Jun 18, 2011

RUSUHAN BERSIH.. ANWAR UPAH FRU BERTINDAK GANAS!!?





Melihat daripada komen2 dari Pemimpin Pakatan, kesemuanya memberi jaminan bahawa RUSUHAN BERSIH dijamin akan dijalankan secara aman tanpa sebarang provokasi mahupun keganasan. Persoalannya, selama ini pernahkah mereka berhimpun secara aman? Pernahkah tidak berlaku kekacauan? Sudah pasti tidak sama sekali. Akan tetapi, Polis dan FRU dijadikan mangsa kecaman yang menjadi punca utama timbulnya kekacauan. Mereka mendakwa FRU bertindak ganas dan gangster memukul perusuh2 sedia ada. Kemudiannya dirakam oleh media2 asing dan ditayangkan di saluran2 televisyen Antarabangsa bagi menunjukkan keganasan Polis dan FRU. Lebih dahsyat, ianya bakal diedarkan dalam bentuk VCD menjelang PRU13 sebagai tanda simpati sepertimana yang dilakukan pada Gerakan Reformasi 13 tahun terdahulu. Akan tetapi, kenapa mereka bertindak sedemikian? Mungkin yang melihat akan marah pada pihak FRU dan Kerajaan. Namun perasaan sebaliknya berlaku terhadap masyarakat yang berada di kawasan lokasi. Terdapat beberapa kumpulan yang sememangnya diarahkan oleh Anwar dan kuncu2 nya untuk dijadikan sebagai kambing hitam menaikkan api kemarahan ketika rusuhan sedang berlangsung. Langkah pertama kumpulan ini menggelar Polis dan FRU sebagai 'Anjing'. Jika langkah pertama tidak memberi respon, langkah kedua pula digunakan dengan menggelar Polis dan FRU sebagai 'Anak Haram'. Jika tidak berjaya juga, akhirnya digunakan objek dan dilempar tepat pada lokasi pemantauan polis dan FRU. Jika kita yang mempunyai sifat kasih sayang tahap maksimum sekalipun akan marah, apatah lagi FRU. Apabila diberi tekanan sedemikian, maka sudah pasti FRU akan bertindak balas. Dan secara tiba2, Wartawan Kamera dari Media Asing muncul dan merakamkan aksi tersebut. Namun yang menjadi mangsa, totok2 rusuhan yang jujur ditipu dengan perjuangan BERSIH. Ini jelas berlaku dan diperakui dari kalangan bekas2 penyokong Anwar yang menyertai demonstrasi pada 13 tahun yang lalu. Anda tidak percaya? Terpulang. Tapi jangan sampai 1 masa, apabila mereka berjaya menawan Malaysia, dan apa yang dibongkar ini benar2 berlaku, baru hendak menyesal. Kerana pada ketika itu, kita hanya mampu mengira setiap detik masa menanti Negara kita dijual Agen Asing. Pada masa itu, jangan salahkan BN. Kerana pembongkaran Anwar Agen Asing ini bukannya dikeluarkan dari pihak UMNO, akan tetapi dari seorang penulis PAS sendiri bernama Ahmad Luthfi Othman. KLIK DI SINI jika akan mahu ketahui pembongkaran beliau.




1 comments:

Anonymous said...

itulah sikap silo nya pemikiran ketua2 UMNO ...... angkuh dengan kuasa dan status jawatan ......... ego tak bertempat............ walaupun demokrasi rakyat sedang subur dan rancak ....

hehehehehe..... UMNO= Undemocratic Malay National Organisation, ......................

Powered by Blogger.