Jul 14, 2011

KISAH DR. LO'LO & AHLI SIHIR!!?.. YA ALLAH, MAT SABU NI MELAMPAU!!





Sudah sekian lama tidak mendengar khabar berita Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo'lo Haji Ghazali. Kali terakhir mendengar kenyataan media beliau semasa mempertahankan Anwar dan mengherdik penyebaran Video Seks Anwar. Namun selepas itu, Dr. Lo'lo dilihat tidak lagi kelihatan di media2 elektronik, media akhbar, media maya dan sebagainya. Sepertimana yang umum mengetahui, Dr. Lo'lo sedang bertarung nyawa melawan penyakit kanser yang beliau hadapi. Tida dinafikan beliau seorang yang amat bekerja keras bagi memastikan momentum pengundi pada PRU13 tidak berganjak. Di dalam PAS sendiri beliau dilihat telah mengubah gaya penampilan politik baru buat kaum Muslimat yang dahulu hanya mampu menegur secara lembut, lalu Dr. Lo'lo membina legasi sendiri lantang mengkritik kepimpinan kerajaan. Legasi yang dibina telah melahirkan beberapa tokoh Muslimat Alaf baru seperti Dr. Mariah dan Cik Athikah. Namun, penyakit yang beliau hadapi ini menyukarkan beliau bergerak secara aktif dalam politik. Pelbagai spekulasi dibuat mengenai penyakit yang beliau hadapi. Mungkin sudah biasa mendengar dari pihak UMNO. Akan tetapi, tidak diduga, di kalangan PAS juga ada yang 'mengumpat' memberi pelbagai andaian mengenai penyakit Dr. Lo'lo. Sehingga ada di kalangan ahli Muslimat PAS sekitar Setapak mendakwa Dr. Lo'lo terkena buatan orang. Astagfirullah.. Apa yang Muslimat PAS sekor ni merepek? Melayu CinDia walaupun dari pihak Kerajaan tidak pernah membuat sebarang andaian sebegitu rupa terhadap beliau. Nasi kangkang lah, terkena pelesit la, termakan makanan jampi lah. Melayu CinDia yang menyokong UMNO pula yang naik melenting dengan andaian2 tersebut. Ternyata kepimpinan baru Muslimat PAS ini semakin terbuka, sehinggakan berjaya mengamalkan budaya munafiq bak kata Anwar. Sudah2 lah mengumpat dengan andaian2 yang palsu. Melayu CinDia doakan agar Dr. selamat dan dapat kembali berkhidmat. ps : Kenapa tiba2 mention nama Mat Sabu..? Trademark.. Mat Sabu kan pemimpin PAS yang suka cakap2 kesat dan lucah. Orang ni kot sifu ahli2 PAS yang sepesen dengan dia.





7 comments:

Anonymous said...

Semuga sempat taubat... amiin...

Anonymous said...

Memang kena bertaubat pun sebelum nyawa terpisah dari jasad. Dah banyak sangat buat fitnah dan bersubahat menghancurkan Islam di Malaysia.

anti bohmau said...

jadikan iktibar..hentikan perbuatan memburuk2kan pihak lain sedangkan diri & kain baju sendiri lebih buruk!!

hangkedee said...

nama pun lo lo LOKLAK!.nak tau apa maksud tanya mat sabun dan aljub.Dua dua orang bukit mertajam.

Anonymous said...

CONFIRM MASUK SYURGA WALAUPUN BYK KESALAHAN PADA ORANG LAIN DAN TAK SEMPAT MINTA MAAF.N AJIS KATA UMAT AKHIR ZAMAN DIBAWAH LABEL PAS AKAN MASUK SURGA.TAK PAYAH RISAU NAK TAUBAT.SELEPAS NI SIAPA PULA PEMIMI[IN PAS YANG AKAN MASUK SYURGA?
AL JUBURI PUN SAMA.

Anonymous said...

Jangan dihina dan dikutuk sesama Islam apatahlagi orang yang telah mati. Tidak kira parti dan aliran apa sekalipun. Setiap perkataan akan ditulis malaikat dan akan dituntut di akhirat. Jadi, siapa yang ada menulis sesuatu yang BELUM pasti benar, delete lah. Anda akan menyembah orang yang dikutuk di akhirat memohon ampun.- AkuBanyakDosa

sasha2020 said...

kepada anon diatas (Monday, July 18, 2011)

--> Bila kena btg hidung sendiri, kamu keluar macam macam hadis dan ayat al quran utk mempertahankan kesalahan parti kamu (kononnya kita jgn percaya atau menulis sesuatu yg belum pasti kebenarannya)...Memang bagus dan ini yg dituntut dlm Islam..

Tapi, bila berita tu menulis tentang yg buruk disebelah kerajaan atau UMNO, tak pulak kamu gunakan ayat quran dan hadis tu..Terus percaya 100% dan sebar kat semua..Macam si Mat sabu (penipu besar tu) tu!!!

Powered by Blogger.