang telah meninggal dunia.

Sila baca sini untuk menambahkan pengetahuan anda.

http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/2011/07/mp-kota-belud-menjawab-andaian-blogger.html

Anonymous said...

Semuanya perkara yang mengingkari Allah dan Al Quraan ada pada Anwar Ibrahim, cuma yang tiada adalah keinsafan. Kesempatan utk bertaubat tidak di gunakan sepenuhnya kerana hari kian menjadi senja buat Anwar Ibrahim. Allah SWT akan membongkar lagi kepada yang lebih dahsyat yang tidak terlintas di fikiran manusia berakal. Kita tunggu dan lihat seterusnya... Siapa ANWAR IBRAHIM sebenarnya ??????

Anonymous said...

satu dunia tahu tabiaat anwar yang suka meliwat,main pelacor,tak layak jadi pernada menteri,tetapi melayu pas,pkr dan pemimpin saperti nik aziz,hadi awang dan pemimpin2 anti kerajaan ,walaupun dah terang dan jelas perbuatan si-anwar yang terkutuk masih di-sokong.Kerana sokongan parti pakatan ,kaki bahan jubur di-sanjong.Mengapa begitu bebalnya orang2 ini sokong.Suruh tengok video anwar tak mahu ,takut berdosa.Ini bukan nak tengok apa dia buat tetapi untuk mengesahkan perlaku itu adalah anwar pemantat.

Anonymous said...

ok..bole x aku nak syor something kat admin, kalau berani adakan satu debat bagi mengupas isu2 nie secara live kat mana-mana media atau pon ditempat terbuka untuk rakyat menilai sendiri pemimpin-pemimpin dari segi dasar, moral, rasuah, kronisme, penyelewengan dll. ajak PM vs Anwar pon ok. be gentle to debate in this issue.aku da bosan nak tengok propaganda media2 utama yang majoritinya mmg xfair.please do something.. malu la ngan dunia luar.demokrasikan media.please..

koya said...

ah "Anonymous says:
Tuesday, July 12, 2011"....

ko tanya balik,akhbar dan media pembangkang tu...adil sangat ke sebarkan berita? pegi mati la kau.haha...

tengok macam mana diorang sebarkan isu cincin rosmah? Last2 kantoi camtu je.kah kah

amik hangpa.PRU.Undi aku kompom utk BN.Dah muak tgk balaci DAP ni semua.

Berambus.

Powered by Blogger.