Jul 23, 2011

KU LI TUBUH PARTI BARU LAGI.. ANGKATAN AMANAH MERDEKA!!





Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH)... Satu organisasi yang ditubuhkan bekas Presiden Semangat 46 Tengku Razaleigh Hamzah. NGO la. Apa dasarnya? Macam biasalah. Keadilan, Ketidaktelusan, Anti Penyelewengan, Pertahan Perlembagaan, Agama Bangsa dan Negara. Melayu CinDia makin menyampah dengan semua ini. Lambakan NGO yang mempunyai perjuangan yang sama. Tapi bila tanya, berbeza. Ku Li kata AMANAH tidak ada apa2 kepentingan politik. Kalau da politik tu politik juga. Berselindung di sebalik NGO. PM umum PRU13, orang2 ni juga yang bertanding. Sudahlah tu. Tak cukup2 lagi kah dok nak tubuh NGO2 ni. Masing2 dengan keegoan masing2. PAS pun dengar kata ada 2 pemimpinnya yang dicantas bakal menubuhkan satu NGO. Perjuangan lebih kurang macam PAS jugak la. Cuma non partisan katanya. Presiden orang politik, perjuangan non politik. Logik tak? Masing2 nak cari publisiti politik. Sampai bila Melayu hendak maju ke depan jika politik kita da macam belangkas. Sekejap tubuh, kemudian bubar, lepas tu tubuh lain pula. Jikalau tidak mahu PAS dengan UMNO bersatu sekalipun, pilihlah antara 2 parti ini. Janganlah tubuh pelbagai NGO yang tidak ada hala tuju untuk jangka panjang. Sekadar provokasi yang akhirnya, tidak membawa apa2 perubahan dalam membentuk sebuah Agama, Bangsa dan Negara yang dihormati dunia. Melayu CinDia taknak sentuh pasal PKR kerana parti ini hanya sekadar memperjuangkan politik Anwar. Jika Anwar sudah pergi selama-lamanya, tiada apa lagi hendak diperjuangkan. Tolak rasuah? Apa yang hendak ditolaknya jikalau di dalam parti sendiri diamalkan rasuah. Melayu CinDia ambil contoh parti DAP. DAP walau dikutuk macam mana sekalipun, parti ini tetap akan memastikan perjuangan mereka sampai ke akar umbi. Tengok saja sekarang? DAP semakin maju atau mundur? Tak kesahlah jikalau mereka nak hancurkan Melayu sekalipun, mereka akan pastikan ianya berjaya. Mereka benci Melayu ke? Kalau benci takkan lahir pemimpin2 DAP dari kalangan orang Melayu, macam Engku Aziz. Lantaklah nak kata dia pengkhianat sekalipun. Dan yang paling penting, mereka bersatu. Mereka benci menggunakan akal, bukan emosi. Melayu? Usahlah sebut Melayu, dalam UMNO dan PAS pun sudah berpecah. Macam mana hendak lawan musuh. Wahai umat Islam dan Melayu, Tolonglah FIKIR. Lepas ni, jangan marahkan bangsa2 lain jika mereka berjaya menguasai Negara kita. Mungkin itu agaknya punca Melayu mundur. Kerana Melayu hanya pandai menyalahkan bangsa2 lain. PS : Tak benci Ku Li, hanya mengkritik perkara yang salah dan mempertahan perkara yang betul.





11 comments:

j3bat said...

Ku Li , bukan apa hanya kurang kasih sayang.

Dylan Faris said...

Ku Li.., jgn lah buat perangai, jgn lah mrajuk...wa phm lu...bila nak jadi PM..???

Anonymous said...

Dia buat fe'el lagiiiiii..!!

Pok pok demo jugok said...

Sapa dah muak dengan ore tuo ni angkat tangan!

Jo said...

udah-udah le...ambil pendekatan satukan org2 Melayu..damaikan PAS UMNO..anda disanjung walaupun dah mati kelak...tapi kalu hanya nak tambahkan pecah belah lagi...nanti org angga pmacam..pandikutty..

Anonymous said...

Belum apa2 lagi dah nak kutuk. Dah baca ke ucapan ku li? Melayu jenis kamu ni lagi hancus. Nak banding jasa kau dgn tahi kuku ku li pun tak layak, nak kutuk tanpa asas.

Anonymous said...

ku li cubalah politik dizaman baru ni, aku takut terkangkang dikerjakan blogger.

jemu said...

Ku Li ni hampeh la...
cita-cita tak ada lain, nak jadi PM aje.
Dia tau, kalau melalui UMNO, mustahil dah nak dapat. Kalau tak pakai sistem kuota pun tak boleh menang pny.
Ucapan di pelancaran AMANAH tu berdegar-degar. Retorik jer. Sapa pun boleh cakap mcm tu.
Realitinya, selama 47 tahun jadi MP Gua Musang, apa sangat yang dia buat?
Berbaloi ka dengan statusnya yang pernah jadi senior minister dan kaya raya tu?

aku said...

habih tu masa Ku Li tubuhkan semangat 46 dolu2 tu atas dasar apa..?

lepaih tu masuk UMNO blik atas dasar apa..?

sekarang nak cakap pasai 'keadilan..bla bla bla....' plak....tapi kekononnyer bukan sbb nak 'kuasa' atas tiket politik...habih tu atas tiket apa...?

mana ada Ku Li konsisten dengan apa2 'perjuangan'...yang Ku Li 'konsisten' pecahbelahkan perpaduan....tak kureng lebih dgn PAS larrr.....

SyedAbuSayyaf said...

dah lama tak buat tak masuk berita, dia pon nak buat gempak jugak... utk persediaan yg 13 tu nanti laaaaa...

Anonymous said...

Pemimpin macam Ku Li ni lah yang menjadikan melayu kuli dulu, kini dan selamanya.

Powered by Blogger.