Jul 4, 2011

KOMUNIS.. WARTAWAN US BONGKAR NAJIB TERIMA UGUTAN ANWAR!!?





Tindakan polis menahan beberapa individu di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 kerana dipercayai terlibat dalam anasir subversif merupakan langkah pencegahan bagi mengelakkan daripada perkara lebih serius berlaku, kata Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan itu bertujuan bagi memastikan keamanan dan ketenteraman negara dikekalkan. "Ini sebagai langkah preventif, pencegahan lebih baik daripada berubat, apa-apa polis buat ini sebagai satu langkah pencegahan daripada sesuatu yang lebih serius berlaku." Bernama melaporkan beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan enam individu termasuk Anggota Parlimen Sungai Siput Dr D. Jeyakumar mengikut Ordinan Darurat yang pertama kali digunakan terhadap penyokong perhimpunan haram 9 Julai ini. Najib berkata beliau yakin polis memahami segala implikasi dalam mengambil sebarang tindakan terhadap penyokong perhimpunan itu. "Ada beberapa elemen bila ada demonstrasi seperti ini, ada orang nak tumpang semangkuk jadi mungkin ada mereka yang berfahaman komunis, ada mereka yang merupakan kaki pengacau, mungkin ada mereka yang suka berhimpun sebab suka pada keadaan yang liar dan keadaan yang boleh menaikkan semangat mereka dan sebagainya. Mereka juga akan menggunakan media antarabangsa untuk menggambarkan secara negatif kerajaan Malaysia... kalau sekiranya mereka boleh buat provokasi pada kita sehinggakan kita terpaksa menggunakan sesuatu yang mereka boleh gambarkan sebagai menggunakan kezaliman terhadap mereka."




0 comments:

Powered by Blogger.