Jun 27, 2011

HADI AWANG AKUI 'AKUR' JIKA GUAN ENG JADI PM!!





Blogger Kickdafella atau nama sebenarnya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz (gambar), berkata, sekiranya presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata video adalah besi yang tidak boleh bercakap, ia bermakna PAS menghalalkan rakyat menonton filem lucah. “Kalau Hadi cakap macam itu, bermakna kita boleh anggap tengok video lucah macam tengok besilah. Islam bukan agama yang mundur. Islam adalah agama yang maju dalam teknologi. Kita juga mempunyai ramai cerdik pandai Islam. Tuhan telah memberi kita akal fikiran untuk mendalami ilmu. Kenyataan Hadi itu menunjukkan tahap mentaliti PAS,” katanya.






Kickdafella berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Tinggi pada Jumaat untuk memberi sokongan moral kepada sahabatnya, Datuk Eskay Syazryl Abdullah.

“Saya juga pelik dengan orang PAS, terutama Hadi. Dia marah kat Utusan, tetapi dia gunakan kartun di Utusan itu di billboard dan banner di merata Kelantan.” Diminta pendapatnya mengenai kerajaan kebajikan yang dirancangkan oleh PAS, Kickadefella berkata ia semata-mata untuk memuaskan hati DAP. Semuanya demi kepentingan politik. PAS perlu DAP untuk dapatkan sokongan orang Cina dan DAP perlukan PAS untuk dapatkan sokongan orang Melayu. DAP tahu mereka hanya kuat di kawasan bukan Melayu. Jadi sekiranya mereka dapat sedikit peratus undi Melayu dan bangsa lain, mereka dapat menguatkan parti. PAS pula hanya kuat di kawasan Melayu sahaja dan perlukan DAP untuk mendapat undi dari bangsa lain. Hadi cakap dia tak mahu jadi Perdana Menteri pun sebab dia takut hilang sokongan orang Cina,” tambah Kickdafella.

Mengulas mengenai program Bersih, Kickdafella dia masih percaya rakyat memang mempunyai hak untuk membuat demonstrasi, tetapi Bersih 2.0 tidak sama dengan Bersih 2007.

“Bersih kali ini tak sama dengan berrsih 2007. Masa itu banyak perasaan tidak puashati di kalangan rakyat timbul kerana kepimpinan yang lemah, korupsi, inflasi dan sebagainya. Tetapi sekarang saya lihat kita mempunyai pemimpin yang bagus berbanding dengan yang dulu. Memang jauh bezanya. Rakyat perlu terima bahawa Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bekerja keras untuk meningkatkan ekonomi negara dan mentransformasikan kerajaan,” katanya.

Mengenai Eskay pula, Kickdafella berkata, dia mempercayainya. “Orang kata Eskay buat benda ini (pendedahan video seks) pasal duit. Itu tak betul. He is financially secured.

“Kalau dia buat pasal politik pun tak betul sebab Eskay bukan orang politik. Saya kenal Eskay sejak 2000 dan dia seorang yang mesra. Sesiapa pun akan mudah suka dia. Dia jenis kawan yang sanggup go all the way untuk menolong kawan. Saya percaya semua yang diperkatakannya berhubung kes video berkenaan. Dia ada cakap dengan saya dia sudah tak tahan dengan perangan Anwar. Kenapa sekarang baru dia dedah? Sebab dia fikirkan Anwar mahu jadi Perdana Menteri dan ini tidak bagus untuk rakyat. Mujur video itu jatuh ke tangan Eskay. Bayangkan kalau ia jatuh ke tangan orang asing. Bayangkan kesannya nanti.”

Menurut Kickdafella dia mengenali Eskay ketika dia bekerja sebagai Ketua Kreatif di 10 on 10 Pictures, milik Tiara Jacquelina. Dia diperkenalkan kepada Eskay oleh suami Tiara, Menteri Pertanian ketika itu, Datuk Mohd Effendi Norwawi.

“Eskay rapat dengan Effendi sebab pada ketika itu Eskay terbabit dalam projek kambing. Sebaik mengenali Eskay saya dapati dia seorang yang baik, mudah mesra dan boleh dipercayai.” AGENDADAILY.





3 comments:

Anonymous said...

Contoh dan sikap melayu bangsat cam Hadi nielah yang akan menjahanamkan negara.

Anonymous said...

mari sama2 sokong blog ni:

http://andabersamakami.com/

Anonymous said...

Salah satu contoh pemimpin Islam ditahap gila.

Powered by Blogger.