Jun 10, 2011

PERTEMUAN SULIT.. GERAKAN BAKAL KELUAR BN!!?





Walaupun pengerusi Gerakan Kedah Cheah Soon Hai, semalam, melabelkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sebagai 'lawak bodoh yang tidak bermanfaat', namun rakannya di Pulau Pinang akan menyertai acara itu bersama sekumpulan peguam. Menurut ketua biro hak asasi dan undang-undang Gerakan Pulau Pinang Baljit Singh, beliau bersama 10 peguam lain dari negeri itu akan menyertai Majlis Peguam memantau perhimpunan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur. Baljit berkata keputusan menyertai perhimpunan itu bukan kerana beliau menyokong BERSIH dan tuntutannya tetapi kerana perlembagaan persekutuan menjamin demonstrasi aman. Kumpulan itu akan menyerahkan nama-nama peguam yang akan terbabit dan mereka juga akan membekalkan perkhidmatan perundangan kepada peserta BERSIH sekiranya tangkapan dibuat. Perhimpunan besar-besaran itu akan diketuai oleh beberapa NGO dengan tujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campurtangan Seri Paduka dalam memulakan reformasi sistem pilihan raya negara.?




3 comments:

Pejuang Revolusi 1957 said...

keluaq ja la aq dh nek meluat tngk gerakan bkn buat apa2 pun nk tawan pulau pinang..

Anonymous said...

GERAKAN keluag BN p lah sebab dpa lah BN kalah kat PP..gergaji tuu..biag UMNO kelupug kat PP tak pa,calon dpa kalah habih...HIDUP UMNO..

Anonymous said...

bukan saja GERAKAN, yang lain2 pun kalu nak keluar jgn ler malu2. bukan salah di sisi undang2 pun. bior tinggal UMNO saja dan wujud sebagai parti yang bertanding atas lambang UMNO. Lepas nak tengok, orang malaysia ni ada akai ke takdak.

Powered by Blogger.