Jun 19, 2011

KRONI HUSAM KUASAI TEAM BARU PAS KELANTAN!!





Badan Perhubungan PAS Kelantan hari ini membuat rombakan besar dengan menampilkan muka-muka baru bagi memantapkan lagi organisasi parti itu. Walaupun, tiga jawatan timbalan pesuruhjaya PAS dikekalkan, namun Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan menukar ADUN Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim sebagai Setiausaha PAS negeri dengan ADUN Pulai Chondong, Zulkifli Mamat. Tiga timbalan yang dikekalkan itu adalah Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yacob, anggota exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa (kiri) dan exco Mohd Amar Nik Abdulllah (kanan). Nik Aziz juga mengumumkan ADUN Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad dilantik sebagai Bendahari PAS negeri yang baru bagi menggantikan Datuk Anuar Tan Abdullah. Bagi jawatan Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, beliau memilih setiausaha politiknya, Wan Nik Wan Yussof yang juga seorang sarjana sains politik bagi menggantikan ADUN Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun (kiri). Jawatan Ketua Penerangan tidak berubah - Dr Mohamad Fadzli Hassan kekal selepas dilantik tahun lalu. Mesyuarat Perhubungan PAS negeri yang pertama kali bermesyuarat selepas muktamar parti itu juga melantik tujuh ahli jawatankuasa baru iaitu Ahmad Fadhli Shaari (Setiausaha Akhbar Menteri Besar), Datuk Takiyuddin Hassan (Exco), Datuk Anuar Tan (Exco), Hisham Fauzi (peguam), Senator Mumtaz Mohd Nawi, Hussin Embong (AJK PAS Gua Musang) dan Datuk Dr Johari Mat (ahli akademik).




4 comments:

kluangman said...

Perubahan yang tidak akan membawa perubahan kepada longkang dan sampah sarap dan tikus gemok yang berkeliaran tetap mewarnai Kota Bharu dan Kelantan.

Majlis2 Perbandaran Islam yang memelihara daerah masing2 kekal busuk dan kotor.

Anonymous said...

Husam dgn Nik Ajis 2X5 je. Serupa ketut ngan taik. Tunggu masa utk serah Kelantan kepada BN nnti lepas Pilihanraya ke 13. Lo ni rakyat Kelantan cerdik - mereka menentang kerajaan Munafik dengan cara senyap jah. Ni lah kehebatan dan kecerdikan rakyat Kelantan.

Anonymous said...

bilo la ore tua nyayok ni nok insaf,2-3 menjak ni koho kuat kecek ngapo,kecek serupo burong tiong kluk klek2 tapi tok tahu gapo hok dia royak.

Anonymous said...

[url=http://www.avi.vg]sex[/url] [url=http://www.appydomain.info]toys[/url] [url=http://www.c-online-casino.co.uk]casino online[/url] [url=http://www.c-medical.biz]buy cialis[/url]

Powered by Blogger.