Jun 8, 2011

HANNAH TEOH RASA TERHINA ANAK SENDIRI BERBANGSA INDIA!!?






PELIKKAN? Dulu tidak timbul pula soal meletakkan status bangsa pada anak yang dilahirkan hasil kacukan India - Cina, ataupun Cina - Melayu waimah India - Melayu sekalipun. Tapi lain pula terjadi apabila ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh yang telah berjaya melahirkan anak hasil perkahwinan beliau bersama seorang lelaki India. Ketika sedang mengisi borang JPN bagi anaknya, Hannah Yeoh membuat kekecohan dengan meletakkan nama anak beliau berbangsa 'Anak Malaysia'. Emmm.. Pada awalnya Melayu CinDia amat kagum dengan keunikan rakyat Malaysia seperti yang diamalkan Hannah Yeoh. Perkahwinan campuran sebagai bukti penyatuan rakyat Malaysia WALAUPUN MASIH MENGEKALKAN STATUS BANGSA MASING2. Itu situasi dan keunikan Malaysia. Jika hendak bercakap soal berbilang bangsa, Indonesia pun berbilang bangsa. Akan tetapi, bangsa dihapuskan dan diletak dengan panggilan Bangsa Indonesia. Akan tetapi itu tidak berlaku di Malaysia. Negara kita mampu bersatu padu walaupun masih mengekalkan identiti bangsa masing2. Apa agenda Hannah Yeoh membuat kekecohan meletakkan status bangsa anak beliau sendiri. Bukan isu 'Anak Malaysia' yang ditimbulkan. Persoalannya, tindakan Hannah Yeoh seolah2 cuba mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia yang mencipta keamanan. Mana mungkin Malaysia dengan mudah membuang Bangsa masing2 dan meletakkan kesemua bangsa dengan status 'Anak Malaysia'. Atau itu agenda tersembunyi Hannah Yeoh dan DAP? Maknanya tidak akan ada lagi kaum bumiputera? Berhati2 Hannah jikalau ye pun hendak melakukan strategi menjatuhkan air muka UMNO dan BN. Bukan dengan menggunakan anak kamu sendiri sebagai alat bagi menaikkan imej politik Parti. Ataupun, Hannah tidak dapat menerima anaknya diletakkan dalam status bangsa India? Jika diikutkan apabila berlakunya perkahwinan campuran, maka anak yang dilahirkan akan menggunakan status bangsa dari pihak suami, Sudah pasti keluarga Hannah akan berang dengan status tersebut? Adakah Hannah rasa hina menerima realiti bahawa anak beliau berbangsa India? Lalu dicari pula helah lain meletakkan anaknya berbangsa 'Anak Malaysia'. Apa salahnya meletakkan status anak beliau berbangsa India jika beliau benar2 menerima Perpaduan Kaum di Malaysia?




3 comments:

Bingai @ Bangang said...

dah kawin campur nak buat camne. kawin satu agama ke atau daftar jer? Kalau ikut adat alam, anak ikut keturunan bapa yang jadi penyumbang benih. malu ke dengan keturunan India dan menggunakan keturunan Cina sebagai ganti. Lebih tinggi ke darjat keturunan Cina daripada keturunan India di Malaysia ini? Atau memang sudah tak mahu mengenang asal keturunan diri sehingga bangsa anak pun nak diletakkan sebagai Bangsa Malaysia?

Anonymous said...

Bangsa Malaysia? Surat beranak omputih England pun ada yang tanya bangsa.

Surat beranak Amerika yang lama dulu ada gak tulis, Warna bayi?

Tu apa tu... mimpi kot China bodoh ni.

Tengok ni jenis bangsa pun ada untuk Hawaii punya sijil kelahiran.

http://www.obamaconspiracy.org/wp-content/uploads/2008/12/sample-certificatelivebirth-hi-med2.jpg

Tak lak orang tu tulis 'Race of Father': White tapi Caucasian. So kalau lu China bodoh lahir kat Hawaii lu tulis Anak Amelika ... di Race of Father?

Lu jangan kencing la... ini dunia aaaa ala internet tau... semua boleh tau punya.... China mana maju lu tau sebab apa? Pusing kuat punya... balang tak ala mutu.

ajai62 said...

Assalam bro

Tak lama lagi jadi isulah.. nama anak India tapi keturunan Cina... Itu esok bila anak dia sekolahlah... kawan-kawan tanyalah kenapa you punya nama selupa India tapi lu punya bangsa cina... apa ceceter?

Powered by Blogger.