Jun 11, 2011

UDA HOLDINGS BAKAL LELONG BB PLAZA!!?





Melayu CinDia ada membaca beberapa artikel dari rakan2 Blog mengenai isu UDA Holdings Bhd. Sudah pastinya ramai yang hentam mengenai krisis Syarikat Bumiputera ini. Sebenarnya isu UDA Holdings ini bukan isu baru. Sudah sekian lama ianya menjadi bualan mulut masyarakat terutamanya dari pihak Peniaga2 Bumiputra yang menyewa Kedai2 lot di bawah pengelola syarikat ini. Kini, pihak UDA Holdings telah memberi penjelasan setelah dihentam teruk secara terbuka melalui blog2 politik. Pengerusinya, Datuk Nor Jazlan Mohamed tampil memberi penjelasan yang Melayu CinDia kira ada logiknya. Objektif syarikat mesti dipertahankan waimah dengan apa jua cara sekalipun iaitu, memberi keuntungan yang maksimum. Dan keuntungan tersebut mesti memberi maklumbalas positif terhadap masalah2 yang berlaku. Anda boleh KLIK DISINI untuk dengar penjelasan beliau. Akan tetapi, itulah, orang bila sudah marah diberilah apa jua alasan sukar untuk diterima. Teranglah seberapa banyak, waimah sampai 100 muka surat diterangkan, orang tak nak baca. Melayu CinDia faham situasi yang sedang membelenggu UDA Holdings Bhd. Mungkin ada wajarnya peluang terakhir diberikan kepada syarikat ini. Ingat!! Bukan mudah untuk membina semula dan menjenamakan semula sebuah syarikat yang 1 ketika dahulu tersenarai dalam Bursa Malaysia ini. UDA Holdings Bhd. mahu tak mahu, suka tak suka, susah atau senang, mesti memikirkan semaksima yang mungkin bagi menaikkan semula keuntungan syarikat ini. 1 sahaja permintaan Melayu CinDia, BB Plaza mesti diubah. Ubah dari aspek promosi. Ubah dari aspek daya tarikan. Ubah agar ianya menjadi tumpuan orang ramai untuk berkunjung ke BB Plaza. Letaklah individu yang benar2 berpengalaman dalam menguruskan semula BB Plaza. Tidak mungkin tiada caranya. BB Plaza jika dilihat dikelilingi dengan Shopping Complex yang hebat2 belaka seperti Plaza Low Yat dan Sg. Wang Plaza. Jadi? Tiada alasan munasabah mengenai kelesuan BB Plaza ini. Harap maklumat ikhlas dari Melayu CinDia ini diambil perhatian UDA Holdings Bhd. Jikalau tidak, UDA Holdings akan tinggal nama sahaja.




5 comments:

Anonymous said...

mcm mana bangunan yg ada penyewa boleh rugi??

setahu aku bangunan kosong yg rugi..

atau semua jenis kaki belot..

Anonymous said...

kalau kata melayu kampung atau melayu yang tak belajar, ok la, kita jual tanah, harta benda nak dapat duit cepat. ni melayu yang profesional. takkan nak ikut melayu yang tiada pelajaran, nak duit cepat dan mudah jual harta benda. semua melayu boleh jadi ceo dan pengerusi. jual dan bayar hutang, abis cerita. mudah benar jadi pengerusi. dapat elaun banyak, fikir ciput. bagi atuk aku yang tak ada pelajaran jadi ceo, boleh gak aku jadi kaya, jual bb plaza RM1 kat aku. kemudian najib jawab, atuk aku kena buang kerja. mudah sangat nak berfikir macam pengerusi dan ceo uda ni.

dok kat tempat jaga melayu kena fikir lebih la bang, kena fikir sepuluh tahun punya program, macam menteri gak. ni nak mudah, hancur la melayu. dapat elaun tinggi dan banyak kemudahan, fikir la, bukan bagi jawapan mudah.

Anonymous said...

Buang je Datuk Nur Jazlan tu. Tak kompeten langsung, apa pengalaman yg dia ada?

Anonymous said...

Datuk Nur Jazlan hanya ada satu pengalaman yang memang panjang ... berpengalaman menjadi anak Mohammad Rahmat!!!! Itu jer pengalaman berguna untuk dirinya!!!!

Anonymous said...

Macam mana nak untung kalau sewa pun bukan sendiri yg kutip. Semua sub bagi kat cina n orang tengah tu up 2x ganda ambil untung masuk poket sendiri. Tak caya boleh try tanya pemilik counter2 kat ground floor sewa berapa. Lepas tu tanya UDA kenakan berapa. Aku pernah sewa kat sana rm12000 sebulan tahun 2007. Dan 1 lagi boleh kira ada berapa peniaga bumiputra kat situ. Semua bagi kat cina tempat cantik2 n kat kita sikit punya dok hujung2 yg orang kurang lalu.

Powered by Blogger.