Jul 11, 2011

HASUTAN.. ANWAR KATA PENYOKONG BERSIH MATI DIPUKUL POLIS!!?





Polis telah klasifaksikan kes kematian seorang pemandu teksi, Baharuddin Ahmad, juga isteri kepada seorang ahli PKR cabang Setiawangsa Kuala Lumpur yang menyertai perhimpunan Bersih Sabtu sebagai ‘mati mengejut’. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata kematiannya adalah akibat komplikasi jantung dan bukannya berpunca daripada gas pemedih mata seperti didakwa pihak tertentu. Baharuddin meninggal dunia selepas sesak nafas semasa polis sedang menyuraikan peserta demo di jalan depan KLCC. "Kematian ada tetapi kematian itu tidak ada kaitan dengan tindakan yang diambil polis dan sebagainya, doktor yang merawatnya mengesahkan bahawa kematian mangsa berpunca daripada komplikasi jantung," katanya dalam sidang akhbar Ahad. Amar Singh juga memberitahu bahawa usaha untuk menyelamatkan nyawa Baharudin telah dilakukan oleh pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur namun pada pukul 5.30 petang, mangsa gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia. "Semasa bedah siasat malam tadi pada pukul 11.30 malam oleh pakar perubatan yang berkhidmat bernama Khairul, semasa siasatan mereka mendapati tidak ada kecederaan luar, tidak ada kecederaan atau apa sahaja kecederaan dalaman," kata beliau. Amar Singh juga menegaskan tiada sebarang gas pemedih mata atau meriam air digunakan untuk meleraikan perhimpunan haram semasa Baharudin berada di kawasan perhimpunan haram di KLCC. Beliau berkata Baharudin melarikan diri ketika polis meleraikan perhimpunan haram tersebut dan menuju ke KL Avenue, dan pada ketika di situlah beliau mengalami masalah pernafasan. "Kerana twitter menyatakan bahawa ia ada kaitan dengan tindakan polis. Siasatan oleh polis, tiada sebarang pemedih mata yang digunakan ketika beliau berada di situ," katanya. Amar Singh juga berkata anak Baharudin iaitu Mohd Nasrul, 22, dalam keterangannya kepada polis memberitahu bahawa bapanya ada memaklumkan mahu pergi ke KLCC untuk menghadiri perhimpunan tersebut dan juga merupakan seorang penghidap penyakit darah tinggi. Ketika ditanya mengenai dakwaan pihak tertentu yang mempunyai bukti bahawa kematian Baharudin disebabkan tindakan polis meleraikan perhimpunan, Amar Singh berkata polis bersedia menerima apa-apa bukti berkaitan perkara tersebut. "Jika anda ada bukti mengenainya, sila tunjukkan kepada kita tetapi polis mengesahkan bahawa mereka tidak ada kaitan dengan tindakan polis seperti gas pemedih mata dan meriam air," kata beliau. Dalam kenyataan media yang diedarkan pada sidang media itu, Amar Singh berkata polis menjalankan siasatan kes itu sebagai kes mati mengejut.




4 comments:

SyedAbuSayyaf said...

Anwar bewak lidah bercabang

Anonymous said...

Bila pula kotey Anwar akan mati mengejut supaya aman rakyat Malaysia.

Anonymous said...

hahaha..tanjat boboi!!

Anonymous said...

Fitnah yang keluar dari pemimpin yang bijak berlakon, pendusta, penuh dendam kesumat, angkuh, penzina dan peliwat yang tidak layak untuk digelar pemimpin. Semoga dia sempat bertubat atas lakonannya yang dijelmakan dalam bentuk tindakan yang bersifat syaitan itu.

Powered by Blogger.