Jul 29, 2011

CALON PRU13.. KIT SIANG DESAK 30% KERUSI PAS DISERAH KEPADA DAP!!





Nampaknya belum apa2 lagi, Penasihat DAP Kit Siang sudah mula menyalak memberi mesej secara halus dan terbuka bahawa parti tersebut sudah bersedia bertanding di kawasan2 Parlimen dan DUN yang majoriti pengundi terdiri daripada kaum Melayu. Maka menggunakan fakta prestasi, DAP menggunakan perkataan 'mencadangkan' agar kerusi PAS dikurangkan dan diberi ruang kepada DAP yang kata Kit Siang, sudah pasti, akan berjaya merampas kemenangan yang diperolehi BN sebelum ini secara keseluruhan. Tindakan Kit Siang menyebabkan pimpinan tertinggi PAS semakin buntu dan kusut kerana DAP dilihat semakin diktator membuat desakan yang bagi mereka sebenarnya releven dari segi fakta, akan tetapi masih tidak yakin dengan perjanjian DAP yang tidak akan sama sekali meminggirkan Islam di dalam Sistem Pemerintahan Negara. Malah dijangkakan akan ada suara2 sumbang di peringkat akar umbi PAS yang akan mengkritik kepimpinan Hadi Awang yang dilihat semakin lembap dan terpinga2 setiap kali DAP bersikap gangster menggunakan kuasa veto jumlah Parlimen yang dikuasai mereka. PAS yang masih ego dan terikat dengan pendirian Diktator PAS, Nik Aziz bakal menjadi punca utama keruntuhan perpaduan dan kekuatan Politik Islam dan Melayu yang telah dibina sekian lama oleh Parti Pemerintah Negara sedia ada. Sampai bilakah PAS akan terus ego dan ego dengan kekangan suara Nik Aziz yang semakin terpesong? Janji2 menangani beberapa masalah seperti Pusat Hiburan, Penjualan Arak tidak terkawal dan Konsert2 secara terbuka bukan sahaja dikurangkan, malah bertambah kritikal. Jika dahulu PAS dengan bongkak menganggap UMNO bodoh dan jahil mengenai gaya pemerintahan kerana membiarkan ketiga2 permasalahan ini tidak dapat diselesaikan, kini gelaran bodoh lagi jahil itu secara tidak sengaja, berpatah semula kepada mereka. Mudahkah memerintah sebuah Negara Islam? Apatah lagi Hudud? Hendak berjihad? Oh tidak, itu dulu. Kini PAS semakin Open Minded. Yang Haram kini jadi Harus. Yang Wajib terpaksa 'dimakruhkan' seketika. Sampai bila? Sampai kiamatlah jika PAS terus menerus bekerjasama dengan DAP. Jangan cuba buat perbandingan dengan BN. Kerana sekurang2 nya, majoriti komponen2 BN masih menghormati prinsip yang dipegang mengenai batasan2 Agama Islam. ANWAR?? No Hal. Yang penting kuota beliau sebagai Perdana Menteri terlaksana.






5 comments:

Anonymous said...

Itulah matlamat minyak-minyak-dap ni. Dorang nak 2/3 majoriti supaya dorang boleh gubal perlembagaan di palimen utk hapuskan hak melayu. AWAS semua pengundi-pengundi melayu jangan sampai hilang hak kamu di bumi sendiri hanya kerana tersilap pangkah kertas undi. Dengan menggunakan isu harga rumah yg mahal dan tidak mampu dibeli org melayu maka kita semua akan hilang tempat di bumi sendiri.Fikir betul-betul jangan sampai silap pangkah kertas undi kerana mengikut perasaan marahkan nyamuk maka kelambu semua dibakar. Ingat Pangkah BN.

Dol Sempit said...

Apsal mintak 30% aje? Mintak la 100% pun PAS boleh bagi takde masalah!!

Anonymous said...

DAP tak payah mintak pun...memang PAS akan offer kerusi...PAS mana ada telur..karpal singh buka mulut..haji hadi masuk kepala dalam kain..

Anonymous said...

mmg bingai la mana2 melayu yg pangkah 'pakatan haram jadah'...bingai xda dah...

Anonymous said...

anon july 30.betul tue memang zalim lah sesiapa yg undi pakatan rapuh tue...tetapi msalah nya diorg undi org lain yg terpaksa tanggung...contohnya kat kelantan....yg undi anak2 mereka yg duk luar yg balik kelantan just untuk mengundi..lepas undi terus balik kl.putrajaya dan negeri2 umno...zalim ker x tue?

Powered by Blogger.