Jul 2, 2011

NAJIB BAKAL RAMPAS TAKHTA 'MAHAFIR'AUN' MILIK MAHATHIR!!





Mahafir'aun, Mahazalim... Dua nama yang 1 ketika dahulu sinonim dikaitkan dengan Bapa Permodenan Negara, Tun Mahathir. Siapa beri gelaran ini? Siapa lagi kalau bukan Pembangkang. Pemimpin UMNO memang digelar dengan pelbagai nama. Mahazalim, Mahakaya, Maharasuah, Maha Al Jubori. Eh? Dulu lah Al Jubori. Sekarang sudah tak berjubo. Dah bertaubat. Namun kini kedengaran semula nama2 tersebut. Pelik. Mahathir sudah letak jawatan. Apa lagi yang zalim. Nampaknya bekas Perdana Menteri itu terpaksa menerima hakikat 'takhta' yang dimiliki beliau telah berjaya 'dirampas' Najib Tun Razak. Hahahaha. Macam2. Biar zalim, biar kejam. Daripada orang2 ini terus memperlakukan Negara kita ini seperti Negara mak bapak mereka yang punya. Semua gelaran ini kembali setelah beberapa penangkapan dibuat ke atas Pemimpin2 Pakatan yang menganjurkan Ceramah2 berbentuk hasutan, memakai Baju BERSIH yang telahpun diberi amaran dari pihak Polis. Mereka mendakwa Polis menyekat suara rakyat. Rakyat mana? Rakyat yang telah kamu tipu selama ini. Tangkap je. Tak tangkap pun mereka kata kita zalim. UMNO ni tak buat apa2 pun dikata zalim, buat pun kata zalim. Jadi? Sama sahaja. Paling tak dapat diterima akal tatkala Kementerian Dalam Negeri berdiam diri, diherdik Kerajaan umpama Zionis Yahudi. Berkelakuan seperti Israel. Padahal Hishamuddin dilihat Menteri paling Baik dalam sejarah Menteri2 yang memegang jawatan tersebut. Pun digelar dengan nama2 membawa kekejaman. Habis tu? Nak buat apa lagi. BERSIH dilihat klimaks peperangan mereka. Selama ini Polis diarahkan berdiam diri. Beri peluang pada mereka untuk bersuara. Ini bukan bersuara dah. Menyalak. Tuduhan demi tuduhan tanpa bukti. Tangkap. Kasi BERSIH pengkhianat2 Negara ini. Dah penat nak explain. Bukan dengar pun. Makin menjadi2 pulak.





0 comments:

Powered by Blogger.