Jun 14, 2011

TIAN CHUA DIISYTIHAR AHLI PARLIMEN HARAM!!





Barisan Nasional (BN) menyerahkan kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Datuk Seri Nazri Aziz sama ada mahu membenarkan usul membahaskan status wakil rakyat Batu Chua Tian Chang yang telah disabitkan oleh mahkamah berhubung kesalahan menggigit anggota polis. Terdahulu, ahli-ahli Parlimen BN memutuskan untuk menggerakkan usul berkaitan status Chua di Parlimen dengan menegaskan wakil rakyat PKR itu sudah tidak layak menjadi wakil rakyat. Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN (BBCBN) Datuk Bung Moktar Radin memberitahu The Malaysian Insider, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bersama pemimpin BN semalam. Bagaimanapun Bung Moktar berkata Ahli Parlimen BN tidak akan terus “menekan” isu itu selepas bertemu dengan Pandikar. Nazri sebelum itu menegaskan beliau membantah cadangan membahaskan usul status Chua di Parlimen sambil menambah akan berusaha untuk menggunakan apa sahaja cara menghentikan usaha itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, tiada wakil rakyat yang layak untuk menentukan perkara itu dan menegaskan hanya Speaker boleh buat keputusan. Pertengahan Jun tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Ghazali Cha mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Chua, yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret berhubung tuduhan mencederakan anggota polis pada 2007 dan mengantikannya denda RM2,000 atau dua bulan penjara. Mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan beliau tidak mendapat pengampunan.




6 comments:

Anonymous said...

klu lah mp bn yang kene sure puak2 pakatan dah terpekik terlolong...jd knp puak2 bn harus lak nak berdiam diri...hantam terusss...

Anonymous said...

Ha ha ha MP anjing kurab macam ni pun boleh sampai ke Parlimen Malaysia...what a joke!!!!!!!!!

serenity9260 said...

ish2,wat le cr lain


Ni best bro!!!
Cool Aje:Pejuang Libya Menggunakan Barang Buangan Untuk Mencipta Mesin Perang Seperti Machine Guns!!

Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

Anonymous said...

Hairan Bin Ajaib....
Apik karong guni macam ini boleh jadi ahli parlimen..
Mereka2 yang memileh dia pasti orang2 yang........( haii...tak tahu apa nak kata)

Anonymous said...

Apa bodo nys orang Batu undi dia

Anonymous said...

Mp Batu haram patut dibuang dari parlimen daa...Yang menteri JPM asyik defend YB PR macam ada angan-angan masuk PR ke kot dapat jadi Presiden PKR....sekor menteri ni lagi nak minta PM tukarkan atau pencenkan tak pernah hentam habis-habisan puak penghianat negara..
Warga Batu memang tersilap pangkah buat malu org batu jer...
Sekian oleh Skuad CounterStrike.

Powered by Blogger.