Jun 9, 2011

USUL SULIT MAJLIS SYURA.. PECAT AHLI YANG PERTAHAN HUKUM HUDUD!!?





Di kalangan beberapa Pemimpin Ulama' PAS malah perwakilan yang hadir terpinga2 apabila Presiden PAS, Hadi Awang memberi kenyataan bahawa Negara Islam yang diperjuangkan PAS iaitu Hukum Hudud merupakan 1% sahaja daripada perjuangan Parti. Ianya kelihatan berbeza dengan penerangan yang diberikan kepada mereka semasa diasak memilih PAS sebaga wadah perjuangan politik mahupun Islam itu sendiri di Negara kita. Itu yang dijelaskan kepada mereka sebelum mengambil keputusan menentang habis2 an parti UMNO. Hudud menjadi nadi pegangan pendokong2 PAS 1 ketika dahulu dan diisytihar sebagai jihad syahid jika mereka mati kerana memperjuangkannya. Jika ditentang dan membiarkan ianya tidak dipertahankan, umat Islam akan berhadapan dengan azab Allah.. Hari ini, Hudud semakin terpinggir akibat kerjasama politik PAS bersama DAP dan PKR. Penyokong2 lama PAS semakin marah kerana PAS seolah2 mungkar pada perjuangan asal walhal itu sebab utama PAS menentang UMNO. PAS lebih terjurus bercakap seperti DAP dan PKR dengan menggunakan kelemahan Kerajaan berkenaan rasuah, penyelewengan, jenayah dan sebagainya bagi menghasut rakyat bukan menyokong PAS semata2, akan tetapi menyokong DAP dan PKR. Dulu punyalah beriya2 bersemangat tinggi disertakan dengan emosi mengatakan Hanya Hudud dapat menghapuskan Rasuah, Hanya Hudud dapat menghapuskan Jenayah, hanya Hudud dapat menghapuskan penyelewengan dan Hanya Hudud sahaja dapat membunuh musuh Agama seterusnya memberi keamanan pada Negara. Jadi, bagaimana pula Hadi Awang boleh kata kini Hudud adalah 1% sahaja daripada Perjuangan PAS? Kerana PAS sebuah parti yang diwujudkan bagi mengubah Pemerintahan Negara. 1 hal... Pemimpin PAS kini tidak lagi mengutarakan hal hukum Hudud dek kerana takut akan kerjasama Pakatan punah. Kenapa pula perlu takut? Dahulu kata jihad syahid mempertahankannnya? Ada salah seorang Pemimpin memberi alasan UMNO berbeza kerana kerana parti ini didokong oleh orang Islam akan tetapi menentang Hukum Hudud. Mereka persoalkan kembali bukankah PKR juga dikepalai Orang Islam? Bekas Pemimpin UMNO lagi? Anwar Ibrahim itu kafirkah? Malah ada yang membalas jawapan Pemimpin PAS tersebut dengan mendakwa DAP sendiri kini melahirkan pemimpin yang beragama Islam seperti Senator Tunku Aziz yang berjawatan Naib Pengerusi DAP Pusat. Akan tetapi beliau juga lebih rela mati daripada menerima Hukum Hudud. Tergamam seketika pemimpin PAS itu. Lalu menggunakan kaedah Anwar Ibrahim cuba mengalih perhatian terhadap isu2 lain bagi menghentikan soalan wartawan. Hadi Awang sendiri melalui amanat beliau telah meminta umat PAS menentang UMNO kerana penentangan parti tersebut terhadap Hukum Islam iaitu Hudud. Wajib tentang... Malah dikatakan perjuangan PAS menentang UMNO diperumpamakan perjuangan Palestin menentang regim Israel. Benci sehingga begitu sekali terhadap UMNO. Kini? Masih relevan lagikah PAS....




4 comments:

Anonymous said...

Takbir !!!

Hidup Lim Guan Eng
Hidup Karpal Singh

Anonymous said...

teringat cerita 25 tahun dulu bila arwah ayah dan mak di maki hamun oleh arwah tok bilal (atok belah mak), arwah pak teh dan pak long (dia masih idup) sbb arwah ayah sokong bn. arwah tok bilal, arwah pak teh dan pak long ni tak pernah jejak rumah keluarga kami waktu kenduri jugak rumah2 mak saudara ato bapak saudara yg di katakan sokong bn sbb di katakan makan sembelihan orang bn haram. hari ni, cerita dah terbalik. orang pas dah berpeluk erat dgn pemakan babi. Hanya Allah SWT yg Maha Mengetahui dan Maha Pengampun.
Kalo arwah ayah, arwah pak ngan, arwah mak su masih ada, semestinya mereka tersenyum skrg. harapan buat pak long yg masih hidup walaupun sudah senja usianya, petunjuk Allah SWT dah depan mata. masih belum terlambat utk mintak maaf dgn para jemaah yg bersembahyang di masjid yg yg telan bulat2 ucapan pak long supaya meminggirkan orang umno sbb dikatakan mereka itu kafir. kalo benar orang umno itu kafir kerana menyokong bn, orang pas skrg pun seharusnya di kafirkan juga. nauzubillah.

anak perantau

Anonymous said...

solat hajat oleh ahli pas dah dimakbulkan oleh Allah swt. ahli pas masih lagi tak dapat petunjuk dan hidayah daripada Allah swt. ini disebabkan mereka suka mempermainkan agama. berbeza dgn ahli umno yang takut kepada Allah dan tidak mempermainkan agama. buat dosa, tetapi itu dia dan Allah. Agama diletakkan ditempat yang tinggi. ajaran Islam tak berani sentuh, takut. tapi ini tak belaku pada ahli pas. mereka anggap agama tu macam depa yang punya. bebas membuat segala tafsiran ikut nafsu ... itu pasal tak dapat hidayah .... moga Allah membuka pintu hati ahli pas untuk berfikir dengan dengan tenang dan dapat melihat dengan jelas segala pembohongan dan tipu daya orang kafir dan ulama fasik mereka.

ROSAFID said...

Saya Kata! Saya cadangkan bagi semua umat Islam di Tanah Melayu ini, kita adakan SOLAT HAJAT PERDANA. Serentak merata rata, di semua masjid2,surau2 dan tak kira di mana2 di seluruh negara. Solat hajat memohon dengan sepenuh IKHLAS nya supaya ALLAH swt menyatu padukan hati semua umat Islam di Malaysia ini demi kepentingan Islam, memberi taufik petunjuk serta hidayah Nya supaya kita dapat berfikir dengan jelas dan rasional dan berusaha seberapa daya untuk kembali semula bersatu padu demi Agama, Bangsa dan Negara yang tercinta. Kita lupakan segala perbalahan dan perteligkahan dan kembali kepada ajaran AlQuran dan sunnah Nabi Muhammad saw yang sebenar nya kerana dalam Islam ada jawapan atas semua masaalah.
Lupakan buat seketika apa ideoligi, fahaman politik serta kedudukan kita . Kita bersolat secara sama rata berimamkan sesiapa sahaja yang bolih mengimamkan kita. Cukup cukup lah wahai saudara2 ku. Jangan lah lagi membuang masa mengata, memfitnah dan menuduh yang bukan bukan sesama kita.Berhentilah dengan segera.Banyakkan lah berzikir serta bertasbih kerana perbuatan itu bolih memberi ketenangan serta membersihkan hati.Ini cuma cadangan.Fikir2kan lah. Kalau bolih di terima dan diusahakan saya ucapkan ALHAMDULLILAH. Wallahu'alam. Wassalam.

Powered by Blogger.