Jul 29, 2011

DEDAH GAMBAR SULIT - STRATEGI LAKONAN ANWAR CEDERA PARAH!!





Rakaman video Reuters di atas memberi gambaran lebih jelas tentang apakah faktor sebenar kecederaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam perhimpunan BERSIH, 9 Julai lalu.Reuters atau Reuters Group Limited, syarikat media yang berpengkalan di London, United Kingdom merupakan salah satu rangkaian media antarabangsa yang dipercayai Ketua Umum PKR itu. Wartawan Reuters dibenarkan merakamkan detik-detik 9 Julai, dari Anwar bertolak dari Hotel Hilton hingga Ketua Umum PKR itu mengalami kecederaan dalam perhimpunan haram BERSIH. Berikut disertakan 19 keping foto yang dipetik dari rakaman video Reuters di atas. Keratan foto-foto itu bermula ketika Anwar (dirujuk sebagai nombor 1) bersama dua orang pembantunya, Ibrahim Yaakub (dirujuk nombor 3), Ketua Staff Anwar di pejabat Ketua Umum, Seksyen 16, Petaling Jaya dan Fayyadh Afiq (dirujuk nombor 2), pengawal peribadinya ketika mereka bersama-sama menyertai perarakan BERSIH di KL Sentral. Tumpukan pada minit 0.19 bermulanya kejadian asak mengasak hingga Anwar ditolak dan minit ke 0.24 ketika Anwar jatuh akibat tolakan peserta perarakan itu. Foto-foto itu disusun mengikut kronologi kejadian dari foto A hingga S dengan disertakan minit-minit kejadian. Layari Laman Portal AIDC untuk lihat pembongkaran ini. Ini wajah musang berbulu ayam.





0 comments:

Powered by Blogger.