Jun 1, 2011

TAK WAJIB B'TUDUNG.. MUSLIMAT PAS KATA MUSTAFA ALI JANTAN MIANG!!?





Tindakan Setiausaha Agung PAS yang secara drastik membuat kenyataan mengenai soal pemakaian tudung bagi wartawan bukan Islam dilihat mencemar imej PAS. Beberapa Perwakilan Muslimat PAS yang telah mula tiba di Shah Alam mendakwa, sememangnya ia salah 1 kempen Muslimat PAS dalam memastikan Majlis akan lebih dihormati dan diberkati jika kesemua yang hadir melindungi aurat walaupun mereka bukan dari kalangan bukan Islam. Muslimat PAS juga mendakwa ianya juga tidak akan mendatangkan dosa kepada kaum Adam dari kalangan PAS sendiri. Mereka mengecam tindakan Mustafa Ali yang tidak merujuk terlebih dahulu isu tersebut yang sebenarnya masih dalam perbincangan Muslimat PAS lalu terus membuat kenyataan Media dengan cepat membalasa pihak lawan parti dari MCA seolah2 ketakutan. Mereka juga berkata tidak ada apa2 masalah sebenarnya pihak penganjur menggalakkan pemakaian tudung dan sewajarnya Mustafa Ali mencadangkan 1 sessi pertemuan khas bersama wartawan serta Media tentang etika pemakaian yang selaras dengan Ajaran Islam. Mereka yang dikatakan penyokong kuat Penyandang Ketua Muslimat PAS Pusat turut membidas tindakan Pemimpin Parti seperti Mustafa Ali yang sebelum ini memaki hamun dan mengaibkan Wanita2 UMNO yang tidak memakai tudung walhal ada pendekatan yang lebih efektif untuk mengadakan Kempen Menutup Aurat. Akan tetapi, beliau dilihat seperti takut dengan kecaman MCA pula dan membuat kenyataan 'play safe' kononnya menyelamatkan kedudukan parti. Mereka berang kerana beliau terlalu melayan telunjuk lawan parti Politik MCA hanya kerana mahu mempertahankan kedudukan politik. Mustafa yang juga dianggap bebal mengetahui bahawa Media Pro BN akan sentiasa mencari helah bagi mencipta isu kecil yang diperbesar2 kan. "Cuba kalau Wanita UMNO tidak bertudung, di maki hamun mereka. Walhal ada cara yang lebih efektif dalam membuat kenyataan soal menutup Aurat.. Mustafa dilihat membuat kenyataan tersebut kerana khuatir PAS akan hilang kekuatan pengundi Cina walhal inilah masanya kita memberi tumpuan undi Umat Islam yang kian merosot. Beliau mesti ingat. PAS menang atas undi ehsan DAP yang dilihat parti terkuat di dalam Pakatan." Tindakan Mustafa benar2 memalukan imej PAS yang membawa wadah perjuangan Islam Kita Majlis kita diberkati Allah. Beliau dilhat membari galakan terhadap Kaum Hawa ke Majlis tanpa menutu aurat, tuduhan ini sebnarnya berpunca dari Setiausaha Agung iru sendiriyang juga menerapkan Elemen2 Islam .





8 comments:

Anonymous said...

aik kepala muslimat nak marah kt mustafa ali pasal tudung dulu kenapa tak marah bila wanita bukan islam masuk masjid tidak jaga adat masuk masjid,tp bila stakat masuk dewan muktamar kena tutup aurat.muktamar lebih suci ker dr masjid wahai muslimat

Anonymous said...

ehh bolehlah masuk mesjid x yah pakai tudung, eh bolehlah buat aerobik tepi mesjid dengan muslimat pas x yah pakai tudung..tp kalau pakai tudung kena bawa bendera roket.

lawak-lawak!

Anonymous said...

masuk dalam masjid aku setuju kena tutup aurat bahkan kat mana pun pegi pompuan tutup aurat

masuk majlis pas sama cam masuk majlis2 lain apa istemewanya majlis pas ni?

muslimat pas sama jer dengan wanita umno.mereka guna perkataan muslimat sb nak tunjuk mereka jer Islam..orang lain tak Islam atau kurang islamnya..pegi daaa

perangai muslimat pas sama jer ngan jantan2 pas..kalau jantan pas berselindung dalam kopiah putih..muslimat pas berselindung dalam tudung labuh mereka..

tak yah nok perasaan tawaduk lah akak2 oii..

Yb Raz said...

puak pas ni suka maki hamun orang, adakah ini menjadikan parti pas ni diberkati Allah?

puak pas MUNAFIK

Anonymous said...

kalau 10 tahun dulu org takan tanya PAS kena pakai tudung atau tidak.. tapi sekarang org kena tanya sebab PAS telah menggugurkan prinsip perjuangannya dan meminda selari dengan prinsip DAP / PKR ...

1) Kafir masuk masjid dengan skirt = boleh kerana itu hak dia..

2) Kafir masuk rumah org tak buka kasut = Boleh kerana itu budaya dia..

3) Kafir menjadi pemimpin tak bermoral (Bkt Lanjan) = takpe.. itu agama dia..

4) Pemimpin islam tak bermoral = takpe juga kerana itu hak dia..lg pun xcukup saksi..

5) Pemimpin Islam belasah bini org = Tuhan dah ampun dia katanya...

6) Bersama BN haram... = bersama DAP / PKR halal masuk syurga..

Banyaklah lagi kalau nak ditulis..

masalah tudung bukan masalah bagi PAS sekarang..., PAS kini PAS terbuka..., Dulu Tak boleh .. sekarang boleh../ dulu haram sekarang halal../ dulu berdosa.. sekarang dpt pahala../ dulu ruang niaga luas.. skrg sempit / mcm2 lagilah..

Aku tak kata BN terutama UMNO terbaik.. tapi setakat ini BN dan UMNO lebih baik dari PAS / PR.. maaflah..

Anonymous said...

pendedahan di aloq staq.. baca blog ni..

http://aloqstaqblog.blogspot.com/2011/06/pendedahan-ekslusif-alor-setar-dah-jadi.html

Anonymous said...

Harga Barang dijangka meningkat tetapi tidak membebankan Pengundi BN.
KUALA LUMPUR: Harga barang dijangka melambung berikutan keputusan kerajaan Umno-Barisan Nasional mengumumkan kenaikan tarif elektrik yang akan menyebabkan pengguna menanggung beban.

Pensyarah kanan Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UitM), Dr Baayah Baba berkata golongan berpendapatan rendah akan merasa kesan kenaikan tarif berkenaan.

“Ini kerana kos pengeluaran akan meningkat, terutama di kilang yang menggunakan mesin berteknologi tinggi kerana mereka menggunakan elektrik melebihi 300 kilowat sejam (kWj),” katanya dilapor Sinar Harian hari ini.


Justeru katanya, pengilang terpaksa menanggung bebas kos pengeluaran yang meningkat dan akhirnya kos tersebut akan dipindahkan kepada pengguna.

Sementara Pensyarah Ekonomi Pusat pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Amir Baharuddin pula berkata kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan negara berdepan inflasi.

“Inflasi adalah isu yang serius hingga boleh menimbulkan krisis jika tidak dibendung. Ini kerana rakyat terpaksa menaggung beban apabila semua barang akan meningkat secara automatik selepas ini,”

“kerajaan tidak sepatutnya menaikkan tarif elektrik sekarang kerana kenaikan harga barang akan memberi tekanan kepada rakyat, terutama mereka yang berpendapatan rendah,” ujarnya dipetik berkata.

Semalam, pakar ekonomi Yeah Kim Leng berkata harga makanan dijangka akan turut meningkat seiring dengan pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik.

Ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia itu berkata ia berikutan industri pengeluaran makanan di negara ini menggunakan sebahagian besar tenaga eletrik bagi tujuan pengeluaran.

“Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna,” katanya seperti di lapor Malaysiakini.

Kerajaan membuat keputusan menaikkan tarif elektrik sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kW sejam daripada 31.31 sen kW sejam, berkuatkuasa 1 Jun.

Anonymous said...

TAK PAYAH NAK MENYIBUK TENTANG ORANG BUKAN ISLAM TAK BERTUDUNG NANTI DIA ORANG AKAN TANYA KITA BALIK APA PASAL ISTERI PM TAK PAKAI TUDUNG PUN

Powered by Blogger.