Jun 21, 2011

MB KEDAH KATA MAHFUZ OTAK MR. BEAN.. TAK LAYAK JADI MB!!





Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan anggota Parlimen Baling Datuk Taib Azamuddin Md Taib masing-masing digugurkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya II dan III PAS Kedah bagi penggal 2011/2013. Keputusan menggugurkan dua nama besar parti itu diputuskan dalam mesyuarat khas Badan Perhubungan PAS negeri di Kompleks PAS Kedah di Batu 9, Kota Sarang Semut, dekat sini, malam tadi. Menteri besar merangkap pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (kanan) berkata tempat mereka masing-masing digantikan oleh exco kesihatan, Dr Ismail Salleh dan bekas ADUN Belantek, Md Isa Shafie. Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya I manakala jawatan Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan Pengarah Pilihan Raya Negeri turut berubah. Jawatan-jawatan itu diisi oleh Pegawai Khas (Penerangan) Menteri Besar, Musoddak Ahmad, Exco Pertanian Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan bekas Setiausaha PAS Kedah, Senator Yusuf Husain. Pengguguran ini jika dilihat dari sudut Negatif jelas kelihatan keretakan hubungan Mahfuz Omar dan Ustaz Azizan. Mahfuz yang dikatakan sedang menanam impian untuk memegang jawatan MB Kedah kini terpaksa akur. Persoalannya, adakah beliau akan membalas dendam sepertimana yang dilakukan oleh Khalid Samad terhadap Hasan Ali di Selangor?





5 comments:

ajai62 said...

Assalam Bro

Dia pasang orang dia, takut kena tikam belakang macam Hasan Ali... Baguslah dah sampai masanya dia tolak orang yang kuat menyokong Anwar... Islam Tidak membangun bersama PAS... makin hancur adalah..

Adi Kencana said...

Ular mak vs Erdogan round 2. Fight!!!

Nurul Izzah suka makan benda haram? Baca di sini!

http://apakecoh2.blogspot.com/

serenity9260 said...

dia cakap ke ko yang cakap??

Ni best bro!!!
Cool Aje : Siram Pokok Dengan Kencing
Kontroversi Aje : Seorang Lelaki Korea Mencipta Kotak Untuk Membuang Bayi
Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

Anonymous said...

Satu penghinaan kepada orang2 pokok sena dan baling, seolah olah kawasan itu tiada yg berfikiran akademik, maklumlah Ustaz Taib Azamudin orang kampung dan mahfuz lak tak berpelajaran tinggi, itulah apa yg dikatakan merekaini hanya digunakan sebagai tangga untuk mendaki, bila dah sampai makan ditendang tangga itu kerana sudah tidak diperlukan lagi, orang Baling dan Pokok sena harus sedar perkara ini,ini satu PENGHINAAN BESAR DALAM PERJUANGAN PAS DI KEDAH

Anonymous said...

Ustaz Azizan adalah seorang yang bijak sebenarnya. Kekadang suratkabor ni suka tambah asam dan garam bagi sedap cerita.
Mana tak kena terminate, kerja apa yang dua orang ni buat selain jaga kandang sendiri. Mahfuz ni kerja dia asyik buat lawak bodoh. Bahasakan orang supaya orang ketawa. Produktiviti tak ada, Kritikan tak pernah membina langsung. Beliau adalah liabiliti pada PAS. Tapi satu kerja yang memang Mahfuz dan Dr Hatta boleh buat adalah gantung bendera DAP dan pantang bangsa lain puji sikit, depa ni balas dengan segala jiwa dan raga. Jadi 'edukesyen' bukan lah ukuran bagi seseorang bijak berpolitik, tapi kalau ada sekurang-kurangnya tak boleh diperbodohkan. Tahniah Ustaz Azizan. Anda memang persistent.

Powered by Blogger.