Jun 6, 2011

DUIT SETAN MASUK KUBUR.. UGUTAN JAAFAR & UDA HOLDINGS!!





UDA HOLDINGS BHD. yang merupakan sebuah syarikat Bumiputra dikejutkan dengan perletakan jawatan Pengarah Urusannya Datuk Jaafar Abu Hassan. Perletakan jawatan beliau ini telah menyebabkan ramai di kalangan masyarakat menganggap ianya 1 sejarah hitam syarikat yang menjadi nadi golongan Bumiputra dalam bersaing di dalam bidang ekonomi. Persoalannya, benarkah Datuk Jaafar meletakkan jawatan? Atau ianya adalah propaganda murahan bagi berselindung di sebalik kesalahan sendiri? Beberapa kajian telah dibuat. Soal selidik dan pengesahan dari pihak yang berkenaan di dalam Syarikat ini tampil memperbetulkan persepsi buruk yang cuba digembar gemburkan oleh Datuk Jaafar. Akhirnya ianya terjawab. Pihak Syarikat menggunakan kuasa memecat Datuk Jaafar Abu Hassan akibat tindakan beliau melakukan ugutan perletakan jawatan beserta 8 syarat tertentu termasuklah tuntutan Projek Billion Ringgit. Gila? Apa 8 syarat yang disertakan lelaki bernama Datuk Jaafar Abu Hassan? Klik Read More di bawah artikel ini untuk lihat keterangan yang akan Melayu CinDia kupas mengenai syarat tersebut.




Bak seorang Raja dan Sultan di UDA Holdings Bhd. syarat pertama yang diberikan agar tidak melakukan sebarang tindakan sepanjang beliau berkhidmat di dalam syarikat ini. Sudah pasti beliau ada melakukan penyelewengan? Jika tidak, kenapa perlu meletakkan syarat pertaman yang tertera di atas?

Apa perlu beliau dibayar sehingga bulan Mei 2012 walhal beliau menghantar surat perletakan jawatan beserta notis 24 jam? Syarat kedua ini sebenarnya tidak masuk akal sama sekali. Di dalam etika Sumber Manusia, tidak ada pula keistimewaan yang diberikan kepada seorang Pekerja sehingga mencapai tahap sedemikian melainkan Elaun Pencen bagi kakitangan Kerajaan yang telah bersara. Jika pekerja swasta, pampasan akan diberikan bukan untuk 1 tempoh yang lama. Malah kebanyakannya memberi pampasan terus kepada pekerja.
HUTANG KAD KREDIT SEHINGGA RM 1JUTA? Ternyata memang sewajarnya orang sebegini disiasat segera. Dan beliau bukan seorang Ahli Korporat Bumiputra yang sewajarnya diberi sebarang penganugerahan apatah lagi menjadi contoh masyarakat Malaysia amnya.

Begitu juga selain darinya. Syarat2 beliau ini secara kesimpulannya menimbulkan syak wasangka mengenai status beliau sepanjang berkhidmat di UDA Holdings Bhd. Melayu CinDia mengasak dan mendesak agar pihak SPRM menyiasat Datuk Jaafar. Jangan biarkan golongan korporat seperti beliau terus bermaharajalela menguasai wang melebihi batas sehingga melacur wang milik kaum Bumiputra yang kehausan bantuan perniagaan syarikat ini.




2 comments:

Anonymous said...

bro

lu dapat info dari pencacai jazlan kan.... ada copy surat tender resign dengan 8 syarat tu ke ?

Jazlan nak jual tanah pudu jail kat syarikat swasta ( lu dah check background syarikat ni dengan link dengan syarikat spore ? )

kalau cina develop tanah ni, jawab nya jangan harap lah melayu dapat sewa walau sekangkang kera pun lot kat dalam tu.

Tu yang dato jaafar tak setuju, tapi jazlan bagi alasan UDA dah tak cukup duit... betul ke ni.

dulu siapa jadi broker jual tanah istana kelantan kat jln kia peng kl.

dato jaafar memang tegas, dulu noh omar jadi menteri jaga uda pun dia tak layan.

check dulu lu punya cerita

Anonymous said...

Syabas kerana telah mendedahkan salah laku manusia ni, alhamdulillah...ramai orng yang buat sujud syukur.

Powered by Blogger.