Jun 2, 2011

RM 350 RIBU.. HUSAM TANAM RASA DENDAM PADA NIK AZIZ!!





Kalau sudah dikata politik, ternyata ianya tetap politik. Tidak perlulah berpura2 dan hipokrit seolah2 menganggap Pemimpin2 PAS mengamalkan Polilik yang diselaputi dasar2 Islam secara total. Jika diperhatikan semula kisah penamatan kontrak Blogger Kickdefella dari terus berkhidmat di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) 2 tahun yang lalu, ramai di kalangan Exco menerima dengan baik termasuklah anak kesayangan Nik Aziz sendiri iaitu Husam Musa. Walaupun alasan yang diberikan hanya dek kerana perselisihan faham dengan Ketua Pegawai Eksekutif PMBK yang juga menantu Nik Aziz iaitu Ariffahmi, ianya tetap diterima dek kerana kuasa mutlak terletak pada Diktator PAS ini. Pulak, sewajarnya Kickdefella masih mempunyai kontrak selama setahun pada masa itu. Akan tetapi berpegang pada prinsip Nik Aziz yang mengatakan hukum dunia boleh diubah. Lalu dicantas blogger Pro PAS Kelantan ini. Husam Musa dilihat patuh pada arahan 'bapanya' itu. Namun, pendedahan Kickdefella petang tadi yang mengatakan Husam telah memberikannya wang peribadi berjumlah RM 350 ribu atas dasar simpati mengejutkan ramai pihak. Beliau turut mendakwa masih berhubung dan berhubungan rapat dengan Husam Musa dan menganggap calon Naib Presiden PAS ini sebagai 'sahabat istimewa'. WOW!! Apa sebenarnya motif pemberian wang sebanyak itu sekali? Husam bukan sahaja dilihat menipu Nik Aziz malah ianya seolah2 Husam ada rasa dendam dengan tindakan 'Bapanya' itu menghumban Kickdefella bagi membela menantunya. Klik Read More di bawah artikel untuk ke artikel seterusnya.






Nik Aziz sudah pasti terkejut dengan pendedahan terbaru yang akan menyebabkan Mursyidul Am PAS tercari2 'anak' nya bagi mendapatkan penjelasan. Husam memang tidak dapat melupakan jasa sahabatnya. Namun, Husam lupa pada jasa ahli2 PAS yang selama ini penat lelah berjuang menjulang beliau sehingga berada pada tahap setinggi ini di dalam Parti. Apa yang mereka dapat hasil Perjuangan menaikkan nama dan imej Husam? Oooo lupa.. Nik Aziz memberi jaminan Allah telah memilih mereka ini sebagai Ahli Syurga.

Nik Aziz yang amat menyayangi Husam mungkin akan berasa kecewa dengan tindakan Husam yang masih berhubung dengan Kickdefella, individu yang dikira Nik Aziz sebagai Pencacai yang tidak boleh digunapakai dan menghina mertabat menantunya. Akan tetapi Nik Aziz masih memerlukan khidmat sumbangan wang ringgit Husam.

Apa salahnya jika wang tersebut disalurkan kepada rakyat Kelantan yang selama ini setia pada Kerajaan Negeri Kelantan? Apa yang mereka dapat sepanjang Husam diletak sebagai Exco Kerajaan Negeri? Tanah2 Orang Asli dirampas. Aktiviti Pembalakan tidak terkawal diberikan kepada kroni2 Husam?

Semua yang Husam dan Pemimpin2 PAS sekutunya tujukan kepada Pemimpin UMNO rupa nya diamalkan mereka. Totok2 PAS mendengar dan terus mempercayai apa yang didakwa mereka. KLIK DISINI untuk pembongkaran besar Penyelewengan, Penipuan, Pendedahan lelaki yang dilabelkan sebagai 'Anwar di dalam PAS' bernama Husam Musa.




2 comments:

Anonymous said...

jom esok pi buat laporan kepada SPRM,

Sam Bung said...

bro..tlg add blog saya http://theoutsider81.blogspot.com ..saya dh link blog ini...terima kasih.

Powered by Blogger.