Jul 16, 2011

INI PAS KEDAH BODO PUNYA OLANG!!.. DAP KEDAH MENYALAK!!





Pemimpin tertinggi PAS berkata kerajaan Kedah pimpinan parti itu akan memaklumkan Jawatankuasa pusat parti esok mengenai keputusan melarang pusat-pusat hiburan beroperasi semasa Ramadan. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang juga Anggota Jawatankuasa Pas Pusat telah diminta memberikan penjelasan mengenai perkara itu. "Ia merupakan mesyuarat biasa bulanan jawatankuasa Pas pusat tetapi sejak isu ini menjadi perhatian, kita memutuskan untuk meminta Kedah memberikan taklimat penuh berhubung perkara itu. Bagaimanapun, beliau (Azizan) tidak dapat melakukannya kerana mempunyai komitmen yang lebih awal. Sebaliknya beliau akan menghantar seorang wakil untuk menjelaskan isu itu.". Kerajaan negeri mengumumkan pada Rabu berhubung keputusannya menguatkuasakan larangan kepada pusat-pusat hiburan termasuk pusat karaoke dan disko beroperasi sepanjang Ramadan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997. namun, rakan pakatan pembangkang, DAP meminta kerajaan Kedah pimpinan Pas supaya membatalkan pelaksanaan larangan ke atas 13 jenis hiburan semasa bulan Ramadan.




0 comments:

Powered by Blogger.