Jun 17, 2011

MAT SABU BERI MAKLUMAT ANWAR AGEN ASING PADA MAHATHIR!!?





Sudah sekian lama tidak menggelar Anwar Agen Asing. Mungkin lambakan kes Skandal Seks menguntungkan Anwar yang sekurang2 nya beliau dapat menepis gelaran tersebut. Namun mana mungkin gelaran ini dapat dipisahkan dengan Ketua Pembangkang ini. Agen Asing menjadi takhta Anwar Ibrahim ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri lagi. Bukan beliau sahaja yang menafikannya, malah bekas PM, Tun Mahathir sendiri memberi amaran kepada mana2 individu yan menggelar bekas 'anak kesayangannya' itu. Namun ianya tetap menjadi bualan di kalangan ahli2 politik. Ada beberapa bekas staf Pejabat Tun M mengakui antara yang membongkar penglibatan Anwar secara aktif mewakili Agen Asing ialah Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu. Mat Sabu sendiri berulang kali ingin menemui Tun M bagi memberi maklumat terbabit akan tetapi tidak dihiraukan. Mat Sabu memulakan strategi dengan menggunakan khidmat Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Luthfi Othman dengan mengeluarkan Buku 'Anwar Boneka Barat?' seperti yang tertera di atas. Buku ini diedarkan ke pasaran pada awal 1998. Namun buku ini hanya menceritakan 10% daripada kisah sebenar penglibatan Anwar sebagai Agen yang mewakili Negara Polis Dunia, Amerika Syarikat. Baki 90% pembongkaran cerita ini masih di tangan Mat Sabu dan Ahmad Luthfi Othman. Bilakah ianya akan dibongkarkan? Mungkin Anwar sekali lagi berdepan dengan situasi yang sama di saat ketika beliau di penghujung 'mercu kejayaan' ke Putrajaya. Mungkin sebelum PRU 13? Hanya Mat Sabu yang bakal memberi kata putus. Kerana Mat Sabu akan memastikan Anwar tidak akan sesekali memegang takhta No. 1 Kerajaan Malaysia.




4 comments:

Anonymous said...

wahai ulamak pas tolonglah jalankan hukuma qazafkan kepada mat sabun dan ahmad lut pi othman kerena menfitnah nwar berahi - beranikah anda

Pemuda TG said...

Mana berani nak sumpah qazaf mat sabun dan lut pi....

Wake UP! said...

Tok soh percaya la. Sekarang ni Mat Sabu dah jadi tali barut Al Jub.

Anonymous said...

Jangan main-main dengan Tuan Guru Haji Mohamad Sabu.Tokoh nombor 2 Kepimpinan Ulamak Gila dalam PAS. Dia tu bertaraf Wali Selipar sama dengan Tuan Guru N.ajis.

Powered by Blogger.