Jun 15, 2011

MUFTI SELANGOR SOKONG SEKS ANWAR!!?





Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid menegaskan khutbah Jumaat mengenai dosa fitnah yang dibacakan di masjid-masjid seluruh negeri Selangor minggu lalu, tidak mempunyai motif politik sebagaimana yang didakwa oleh Utusan Malaysia. Beliau menjelaskan, khutbah itu sekadar mendidik ummah negeri ini tentang bahaya gejala fitnah dan syarat-syarat Islam yang perlu dipatuhi dalam menuduh seseorang berzina.




"Saya bersangka baik bahawa khatib bertujuan mahu memberikan penjelasan kepada masyarakat agar kita lebih berhati-hati supaya jangan sampai membuat sebarang tuduhan yang tidak ada bukti (atau) saksi kerana jika seseorang itu membuat tuduhan zina ataupun qazaf mestilah ada bukti (dan) saksi,” kata beliau kepada TV Selangor.

Justeru, Tamyes menyifatkan tindakan Utusan Malaysia menggambarkan masjid di Selangor 'diperkudakan' demi kepentingan politik pihak tertentu adalah tidak benar dan bertujuan mencetuskan kontroversi semata-mata. Artikel 'Masjid Selangor diperkudakan' ditulis oleh Pengarang Utusan, Zulkifli Jalil. Beliau mendakwa khutbah itu bertujuan membersihkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dikaitkan dengan isu video lucah Datuk T.

Khutbah Jumaat itu menyifatkan tindakan umat Islam yang membuat kenyataan berbentuk fitnah bercanggah dengan syariat Islam.

“Perhatian ini wujud kerana ada kecenderungan sebahagian umat Islam membuat kenyataan berbentuk fitnah yang sangat jelas bercanggah dengan syariat Islam tidak kisah sama ada ia dilakukan sama ada oleh individu, kumpulan, persatuan dan pihak-pihak lain,” kata khutbah standard yang disampaikan di masjid-masjid di seluruh negeri Selangor itu.

“Fitnah ialah mengadakan satu berita palsu atau bohong terhadap seseorang yang mempunyai perasaan permusuhan dengan motif-motif yang buruk.

“Fitnah boleh menimbulkan qazaf dan ia bererti membuat pertuduhan terhadap seseorang melakukan zina atau liwat tanpa empat saksi adil dan orang yang menuduh telah melakukan jenayah qazaf dan fitnah,” menurut khutbah rasmi itu.

Tamyees hari ini berkata tuduhan melulu yang dibuat oleh Zulkifli dan pihak-pihak tertentu dalam Umno kononnya khutbah itu berbau politik adalah tersasar.

Beliau berkata kandungan teks khutbah yang dibaca oleh khatib disemak dan diteliti oleh Jawatankuasa Panel Khutbah yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum diedarkan kepada masjid-masjid untuk dibaca setiap minggu.

"Sebenarnya kandungan khutbah ini adalah yang disemak oleh satu lajnah ataupun jawatankuasa penilai khutbah di Jabatan Agama Islam Selangor yang dipengerusikan Pengarah JAIS sendiri, ahli jawatankuasanya terdiri daripada ahli akademik."

Tamyes bersetuju bahawa khutbah Jumaat tidak harus memecah-belahkan umat Islam namun "kalau niat imam atau khatib yang membacanya adalah sebagai peringatan kepada kita agar lebih berhati-hati apabila membuat tuduhan, itu suatu perkara yang digalakkan oleh agama."




21 comments:

Anonymous said...

Ye ke,tapi kenapa cara penyampaian seolah-olah menegakan benang yg basah.

Anonymous said...

Aku rasa bila kena kat bontot atau pantat anak bini dia baru dia kata semua betul kot, bukan fitnah...

Anonymous said...

penipu...nampak sgt mufti ni pon kena beli....bukan saja d selangor..kami d tjg malim pon dihidangkan dgn khutbah seumpama....lantang berbicara atas mimbar....dan terang2 khutbah itu membela anuar...setiap bait kata yg dilafazkan mmg menjurus.....kami bkan pekak dan tuli....panas telinga bila dengar khtubah tu...

kalau nak berckp atau berkhutbah pasal fitnah..semata2 utk memperingati org ttg bahana fitnah...knp setiap bait kata menjurus kpd pembelaan anuar...

sedarkah mufti dan imam2 tu bhwsanya mrk sndr sedang memfitnah...memfitnah org lain yg mempercayai benda itu betul....mufti dan imam dah tgk ke video...cuba tgk dan nilai..jgn jd fasik dlm menegakkan syiar islam.....

Anonymous said...

makin selamat la para perogol dan peminat pelacur...

geramsungguh said...

kalau nak kira qasaf comporm lah si peliwat Anwar Ibrahim tu lepas. Apa rakaman video lucah tuh tak cukup untuk wujudkan 4 bukti saksi ker? La ni mana nak cari 4 orang saksi yang bleh tgk masa anuar main... pii tanya tok guru mana sekali pun..depa pun penin laa.. ni zaman digital..sudah terang lagi bersuluh..lagi nak gunakan alasan2 syariah utk tolak kebenaran...

Sama lah juga dgn kes2 pertuduhan anwar pada Pm. ada bukti kaa pandikutty? ada video ker altantuya masa kena bom... ? setahu rakyat malaysia video anwar saja yg ada keluar..sudahh lahhh..fuck to fuckatan rakyat..!

Anonymous said...

Agaknya Mufti ni dah dibayar ngan UFTI.......agaknya dia tak stim kot tengok Aljuburi menyuntut....

Anonymous said...

Apa punya bodoh la mufti sekor ni..

memang kallau dah lantikan PKR otak udang selayaknya.

Kauingat jemaah yang hadir tu budak2 tadika ka....bangang punya mufti.

kalau dah tak layak tu,tinggalkanlah jawatan mufti dan carilah rezeki lain yang lebih halal buat makan anak bini.

Anonymous said...

salam... sudah terang lg bersuluh..khutbah jumaat mg lepas membela anuar. kalau ye pon nak nasihat kenapa disebut kes liwat tu fitnah.. kalau ia benar mcm mana. kalau iku hati nak aje aku bangun sanggah khatib yg tengah khutbah... memang mendidih. andai yg berlaku itu bukan fitnah, maka aku tak redha dgn apa yg mufti tu cakap..
kalau nak nasihat, jgn la petik isu video dan kes liwat.. baru la namanya nasihat secara umum... memang berat sebelah...

Anonymous said...

Apa korang ingat semua mufti bijak? Tambah2 lagi yang lepasan University Mesir sana? Anti kerajaan semua. Terima kasih banyak2 kepada pendakyah2 PAS yang berkampung disana menabur fitnah & menyemai bibit kebencian kepada kerajaan.

Anonymous said...

seperti menegak benang yang basah,membela si puaka yang dikatakan difitnah walhal bukti dah tersahih dah,biarlah khutbah itu betul2 umum bkn hanya hanya bekepentingan tertentu,

Anonymous said...

Khutubah yang berat sebelah lagi mengelirukan. Mufti kureng cerdik, khatib kena kuda. Kenapa tidak disebut dalam khutubah itu tentang hukuman orang yg melakukan zinah,kenapa tidak disebut status penzinah dalam masyarakat islam jika dia nya saorang pemimpin. Kenapa juga tidak disebut status orang yang membongkarkan kisah maksiat itu jika kejadian itu benar berlaku.

Anonymous said...

PKR dan Ulama Pas buat seolah-olah Agama Islam tidak lengkap....kafir laknat syok je gelak kat umat Islam..
Memalukan betul !!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

tahniah mufti atas kebijaksanaan anda menggunakan ilmu dalam ruang dan peluang yang ada. tuhan saja yang tahu niat anda.

Anonymous said...

rasa rasanya, si mufti ni kalau muka dia keluar kat tv selangor tu pun dia tak percaya mukanya. sebab bukti video si pandikutty tu dia tak percaya....camana mufti...hidup kita dah zaman cyber sayang OOI???? (silap ejaan tu...nama cina yang dia sokong la tu)...heehee..
Pikir dan sesuai la dengan zaman, bukan zaman dulu lagi...buka la minda tu...

matsebu said...

kami kat Alor Setar Kedah pun sama gak...yg peliknya tak dihuraikan pulak langkah2 yg perlu diambil oleh org yg "difitnah"....erm motif da jelas la..panas je kami dengar...diorg ingat kami ni bodoh sgt ke..

Anonymous said...

Andaikata Selangor ditawan BN nanti harap Mufti ni jangan buat tuduhan tanpa empat saksi ya...

Ostad said...

Yang hangpa marah sangat kat Tamyes tu apa hal? nama pun Tam Yes! bukan Tam No! Hassan Ali pun boleh pie, ini kan Mufti. Tak sokong, next term tak dak lagi ler...

anti bohmau said...

mengapa kes2 zina & rogol yg lain boleh terima rakaman cctv sebagai bukti? bagaimana dgn pengakuan mangsa? kes terbaru seorang datuk merogol cucunya di hukum dibawah hukum takzir. berdasarkan bukti, pengakuan mangsa & laporan polis, semua keterangan menjurus kpd kesalahan orang di tuduh...nakkan 4 saksi jgak ke? malang nasib cucunya kalau begitu!!!

ajai62 said...

Assalam Bro

4 saksi yang alim zaman sekarang akan dikira bersubahat dengan perlaku maksiat kerana tidak menegah kemaksiatan yang berlaku di depan mata mereka. Mereka dikira tumpang sekakilah...

Anonymous said...

Terlalu taksub sehingga khutbah yang mengatakan fitmah itu bahaya pun dipolitikan.. islam diletak di kepala lutut agaknya

Anonymous said...

Kes Linggam tu pun guna video di tubuhkan Suruhanjaya Di Raja boleh pulak tu tak pula di katakan fitnah adoiyai ponin den.

Powered by Blogger.