Jun 1, 2011

GAYA SEKS HUSAM MENANG NAIB PRESIDEN.. TABUR WANG RM 300 RIBU!!





POLITIK WANG sudah mula sebati dengan PAS. Itu pandangan salah seorang Perwakilan Parti yang semakin khuatir dengan amalan kotor sebegini. Semuanya berlaku setelah puak2 Anwar di dalam PAS muncul secara drastik memegang jawatan tertinggi di dalam Parti. PAS semakin hilang maruah apabila dilihat sejumlah wang besar di hadapan mereka. Kecaman Pemimpin Parti terhadap amalan Politik Wang di dalam UMNO dilihat memakan diri sendiri. Husam Musa, antara Pemimpin PAS yang membuat kemunculan semula di saat2 akhir turut memilih untuk bertanding pada Pemilihan Muktamar PAS ke 57. Sehari sebelum tarikh tawaran ditutup, Husam mengisytiharkan diri bertanding untuk jawatan No. 3 dalam parti dan memilih Tuan Ibrahim sebagai salah seorang beregu beliau. Wang tidak perlu dikhuatiri. Apa yang lebih penting adalah memastikan beliau dan puak2 beliau di dalam PAS menggonggol kesemua jawatan yang dipertandingkan. Husam menggunakan kesemua ruang yang ada. Begitu terdesak kemaruk berjawatan sehinggakan terpaksa 'menjilat ludah' Kickdefella sebagai Media Maya 'rasmi' beliau dalam memaparkan sinar tawadduk seorang Pemimpin 'Islam' bernama Husam Musa yang mampu membunuh pesaing yang lain. Dan Husam sanggup membayar wang berjumlah RM 300 RIBU bagi memastikan nama beliau terus dan terus meningkat naik seterusnya menjulang semula jawatan Naib Presiden PAS. LAGI PANAZZZ - KLIK PADA "Read More" seperti yang tertera di bawah artikel ini.








Dalam diam2 Husam dilihat lebih hebat dalam membahagi soal wang yang selama ini dikatakan Pemimpin PAS sebagai 'Politik Kotor'. Husam juga dikatakan sedang mengatur strategi mendapatkan kerjasama bagi beregu yang paling kayak bersama beliau mengisi ruang 3 jawatan.

RM 300 RIBU hanya buat blogger persendirian, beluk lagi diambil kira Media Akhbar yang diupah, perwakilan2 Parti dan beberapa Pemimpin yang sedang berlumba2 untuk memegang jawatan tersebut. Persoalan, kenapa memilih semula Kickdefella?

Adakah beliau tidak lagi sehaluan dengan blogger2 PAS yang sedia ada? Apa perasaan blogger Pro Pembangkang Topeng Perak setelah mendapat maklumat ini? Mungkib benar kata beberapa ahli PAS, Husam dilihat membawa watak politik 'Anwar Ibrahim' di dalam Parti.

Husam Musa mungkin akan terkejut dengan pendedahan terbaru ini walaupun wang telahpun disediakan lebih awal demi memastikan beliau kembali ke persada Politik Tinggi PAS. Hendak menafikan dakwaan ini? AKU CABAR KAU HUSAM MUSA!!




0 comments:

Powered by Blogger.