Jul 25, 2011

LETUPAN BESAR BAKAL TERCETUS DI PUTRAJAYA!!?





Melayu CinDia dikejutkan dengan laporan yang mengesahkan berlakunya letupan besar yang berlaku di Pusat Pentadbiran Kerajaan Norway. Letupan yang berlaku ini telah dikaitkan dengan serangan beberapa individu yang didakwa kononnya Kumpulan Militan. Apabila Melayu CinDia membaca laporan dari blog Papa Gomo, ternyata ada unsur2 fitnah yang cuba mengaitkan Kumpulan Militan Islam ciptaan musuh Agama bagi mengaitkan dengan kejadian Maha Dahsyat ini. Maklumat lain yang Melayu CinDia turut perolehi, serangan ini ada unsur2 provokasi Politik di mana ianya merupakan salah satu bentuk ugutan agar Kerajaan sedia ada dari Parti Buruh meletakkan jawatan serta merta. Seperti biasa, perkaitan ini dikaitkan sekali lagi dengan nama Militan Islam. Dan ianya dirancang oleh salah seoran warga tempatan (norwegian), freemasonry, aktivis berhaluan kanan (far-right activists), seorang conservative nationalist yang anti-immigrant, anti-muslim, anti-yahudi dan memperjuangkan negara satu bangsa yakni bangsa Norway atau bangsa Eropah. Beliau yang dimaksudkan bernama Anders Behring Breivik, 32 tahun. Melayu CinDia agak khuatir dengan perkembangan ini kerana ianya berlaku semata2 kerana perjuangan penghapusan bangsa2 peribumi dan warganegara yang kemudiannya mendesak agar kesemua bangsa ini diberi nama Bangsa Norway. Teringat akan cerita salah seorang Pemimpin Parti Pembangkang yang bertegas memperjuangkan status Bangsa anak yang dilahirkan beliau sendiri. Pemimpin ini bertegas mahu mengekalkan status anak beliau seperti yang tertulis di dalam borang Sijil Kelahiran iaitu 'Anak Malaysia'. Adakah perjuangan2 sebegini mampu membawa kesan sepertimana yang berlaku di Norway? Adakah ini yang diperjuangkan dan disebarkan oleh beberapa kerat Pemimpin Politik yang mahu menghapuskan status bangsa sedia ada dan menyelaraskannya kepada Bangsa Malaysia? Mungkin ada yang cuba mengaitkan dengan gelaran 1MALAYSIA. Tetapi ingat. Salah satu maksud tersirat 1MALAYSIA adalah keunikan beberapa bangsa yang mampu memberi kemajuan dan kesejahteraan serta tolak ansur dalam sebuah Negara bernama Malaysia. Apa pula perjuangan Malaysian Malaysia aka Middle Malaysia? Jangan terkeliru dengan Perpaduan Bangsa dan Penggabungan Bangsa. Kerana di Malaysia sememangnya wujud puak2 seperti ini. Dan jika dibiarkan perjuangan Penggabungan Bangsa ini terus rancak, tidak mustahil Malaysia bakal mengalami ancaman yang sama. Bangsa dicipta bukan untuk digabung. Bangsa dicipta bagi membina semangat persaudaraan, perkongsian, perpaduan dan kekuatan maruah Negara.





1 comments:

ril said...

http://kedaibajuborong.blogspot.com/
ingin menjadi sahabat blog anda

Powered by Blogger.