Jun 11, 2011

INILAH REALITI.. PEKIDA PENCETUS PERPECAHAN MELAYU!!?





TIGA LINE.. Segenap masyarakat terutamanya anak2 Muda tahu akan Kumpulan ini. Tanyalah budak2 sekolah, sudah pasti mereka tahu akan Kumpulan tersebut. Apabila disebut nama komersialnya iaitu Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA), ianya dilihat sebuah Pertubuhan Dakwah Islam. Namun, ianya nyata berbeza dengan 'dakwah' yang di bawa oleh Kumpulan2 peringkat bawahan PEKIDA. Tapi, bila sudah kenal di peringkat 'akar umbi', lain macam. PEKIDA dipandang sebuah Kumpulan yang kata anak2 Muda yang tidak dapat dipisahkan dengan GADUH. Katanya nak 'back up' budak Melayu. Pantang didengar ada pergaduhan, begitu pantas Kumpulan ini mengumpul budak2 lalu diserang. Lebih menyedihkan, isu 'awek' juga menjadi salah satu pencetus pergaduhan Kumpulan ini. Hendak dikata 'back up' Melayu, kadang kala diserang juga Kumpulan Melayu yang lain. Emm.. Kenapa Melayu CinDia menceritakan kesemua ini? Melayu CinDia ada membaca sebuah laporan yang mengatakan PEKIDA bakal menyaman Pengarah Filem KONGSI dan KL Gangster kerana didakwa menggunakan 'kata2 kunci' pertubuhan itu sebagai isyarat dalam menjalankan aktiviti2 pergaduhan seperti di dalam filem terbabit. Kata2 kunci? Apa2 lah. Namun, tindakan pihak Jawatankuasa tertinggi PEKIDA mengenakan tindakan saman memperlihatkan kebenaran yang sebenar Kumpulan ini. Apa fungsi sebenar PEKIDA? Dakwah? Dakwah berbentuk pergaduhan? Jika benar2 hendk bergaduh, pergi ke Palestin berdepan dengan Musuh Islam yang sebenar iaitu Zionis Israel. Ini sebab awek pun hendak bergaduh. Gaduh sesama Melayu pula tu. Apabila masyarakat mengkritik PEKIDA, Kumpulan ini akan naik berang, kata kita ini tidak mengaku diri Melayu. Kemudian diugut dengan nada 'Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing.' Apa ni? Jika benar hendak berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara, berjuanglah dengan cara yang lebh betul dan efektif. Gunakan akal, bukan nafsu sarakah. Jangan terlalu beremosi hendak membela Bangsa, akan tetapi pada dasarnya akan dikutuk dan dipandang rendah Bangsa2 lain. Melayu CinDia sendiri tengok kedua2 Filem tersebut tidak pun menyebut nama PEKIDA. Tapi realitinya, memang betullah. TIGA LINE.. Kalau budak2 sekolah sendiri dengar nama ni, tak dapat dipisahkan dengan pergaduhan. Kerja gaduh sahaja. Awek kena kacau, gaduh. Budak TIGA LINE buat kacau, gaduh. ADIK BERADIK kena kacau, gaduh. Gaduh, Gaduh, Gaduh. Filem KONGSI dan KL Gangster sebenarnya wajar disokong dan dibanggakan kesemua masyarakat Melayu dengan elemen seperti plot, penceritaan dan penggunaan latar muzik dan video yang mencapai tahap kualiti antarabangsa. Malah jalan ceritanya juga amat mengagumkan dan memberi pengajaran yang amat berkesan buat penonton. Jika digilap, Filem2 Melayu sebegini mampu dibawa ke Persada Industri Filem Dunia dan akhirnya, Bangsa Melayu dan Negara bumi bertuah ini akan dihormati. Hmmm.. Agaknya sebab itulah Melayu jauh mundur ke belakang berbanding Bangsa2 lain. Kerana Melayu suka bermusuh sesama sendiri. Melayu mudah beremosi. Melayu suka Hasad Dengki. Melayu suka bergaduh sesama sendiri. ADAKAH INI SIFAT SEMULAJADI UMAT MELAYU?? JIKA TIDAK, MINTA TOLONG, MINTA RAYU, UBAH SEBELUM 'TERLAMBAT'.





10 comments:

Anonymous said...

Golongan gangster mmg diperlukan..untuk melawan penguatkuasa yang tidak jujur ..

macam dalam intro Godfather..

di jepun ketua Yakuza dibebaskan Polis walaupun telah membunuh datuk bandar..(mungkin ada cerita underground yang menyebabkan Polis jepun tidak menyebelahi penguasa)

Hang horatio said...

Salam...ada kelemahan dan kekurangannya..tapi jgn di lupa ada jugak jasa dan pengorbanan pertubuhan ni..nak ikut besar gak.cuma ada benda xperlu publisiti luas.ikhlas utk agama bangsa dan negara katanya..pemimpin2 atas yg di lantik perlu buat kerja dgn ikhlas n penuh bertanggungjawab..apa2 pun sepatutnya selepas program pemutihan pekida xlama dulu tiada lagi khabar2 negatif tntg pertubuhan ni..ada silapnya..Sekian...

Anonymous said...

hahaha..ape tu PEKIDA?3 Line?syial laa..pui!hahaha..merepek semua tuh..dulu2 pyer cerita,leh la bangge dgn pengorbanan..sape2 pown respek dulu pyer cite..skang?pe cite?lu langsi dgn ini group,lu mati la..ni ke melayu?dok gaduh dgn bangse sndri..bangse lain,tepuk tgn tgk kita sesama bangsa dok gaduh..xfaham btol..sticker kat kereta ada PEKIDA..di sebalik tu ada nama YANG MAHA ESA dan JUNJUNGAN UMAT Nabi Muhammad S.A.W..tp,park depan pub..depan disko..dats u mean DAKWAH?puii!merosakkan agama btol golongan2 mcm ni..dok diam2 suda..xyah dok berlagak taiko..ape sbb golongan gangster diperlukan?merosakkan lg ada la..nk terikut dgn budaya luar sgt knp?kita negara berpelembagaan..ada undang2..jgn dok wat undang2 sndri la..kamon la MELAYU-MELAYU semua..xperlu nak jd gangster utk backup bangsa sndri..kita bersatu sesama bangsa,dah cukup..ramai2 brani,sorg2,telor kedalam..huh!

Anonymous said...

walau macam mana pun, Melayu Mudah Lupa...

Marhaen Kacak said...

wujudnya kumpulan2 bawah tanah melayu mmg relevan jika tujuan asal nya nak membela sosio-perkauman di sesuatu tempat...

tapi lain jadinya kalau adik beradik yg drekrut tak tentu hala dari entah mana background..

patut asas yg perlu ditarbiyah adalah tentang asas islam yg 3 dan seterusnya tentang sejarah dan mengapa kita dilahirkan sebgai bangsa melayu..

ini tak, kene sergah je dengan cina pasal melayu pendatang semua tergagap nak jawab..ilmu dalam dada takde..kosong..

nak membela kene ada ilmu yg teguh..dengan fakta dan kata-kata dah boleh menundukkan lawan..baru la gangster!

Artikel Untuk Renungan Bersama : Hikayat Lubang Najis : Kita Semua Di Dalam Lubang Najis, Ayuh Bangkit!

JUSTRM20 said...

segelintir sahaja yang mcm 2,,,,sptnyer bai'ah di lakuakn dgn baik n teperinci ,,ader ahli yng minum kaki pempuan.,,sgt menyedihkan..tujuan sebenaeyner adalah untuk kebajikan dan dakwah...tp sebalinyer berlaku,,,harap pihak pengurasan PEKIDA dapt tangini isu ini seblm terlambat...

Tuan Tanah said...

PEKIDA KE PEKIDOL??TOLONGLAH JANGAN MALUKAN MELAYU

Tuan Tanah said...

PEKIDA KE PEKIDOL??TOLONGLAH JANGAN MALUKAN MELAYU

Anonymous said...

betul..bukan semua pekida begitu...cuma segelintir..tapi yg segilintir ni la yg akan memalukan melayu..contoh:- budak2 pukida jadi bouncer dpn pintu masuk kelab mlm area bukit bintang..

Anonymous said...

betul bukan semua PEKIDA begitu sifat dah perangainya... TETAPI TAKKALA SEUSIA BUDAK SEKOLAH kumpul ramai2 kat kedai tengah malam buta meting konon ada hal la...Yang sedihnya LEAD BINCANG TUE LAKS ORANG YG JAUH LEBIH BERUSIA takkan tue pun tak pandai2 juga.....AKU PERCAYA UKHUWWAH PEKIDA MUNGKIN KUAT...TAPI PERCAYALAH..LEPAS KORANG MASUK JER DALAM KUBUR.... BERAPA RAMAI GROUP DALAM PAKIDA YANG PUNYA LA SETIA DULU AKAN MENDOAKAN KESEJAHTERAAN MASA DALAM KUBORR NANTI????? LU PIKIR LA SENDIRI....SAMEKOMMMM

Powered by Blogger.