Jun 16, 2011

PENIAGA PENING!!.. BERSIH VS PERKASA VS PEMUDA UMNO BERENTAP DI KL!!





Berlawan2 semua. Bermula dari BERSIH, kemudian PERKASA, tadi Pemuda UMNO pun sudah buat kenyataan akan mengadakah Demonstrasi di ibu kota. Agaknya tahun ini merupakan tahun Demonstrasi. Kesemuanya membawa suara rakyat. Rakyat Malaysia. Di situ kita dapat lihat aneka kepelbagaian lanskap politik tanah air. Masing2 ada kekuatan dan kelemahan. Apa yang pasti, peniaga2 dan orang awam tetap menjadi mangsa. Sudah pasti akan berlaku kekacauan. 3 Pertubuhan yang berbeza. Belum lagi ditambah dengan FRU. Melayu CinDia berpandangan adalah lebih releven jika PERKASA dan Pemuda UMNO membuat kajian terlebih dahulu respons peniaga2 di kawasan lokasi Perhimpunan BERSIH samada mereka bersetuju ataupun sebaliknya demo ini dilaksanakan. Melayu CinDia melihat ianya lebih berjiwa rakyat malah menjuarai rakyat terutamnya peniaga2 di ibu kota. Buat sebelum Perhimpunan BERSIH. Kerana melalui respons tersebutlah akan menentukan samada Demonstrasi di Ibu Kota ini dapat diteruskan ataupun tidak. Jika respons yang diberikan Negatif, buat 1 memorandum, campak memo tersebut ke muka Anwar dan Mat Sabu. Biar mereka tahu, rakyat majoriti tidak mahu amalan politik jalanan. Mereka mahukan pembelaan terhadap diri mereka, keluarga serta masyarakat pada masa kini dan penentu masa hadapan generasi akan datang.




0 comments:

Powered by Blogger.