Jun 1, 2011

VIDEO SEKS.. DEWAN ULAMA' PAS JUMPA DATUK ESKAY!!?





Beberapa Perwakilan Dewan Ulama' PAS Pusat sedang berbincang bagi mengkritik kepimpinan parti yang terlalu teruja membela Anwar berkenaan isu Video Seks dan Kes Perbicaraan Liwat beliau. Mereka mendakwa PAS hanya berfungsi mendesak pihak bertanggungjawab mengadili kedua2 kes ini dengan lebih telus dan tidak sewajarnya terus membuat kenyataan Anwar secara sah tidak melakukan maksiat seperti yang dituduh. Ini juga sebenarnya ditegah sama sekali kerana setiap pertuduhan yang dikeluarkan harus dibawa ke mahkamah yang telus sebelum sebarang keputusan dibuat. Tindakan sesetengah Pemimpin PAS seolah2 memperlihatkan PAS sendiri berada di tempat kejadian dan menjadi saksi bahawa Anwar tidak melakukan seperti yang dituduh. Mereka juga mendesak agar pihak Pimpinan Parti fokus dalam menyambung agenda perjuangan Parti bagi menarik lebih ramai sokongan rakyat terutamanya di kalangan masyarakat Islam di Malaysia. PAS tidak sewajarnya mengambil kesempatan terhadap kekuatan rakan komponen Pakatan iaitu DAP yang begitu stabil mendapat sokongan dari pengundi Cina akan tetapi PAS tidak bersungguh2 dalam berdakwah memberi penjelasan sebenar Pengukuhan Islam di dalam Pakatan. Ini telah menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam dan menyebabkan matlamat serta dakwah PAS tidak sampai kepada rakyat. Beberapa Perwakilan dilihat sedaya upaya hendak membawa usul ucapan ini pada Muktamar Dewan Pemuda esok hari akan tetapi dihalang kerana dikhuatiri akan dilaporkan media2 yang membuat liputan pada ketika itu. Mereka juga melihat jika benarlah PAS mahu masuk campur dalam isu Anwar, mereka mendesak Dewan Ulama' PAS sendiri memanggil Datuk Eskay DAN Anwar Ibrahim secara serentak bagi mengambil keterangan seterusnya menghentkan serta merta isu ini.




1 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya orang lain tek perlu buat report polis minta siasatan dibuat.Sebenarnya DSI sendiri yang minta polis buat siasatan. Dia buat report bukan dia didalam Vedio tersebut,oleh yang demikian pihak Polis perlu siasat betul atau tidak DSI didalam Vedio tersebut untuk menentukan DSI tidak buat laporan palsu.

Powered by Blogger.