Jul 9, 2011

LIVE!! 100 PENYOKONG KENA TAHAN.. AMBIGA DI LUAR NEGARA!!?





Da 21 orang kena tahan. Kat Masjid Negara Penyokong RUSUHAN BERSIH da berkumpul. Pemimpin Pakatan tak nampak lagi. Katanya suasana akan semakin panass.. KITA TUNGGU!!!


10.05am: Masjid Negara - Jumlah orang ramai juga semakin bertambah di kawasan ini. Dianggarkan tidak kurang seribu telah berada di sini.

9.55am: Masjid Jamek - Lebih ramai yang datang melalui stesen LRT. Polis belum memeriksa mereka tetapi hanya memerhatikan keadan. Kawasan ini adalah antara lokasi panas pada perhimpunan BERSIH pada 2007.

9.50am: Masjid Negara - Seorang lelaki tua yang cuba menghampiri masjid dengan niat untuk bersolat telah dihalau oleh pihak berkuasa. Jumlah penyokong BERSIH 2.0 di persekitaran stesen keretapi lama itu semakin bertambah ramai.

9.45am: Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan.

9.41am: Istana Negara - Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya.







9.40am: IPK Kuala Lumpur - Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis.

Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap.

9.38am: Kampung Baru - Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup.



2 comments:

Anonymous said...

terima kasih PDRM kerana menjalankan tugas. Selamatkan keamanan yang selama ini kita kecapi.Jangan benarkan anasir-anasir ini mengganggu gugat keamanan negara.TERBAEKKKKK....

Anonymous said...

MONYET2 TU..nak gunakan masjid sebagai kubu agar kerajaan dilihat zalin kononnya...sama cara cam pengganas sikh yang bersembunyi di kuil di india dulu tu...

Polis x yah fikir banyak2..kalau keadaan terdesak masuk je dan heret binatang2 perosak nie dari dalam masjid tu...

Yang pasti Allah lebih mengetahui niat beruk2 tu.

Powered by Blogger.