Jun 6, 2011

BONGKAR PELAN SULIT HADI - MAT SABU.. HAPUSKAN ANWAR IBRAHIM!!





Melayu CinDia telah menemui beberapa rakan dalam Parti PAS yang menyokong Nasharudin Mat Isa. Pada mulanya, Melayu CinDia dapat menggambarkan rasa kecewa dan sedih di kalangan mereka kerana gagal memastikan Ustaz Nasha untuk terus memegang jawatan No. 2 di dalam parti. Namun, semasa menemui mereka, kelihatan mereka tersenyum dan berasa amat berpuas hati seolah2 Ustaz Nasha berjaya memegang jawatan Presiden PAS. Melayu CinDia agak hairan dan bertanyakan hal yang sebenar. Mereka mendakwa terdapat misi tersembunyi di sebalik pelan kepimpinan terutamanya kuasa Timbalan Presiden yang kata mereka telahpun dirancang rapi dan diperbincangkan secara sulit di antara Mat Sabu, Hadi Awang dan Ustaz Nasha sendiri. 2 matlamat telah berjaya dibentuk. Pertama, Hadi Awang akan diangkat mengepalai Pakatan Rakyat. Dan kedua, Anwar Ibrahim akan disingkirkan serta merta dari kesemua aspek termasuklah pengaruh beliau. Ini merupakan jalan keluar yang paling penting setelah pelan Kerajaan Perpaduan menemui jalan buntu. Melayu CinDia yang pada mulanya menganggap barisan kepimpinan baru PAS akan memperkuat Anwar secara tiba2 tergamam seketika. Ada logiknya apa yang diperkatakan. Namun, terfikir sejenak lalu bertanya bagaimana dengan Husam Musa? Mereka terdiam seketika. Lalu salah seorang dari mereka menjawab Mat Sabu akan memastikan Husam memberi fokus dalam menguruskan Kerajaan Negeri Kelantan dan tidak campurtangan dalam urusan PAS Pusat. Biarkan beliau mengharungi sepak terajang politik PAS Kelantan. Di sini ada Pro dan Kontranya. Perancangan menghapuskan Anwar ternyata menggembirakan Melayu CinDia. Akan tetapi, bagaimana dengan UMNO? Musuh tetap UMNO. UMNO tetap akan ditumbangkan walaupun tanpa Anwar Ibrahim. Apakah perancangan UMNO pada ketika ini? Dan jika benarlah apa yang didakwa, dakwaan Anwar akan ditepis dan dihumban ke dalam penjara semakin kuat. Jika benar sekalipun Pakatan berjaya menawan Kerajaan Pusat pada PRU 13, Anwar tetap akan ditumpaskan. Dan perlu diingat, Mat Sabu sangat akrab dengan Lim Guan Eng, Pemimpin masa depan DAP. Apa yang pasti, UMNO tetap Musuh No. 1 PAS. Pakatan Rakyat akan diperkasa dan diperkuatkan. Tiada lagi Pelan Kerajaan Perpaduan. Jadi? Adakah UMNO mesti terus selesa dengan pencapaian dan pengaruh parti sedia ada? FIKIR!!!





6 comments:

Anonymous said...

aku setuju sebenarnya bilamana anuar sudah dikeluarkan dari senarai Pakatan Rakyat maka pengaruh PR akan terus bertambah kerana DAP akan memperkuatkan pengaruh cina dan india, yg terbaru mereka akan meletakkan calon sebangsa disetiap tempat yg dipertandingkan cina akan lawan cina dan india akan lawan india, kalau melayu PAS akan mendominasi, BN kena bersiap dan pekukuhkan jentera 200% dari biasa, baca dan ambil perhatian sepenuhnya sampaikan kepada BN, jgn terleka, PKR hanya akan jadi parti serpihan menumpang tuah PR, SELAMATKAN MALAYSIA DARI JATUH KE TANGAN PR. INI PENTING.....

Anonymous said...

Biar lah PAS dengan caranya....orang melayu mudah lupa......samalah dengan melayu singapura dulu..memang pak kadok ...bertaubatlah Tuan guru Hj Hadi menang politik menang perut..kembalilah kepada perjuangan asal wahai PAS .wasalaam

Anonymous said...

Saya rasa Presiden PAS mengalami masalah kesihatan yang serius apabila mengeluarkan kenyataan mengenai hudud dan negara Islam yang diperjuangkan selama ini.

" Hudud adalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum Islam". Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang dibesarkan selama ini diperkecilkan sehingga 1/10,000.

Anonymous said...

PR terutama PAS dipelawa menubuhkan cawangan di DUN Bekok Parlimen Labis untuk menghadapi PRU-13.
Rakyat dah muak dengan UMNO/MCA (BN) tiada perubahan langsung terutama Melayu terus mundur dan mundur.

Anonymous said...

Baik tubuh cawangan DAP di DUN Bekok, Parlimen Labis. DAP itu kan PAS dan PAS itu DAP yang sama-sama ingin mewujudkan negara berkebajikan.

Anonymous said...

Masuk akal juga,terkecuali 2 pertimbangan besar.Masih kuat ke sokongan non-bumi pd BA tanpa anwar yg jd pujaan mereka sabenarnya?Bagaimana bolih dapat persetujuan nik aziz yg juga berpendirian bahawa sokongan non-bumi akan lesap tanpa anwar?Fikir fikirlah.

Powered by Blogger.